Saturday, July 23, 2011

Sayangi kesihatan dan diri sendiri.

Selamat malam semua.


Apa khabar? Saya baru saja balik dari sebuah ceramah kesihatan dan banyak ilmu serta pengajaran yang saya perolehi dari sana.


Kesihatan adalah segala-galanya! Mengatasi wang ringgit! Sebab wang ringgit takkan dapat mengadakan kesihatan tetapi dengan kesihatan yang baik sudah tentu kita dapat menghasilkan wang ringgit bukan?


So, satu pesan saya, jagalah diri anda masing-masing dan ingatlah akan kesihatan diri, lebihkan makan sayur sayuran dan buah buahan serta cuba untuk kurangkan makan daging dan makanan manis, kalau boleh kurangkan perlahan -lahan dan sekiranya mampu boleh terus ditinggalkan saja memakan daging dan manakanan manis @ junk food.


Tidurlah dengan tenang dan damai malam ini, jangan lupa untuk berdoa padaNya agar sentiasa menjaga kita, ibu-bapa kita, adik beradik kita, kawan-kawan di mana pun berada saat ini, serta siapa saja yang memerlukan bantuan kudusMu Bapa...semoga dalam keikhlasan doa kita meminta sesuatu yang kudus dan suci akan membuahkan hasil. Amen.

Monday, June 13, 2011

Siapa nak design ebook yang cantik?

Selamat petang semua..dah berabuk blog ni..he..he..lama tak buka.

Oh ya, nak tanya sikit je ni..ada siapa-siapa nak software buat ebook cover tak? bukan setakat ebook je..boleh buat dvd, cd cover pun boleh..box cover pun boleh..software ni namanya Box Shot 3D..cuba check kat laman web ni..http://www.boxshot3d.com/

Cuba anda try klik untuk buy..ha..berapa harganya? Tak mahal kalau orang putih nun..hanya 80 USD je..alias RM 243.65..

So bandingkan harga itu dengan harga yang ditwarkan melalui blog saya ini..hanya RM 20 je..so siapa nak, sila komen di bawah atau sms ke 019-5346992..jangan call..mana tahu time tu sedang busy ke..sms je okay..jangan lupa beritahu nama dan tujuan sms..he.he..

Okaylah..nak lihat hasil-hasil dan apa yang software box shot 3d ni boleh buat..jom tengok di bawah ni. 


 
Ketiga-tiga design ini dihasilkan melalui kepakaran microsoft office plus software box shot 3d. Ilustrasi dilukis menggunakan microsoft power point sepenuhnya, manakala penghasilan cover + pencantuman adalah dengan software box shot 3d..macamana..lawa tak?

Saturday, May 21, 2011

Busou Renkin On Animax?

Selamat malam semua. Malam ni nak share something dengan para pembaca blog usang ni (usang sebab jarang berupdate..he..he..)

Anda peminat setia ANIMAX? Kenal dengan Ichigo? Bleach? Samurai X?

Jika ya, sememangnya anda peminat ANIMAX!

Busou Renkin merupakan salah satu rancangan Animax yang hangat sekarang ni..memang minat Busou Renkin ni. Ada sesiapa yang tahu nak download full episode Busou Renkin ni tak?



Sekadar hiasan dan nak share favourite anime hangat masa kini..i wish i had that Kagugane..he..he..

p/s- Hiduplah di dunia nyata..sekiranya mati ditikam dan jantung anda berlubang, jangankan kagugane, power of alchemistry pun takkan mampu membawa anda hidup semula seperti sediakala..peace..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu @ Happy Mother's Day

Hai, semua, selamat pagi. Apa khabar anda semua di pagi hujung minggu ini? Harap sihat sihat hendaknya.
Pasti semua orang dah tahu hari apa hari ni bukan? 8 Mei 2011 sekali lagi mencatatkan hari penting dalam hidup ini, hari ini adalah Hari Ibu @ Mother's Day.

Sekiranya kita masih ada ibu, hari ini adalah hari yang sangat-sangat penting bagi kita menunjukkan penghargaan buat ibu kita, minta maaf dan ampunlah, hantarlah surat atau email atau sekurang-kurangnya telefonlah ibu anda sekiranya anda jauh di sana.

Pada yang mampu, buatlah majlis untuk ibu anda. Buat semua ibu-ibu di dunia, saya ucapkan SELAMAT HARI IBU! Semoga bahagia selalu. Juga para blogger yang bergelar ibu ataupun para pambaca dan tidak kira siapa anda, asalkan anda seorang ibu, berbahagialah, hari ini adalah hari memperingati semua jasa-jasamu OH IBU, biarpun diri ini tahu bahawa kasih sayang dan bakti seorang ibu, sehingga ke mati pun seorang anak tak akan mampu membalasnya.

Andaikan ibu anda telah tiada, berdoalah untuknya agar aman bersama dengan Yang Maha Kuasa.

p/s- Baru saja sambut Mother's Day bersama dengan my beloved mum..muaaahh..I LOVE YOU MOM..

p/s- Sorry, entri lewat malam dah..he..he..

Wednesday, April 20, 2011

Peperiksaan - Dilemma Seorang Pelajar.

Selamat malam semua, baru je selesai selaraskan balik semua template yang ada dalam blog ni, nak kasi cantik sikit..he..he..baru tak bosan ye tak? Sama juga macam rumah, tukar langsir baru, tukar cat, tukar kusyen dan lain-lain.

Gabungan konsep biru dan putih rasanya tak menjolok mata kan, dan senang untuk membaca artikel yang saya postkan..^___^

Saya pasti, ramai blogger muda masih bergelar pelajar, kena bahagikan masa antara blog dan juga pelajaran, jangan lupa pelajaran tau adik-adik.

Diri ini pun sama juga, masih belajar, so ingat-ingatlah yang kita masih perlu menempuhi satu perkataan yang diberi nama "Peperiksaan"

Terma Peperiksaan adalah sesuatu yang wajib, menandakan penilaian kembali sejauh mana pemahaman dan penguasan kita ke atas sesuatu subjek yang kita ambil. Bayangkan, tanpa peperiksaan kita tak pernah tahu pun level kita di mana, entah belajar, entahkan tidak, betulkan?

Setiap orang mahu lulus dengan cemerlang dan mahu melakukan yang terbaik dalam setiap peperiksaan, itulah hakikatnya..siapa yang nak gagal kan?



Lalu, peperiksaan menjadi dilema, maka sering kali lah bila dekat exam, mulalah timbul gejala stress, demam dan lain-lain, semuanya kerana peperiksaan.

Mengapa ini terjadi?

Jawapannya hanya satu iaitu tiada persediaan! Tiada pengurusan jadual waktu yang baik!

Bagaimana menyelesaikan dilema ini?

Belajarlah rajin-rajin dari awal-awal lagi, sediakan nota demi nota, buat latihan demi latihan, buat latih tubi demi latih tubi..pasti tiada masalah kan?

Peluang Naikkan Traffic Untuk Blogger!

Selamat malam semua, lama juga tak update blog ni kan..bersawang je..sorry semua :-D.

Okaylah, artikel kali ni khusus untuk Bagaimana Nak Naikkan Traffic Blog, banyak follower tak semestinya banyak traffic, itu yang kita kena ingat..he..he..sikit follower tak semestinya sikit traffic..apapun artikel ini dibuat untuk cabaran IKLAN FREE yang mana blog seorang Blogger Otai iaitu Encik Faizal Syukri @ Peja telah pun membuat pengumuman untuk para blogger yang ingin mengiklankan blog mereka secara percuma di blog beliau..

Tapi sebelum blog kita tersenarai, harus mengikuti syarat-syarat yang telah beliau tetapkan. Syarat pertama sudah pun dipatuhi, blog ni tak ada semua unsur-unsur negatif, porno, politik, perkauman dan lain-lain unsur termasuk syirik dan khurafat..he..he..

Syarat kedua adalah menulis sebuah artikel yang harus mempunyai back link ke artikel pengumuman iklan free di blog beliau..okey..its done!

Syarat ketiga pula adalah banner.. hah ini dia..lawa tak?







he..he..siap promote sekali banner dalam artikel ni..^__^

Syarat keempat, akan dibuat sejurus artikel ni di publish kan dengan jayanya.. Thanks!

Hah, nampak tak kaitannya disini? Apabila kita mendapat peluang untuk iklankan blog di Blog Seorang Master, jangan lepaskan peluang tersebut, sesungguhnya itulah peluang keemasan dan dapat menaikkan ranking traffic blog kita..yang mahu turut diiklankan di blog beliau, apa lagi, jom klik


www.faizalsyukri.com

sekarang!

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour Kembali Lagi!

Salam santai di hujung minggu buat kita semua, hari ni nak beritahu pada yang belum atau tidak tahu, Earth Hour atau Hari Bumi (Jam) kembali lagi..

Tarikhnya : 26/3/2011 pada jam 8.30 malam..

eh..macam malam ni lah kan?

Yup..malam ni, so marilah kita yang sememangnya prihatin terhadap bumi kita ini, marilah kita bersatu hati memadamkan lampu dan seluruh suiz elektrik di rumah kita selama satu jam bermula jam 8.30 malam sehingga jam 9.30 malam ini.

Jom jayakan program ini, rasanya dah hampir 3 tahun Earth Hour berjalan..ye ke?

seluruh dunia turut support kempen ini, kita bila lagi?

Okay, jom tonton official video dibawah berkaitan Earth Hour kali ni.



p/s- Walaupun hanya satu jam, kita mampu untuk mengurangkan tahap kepanasan global, biarpun dalam julat yang kecil...yang penting ada perubahan...^____^

Monday, March 21, 2011

Filem Seram 2011 : Khurafat


Pasti anda semua dah tengok Khurafat ni kan?
Pada pendapat anda seram tak? Pada saya, scene paling seram, masa Syamsul Yusof tengah dukung mayat tu..seram dowh...mahunya tak seram dukung mayat tengah hutan? He..he..apa pun pada yang belum tengok, anda boleh tengok di youtube, rasanya dah ada orang upload, cuma tak tahulah bertahan sampai bila, kut kena delete ke, apa ke kan...

hah..satu lagi time Syamsul Yusof menangis cium kaki yang pada mulanya disangka adalah mak dia..tahu..tahu..diri sendiri..huiissshh...meremang bulu tengkuk...

Pesanan : Tak baik guna ilmu hitam yang akhirnya memakan diri sendiri, gunalah ilmu putih sahaja..sekian..^___^

Saturday, March 5, 2011

Update Untuk Bulan Mac 2011.

Rasanya dah lama tak menulis di blog ini..memang dah lama pun..

Tapi bila semua dah settle, saya akan usahakan untuk update blog ini hari-hari, blog ini telah berjasa pada saya, menyumbangkan fulus mania's..he..he..s dihujung tu tanda $$$ atau RM/RM/RM..

Syukur, bila kita semakin tenang, santai dan sentiasa pasrah, kekayaan akan datang mencurah-curah..idea pun kira kekayaan juga tau..kerana kekayaan bukan sekadar duit sahaja..kekayaan adalah berkait rapat dengan seluruh yang kita miliki, malah melibatkan seluruh sistem yang beredar di sekitar kita.

 Hah..inilah dia banner promosi rasmi untuk komik Tamparuli Blogger On-line paling baru..iaitu
"Kitab Murni 9 Langit"..wah..tajuk macam gempak je..buku ni belum terbit..akan alias bakal diterbitkan pada 15 Mac 2011..minggu depan punya depan lah tu..he..he..tapi harap maaf, buat masa ini..edaran komik yang bercetak laser print ni (Sponsored by Master D..mahal laser print ni..kertas pun yang high quality) hanya beredar berhampiran Tamparuli sahaja dan belum dikomersialkan di peringkat 1 Malaysia..baru nak test bakat..^___^..

Banyak duit pun, tak guna kalau hutang sana-sini, kad kredit sampai 10 keping, tapi...tak mampu nak bayar..gaji RM 10, 000 tapi bajet bulanan nak cover RM 20, 000...ha..kan naya tu..tak semestinya gaji besar tu hidup senang dan kaya seperti yang kita bayangkan..gaji besar..tapi besar juga yang nak dicover..

Hmm..cuba kalau gaji cuma RM 1 000 je..tapi hidup bebas hutang...tolak bil elektrik,bil air, makan minum, keperluan lain..mungkin masih berbaki seratus dua..hah...baki inilah yang akan dimasukkan dalam bank..

sikit..sikit..lama..lama jadi bukit..ratus-ratus, lama lama jadi ribu ribuan...kemudian jadi juta jutaan..kan dah kaya? kan? kan? he..he..

renung-renungkan dan selamat beramal..eh..boleh ke guna quote ni..macam pernah dengar lah..maaf Prof..guna quote ni..siapa tak pernah tahu..maknanya tak pernah tengok HOT FM...

Okay..take care guys..jaga diri tau..ingat Tuhan..^___^

P/S- Tadi, dah ada seorang blogger tanya, cantik banner..boleh buatkan untuk saya tak? opps..banner ni hasil kerjasama dengan beberapa pihak..tapi kalau nak buatkan boleh juga..just email okay..free je...^__^

Wednesday, February 16, 2011

Jom Join Milo Fuze (Jam-Pack) Your Friends!

(Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas)
Selamat pagi semua, asyik-asyik peraduan je kan? Tapi peraduanlah best..boleh dapat duit dan menang hadiah gempaq gile..kan..kan?

So, jom join..klik Milo Malaysia hari ini.

atau ke

 (Klik Untuk Paparan Lebih Jelas)


Milo = Brings Out The Champion In You!
p/s- Jom join..jangan tak join..rugi..he..he..

Jom Join Maggi Happy Reunion Contest Hari Ini!


Nak menang peraduan Maggi pula?
Jom download terma dan syarat peraduan di sini 
Jom download borang peraduan di sini

Dibawakan khas oleh Maggi Malaysia.

p/s- Rakyat Malaysia memang gemar makan maggie..he..he..kan?

Jom Menang Emas dengan Peraduan Menang Emas Mister Potato!



Nak rasa tak menang emas dalam bentuk jongkong? Ini peluang anda bersama Mister Potato dengan Peraduan Menang Emas Mister Potato. Klik gambar diatas sekiranya tak clear okay, ini adalah bagaimana anda boleh menang emas! Kayo den..




Haa..inilah emas-emasnya...siap ada hadiah emas mingguan, hadiah bulanan dan yang paling utama..grand prize nyee..terliur tengok..heee...emas 1 jongkong tu...jangan main-main..sila klik gambar sekirnya tak clear ye..



Ini pula syarat-syaratnya, senang je, tak susah pun..apa lagi, jom join oeraduan ni, rakyat Malaysia memang suka join peraduan/contest/giveaway kan? Ini peluang kita semua...emas tu...


Kemudian, nak tengok, korang menang ke tak, klik winners..so boleh check mingguan, bulanan dan gran prize..heee..apa lagi, jom beli mister potato dan menang emas hari ini juga!

Dapatkan keterangan penuh di laman web rasmi Mister Potato Malaysia.
Siap ada lagu pembukaan lagi..menarik dan happening lagi..jom..check it out..^___^

Bukan setakat dapat join peraduan, anda juga boleh sertai tour online Mister Potato untuk melihat sendiri bagaimana proses demi proses pembuatan Mister Potato Chips dari mula hingga akhir secara virtual online..dari proses memilih potato terbaik, pemilihan, cara memasak sehingga ke cara penghantaran..memang sempoi lah..

p/s- Lepas ni nak beli mister potato lagi..he..he..
p/s/s- Anda bila lagi?

Wednesday, February 9, 2011

Menghilang tanpa khabar berita?

Salam santai di petang rabu untuk semua, maafkan diri ini kerana sudah lama tidak update blog, memang busy memanjang dan penuh kegiatan luar.

Masa muda-muda ni lah kita kena berusaha keras, kumpul duit, ye tak? He..he..tapi mestilah melalui jalan yang halal, bukannya yang haram, okay!





Sering kali kita berharap akan rezeki yang datang melimpah ruah secara tiba-tiba, adakah ia akan berlaku begitu sahaja? Tidak! Kita memerlukan usaha ke arah itu, percayalah!

Nak tahu bagaimana hendak mengaktifkan niat positif diri dan nak dapatkan pelbagai keilmuan minda yang menarik?

(klik link diatas)
* Blog ini memang best, saya selalu baca blog hebat dan luar biasa ini, nak tahu apa kelebihannya? Layari dulu dan rasai aura menarik di blog ini sendiri. Tengok tau, rugi nanti.. ^___^

* Secara rasminya nama Alessandro akan digantikan dengan nama Encik Didozel, so lepas ni kalau ada tinggal pesan kat mana-mana, nampak saja Encik Didozel, itulah saya. ^___^..diri ini sihat sentiasa, anda pula?

*Nak minta maaf sangat-sangat dah bulan tak blogwalking dan bertegur sapa, bukan sombong tau, tapi memang sibuk sangat..sorry..he..he..

Friday, January 28, 2011

Bagaimana Menguatkan Tumbukan Tangan?

"Bagaimana jika kita hendak menguatkan kekuatan tumbukan kita?"
Soalan ini lazim ditanya oleh para pelatih seni bela diri yang tentunya ingin tumbukan mereka menjadi lebih kuat dan padu, lebih dari biasa.

Dalam seni Jepun, ada diberikan latihan khusus iaitu Makiwara, makiwara adalah seni mengeraskan penumbuk serta menguatkan stamina dan tenaga dalam menggerakkan kekuatan tumbukan.

Bagaimanapun, untuk menjalani latihan makiwara, ada risiko yang perlu ditanggung oleh pelatih, iaitu kesakitan!

Latihan makiwara merupakan latihan menumbuk atas permukaan rata seperti batu, simen atau papan, manakala di peringkat advance pula, makiwara dijalankan menggunakan methos pasir kerikil yang agak tajam.

Peringkat awal menjalani latihan makiwara akan menyebabkan penumbuk anda mengelupas dan bonjolan tulang anda sedikit luka, bagaimanapun minggu demi minggu, anda akan mendapati tangan dan penumbuk anda menjadi semakin kuat.

Keghairahan untuk berjaya dalam latihan ini adalah impian setiap orang, kerana setelah menjalani latihan ini, mungkin selepas setahun hingga lima tahun lamanya, anda akan memiliki the death chudan iaitu cudan maut, kerana penumbuk anda akan menjadi berat serta berbisa jika dipukulkan pada badan lawan anda, malah dengan hanya tangan anda, anda mampu mematahkan besi waja.

Walau pun begitu, latihan jitu, berterusan, bersemangat dan berdisiplin adalah kunci kejayaan melatih makiwara. Sekirnya anda membuatnya dengan betul secara rutin, dalam masa lima tahun, tumbukan anda pasti menjadi antara salah satu sebab mengapa anda digeruni di gelanggang seni bela diri.

Monday, January 10, 2011

Selamat Tahun Baru 2011.

Selamat malam semua, rasanya kita masih dalam mood tahun baru 2011, masih kuat berazam lagi, mana yang berazam, usahakan sehingga berjaya ya, yakin boleh!

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat kita semua, warga Malaysia khususnya dan semua penduduk dunia. Tahun ini dalam kalendar cina adalah merupakan tahun arnab.

Hampir sejam juga, saya godek sana sini untuk mencari template baru untuk tahun ni, akhirnya jumpa juga, serba kebiruan, sama dengan warna kegemaran saya, biru.

Tapi, kerja tak selesai disitu, kenalah edit sana dan sini sikit baru perfect, akhirnya selesai juga bab edit mengedit, baru nak buat first entri untuk tahun ni. ^__^

Kuliah dah nak start balik dua minggu lagi, hari ahad ni, dah nak ambil modul. Bermula lagi kehidupan study seorang pelajar, tak mengapa, tinggal dua tahun sahaja lagi, sebelum tamat pengajian. Harap-harap tak ada apa-apa masalah lah kan, berdoa kita pada yang Maha Kuasa.


Dah buat satu image simple untuk tahun baru 2011 ini, semoga kita terus berjuang dalam kehidupan seharian kita, tabah menghadapi apa jua masalah yang mendatang dan sebagainya. Percayalah, hidup kita ini penuh dengan misteri, kita tidak tahu apa yang bakal berlaku esok, selagi kita masih berkesempatan, marilah kita jalani hidup ini dengan penuh jujur dan amanah, kita diberikan hidup, jalanilah ia dengan sebaik mungkin, kerana kita tidak pernah tahu, bila mana 'hidup' kita ini akan ditarik kembali.

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia! Ya, slogan penuh semangat untuk tahun ini, 2011. Walaupun bermacam macam perkara berlaku pada kita!

Kita berdiam diri dan renungkan sejenak diri kita ini, adakah selama ini kita saling bertengkar, saling bergaduh dan bertelagah sesama sendiri sehingga ada pihak ketiga tanpa kita sedari mendapat manfaat dan untung dari hasil persengketaan yang kita sendiri bina.

Renungkanlah peristiwa-peristiwa lampau, yang telah menjadi gulungan dan lipatan sejarah, agar tidak berulang kembali dan merosakkan negara kita yang tercinta ini. Hidup Malaysia!

p/s- Daripada saling bersengketa, ada baiknya kita berdamai sesama sendiri, bukankah begitu sahabat semua?