Saturday, March 26, 2011

Earth Hour Kembali Lagi!

Salam santai di hujung minggu buat kita semua, hari ni nak beritahu pada yang belum atau tidak tahu, Earth Hour atau Hari Bumi (Jam) kembali lagi..

Tarikhnya : 26/3/2011 pada jam 8.30 malam..

eh..macam malam ni lah kan?

Yup..malam ni, so marilah kita yang sememangnya prihatin terhadap bumi kita ini, marilah kita bersatu hati memadamkan lampu dan seluruh suiz elektrik di rumah kita selama satu jam bermula jam 8.30 malam sehingga jam 9.30 malam ini.

Jom jayakan program ini, rasanya dah hampir 3 tahun Earth Hour berjalan..ye ke?

seluruh dunia turut support kempen ini, kita bila lagi?

Okay, jom tonton official video dibawah berkaitan Earth Hour kali ni.



p/s- Walaupun hanya satu jam, kita mampu untuk mengurangkan tahap kepanasan global, biarpun dalam julat yang kecil...yang penting ada perubahan...^____^

Monday, March 21, 2011

Filem Seram 2011 : Khurafat


Pasti anda semua dah tengok Khurafat ni kan?
Pada pendapat anda seram tak? Pada saya, scene paling seram, masa Syamsul Yusof tengah dukung mayat tu..seram dowh...mahunya tak seram dukung mayat tengah hutan? He..he..apa pun pada yang belum tengok, anda boleh tengok di youtube, rasanya dah ada orang upload, cuma tak tahulah bertahan sampai bila, kut kena delete ke, apa ke kan...

hah..satu lagi time Syamsul Yusof menangis cium kaki yang pada mulanya disangka adalah mak dia..tahu..tahu..diri sendiri..huiissshh...meremang bulu tengkuk...

Pesanan : Tak baik guna ilmu hitam yang akhirnya memakan diri sendiri, gunalah ilmu putih sahaja..sekian..^___^

Saturday, March 5, 2011

Update Untuk Bulan Mac 2011.

Rasanya dah lama tak menulis di blog ini..memang dah lama pun..

Tapi bila semua dah settle, saya akan usahakan untuk update blog ini hari-hari, blog ini telah berjasa pada saya, menyumbangkan fulus mania's..he..he..s dihujung tu tanda $$$ atau RM/RM/RM..

Syukur, bila kita semakin tenang, santai dan sentiasa pasrah, kekayaan akan datang mencurah-curah..idea pun kira kekayaan juga tau..kerana kekayaan bukan sekadar duit sahaja..kekayaan adalah berkait rapat dengan seluruh yang kita miliki, malah melibatkan seluruh sistem yang beredar di sekitar kita.

 Hah..inilah dia banner promosi rasmi untuk komik Tamparuli Blogger On-line paling baru..iaitu
"Kitab Murni 9 Langit"..wah..tajuk macam gempak je..buku ni belum terbit..akan alias bakal diterbitkan pada 15 Mac 2011..minggu depan punya depan lah tu..he..he..tapi harap maaf, buat masa ini..edaran komik yang bercetak laser print ni (Sponsored by Master D..mahal laser print ni..kertas pun yang high quality) hanya beredar berhampiran Tamparuli sahaja dan belum dikomersialkan di peringkat 1 Malaysia..baru nak test bakat..^___^..

Banyak duit pun, tak guna kalau hutang sana-sini, kad kredit sampai 10 keping, tapi...tak mampu nak bayar..gaji RM 10, 000 tapi bajet bulanan nak cover RM 20, 000...ha..kan naya tu..tak semestinya gaji besar tu hidup senang dan kaya seperti yang kita bayangkan..gaji besar..tapi besar juga yang nak dicover..

Hmm..cuba kalau gaji cuma RM 1 000 je..tapi hidup bebas hutang...tolak bil elektrik,bil air, makan minum, keperluan lain..mungkin masih berbaki seratus dua..hah...baki inilah yang akan dimasukkan dalam bank..

sikit..sikit..lama..lama jadi bukit..ratus-ratus, lama lama jadi ribu ribuan...kemudian jadi juta jutaan..kan dah kaya? kan? kan? he..he..

renung-renungkan dan selamat beramal..eh..boleh ke guna quote ni..macam pernah dengar lah..maaf Prof..guna quote ni..siapa tak pernah tahu..maknanya tak pernah tengok HOT FM...

Okay..take care guys..jaga diri tau..ingat Tuhan..^___^

P/S- Tadi, dah ada seorang blogger tanya, cantik banner..boleh buatkan untuk saya tak? opps..banner ni hasil kerjasama dengan beberapa pihak..tapi kalau nak buatkan boleh juga..just email okay..free je...^__^