Teknik yang sulit ditemui ini merupakan satu lagi penambah atau asam garam method dalam mempelajari tentang ilmu spiritual dan juga tenaga dalaman.
Melepas Sukma, terawangan, pelepasan roh atau out of body experience(pengalaman roh di luar tubuh) ini merupakan teknik untuk mengawal kesedaran roh secara penuh semasa kita sedang tidur.
Kita secara alami memang mengalami pelepasan sukma, terutama ketika kita sedang tidur, tetapi bila ia berlaku, pada kita adalah wilayah mimpi iaitu kita sedang bermimpi sahaja tanpa dapat mengawal roh kita.
Selalunya untuk mendalami teknik ini, diperlukan seseorang itu menguasai teknik mengawal mimpi dulu, bila dia sudah mampu mengawal mimpinya, barulah dia dapat mengawal sukmanya.
Semasa pelepasan sukma berlaku, kita dapat merasakan secara pasti roh kita berpisah dari badan dan berjalan atau bergerak ke mana sahaja yang kita hajati. Misalnya kita di Malaysia dan berkehendaki untuk ke Thailand, sekelip mata kita boleh tiba disana dan sekelip mata pula boleh kembali lagi ke badan kita. Teknik ini memerlukan tahapan kuasa minda yang agak tinggi.
Seseorang yang menggunakan medium lain seperti makhluk halus untuk menguasai teknik ini dalam masa singkat tidak mempunyai kekuatan yang sama dengan yang melatih dengan tekun menggunakan mindanya, kerana kekuatan itu datang dari dalam diri, dikawal dan dilatih secara rutin tanpa bantuan luar dan selalunya yang melatih dengan sendiri dapat bertahan di luar tubuh lebih lama dari yang menggunakan makhluk halus dan dapat pula menembusi alam lain.
*Harap maaf, apa yang saya sampaikan hanyalah info sahaja, saya tidak mengajar teknik ini, sekiranya anda rasa ianya tidak benar, terpulang pada fikiran dan budi masing-masing. Tidak ada paksaan, namun ingin saya tegaskan ini adalah benar.
Rencah Kehidupanku, menyingkap potensi minda bawah sedar, tenaga dalam dan kuasa minda.
Showing posts with label Tenaga Dalam. Show all posts

Monday, April 5, 2010
Bermain dengan Minda-Game Hebat?
Bermain dengan Minda-Game Hebat?
Pernah anda dengar permainan minda? Sesuatu yang baru untuk anda? Bermain dengan minda adalah salah satu cara menerokai kehebatan minda kita secara menyeluruh.
Salah satu permainan menarik adalah Permainan Khayalan..he..he..pernah dengan permainan mimpi? Atau Lucid Dream iaitu teknik kawal mimpi? Lucid Dream satu teknik kawal mimpi yang luar biasa sebab kita boleh jadi apa kita mahu dan kita boleh ‘cipta’ satu dunia baru di alam mimpi seperti yang kita kehendaki, kita yang ‘menguasai dunia mimpi kita sendiri’.
Pun begitu, permainan khayalan yang saya katakan ini jauh lebih mudah dikuasai berbanding Lucid Dream. Anda hanya perlukan angan-angan dan visualisasi. Permainan khayalan ini menggabungkan teknik visualisasi, keyakinan, affirmasi dan kesedaran diri. Paling menakjubkan tentang permainan khayalan ini adalah ia mampu mengubah situasi yang kita alami sebagai contoh kita seorang yang takut untuk bercakap di depan kawan-kawan kita kerana risau kita akan ditertawakan dan malu di hadapan khalayak ramai.
Anda boleh mengubah apa jua keadaan setelah mengetahui teknik-tekniknya ini :
(Lucid Dream merupakan teknik khas dan rasanya lebih baik anda belajar dari yang pakar dan diberikan ijazah, wewenang untuk menyampaikan ilmu ini)
*Saya tidak mahu dikatakan sebagai pemotong jalan sebab memberikan kursus sebegini merupakan sumber pendapatan sesetengah orang, saya menghormati hak mereka. Terima kasih.
Dan permainan khayalan ini juga terpaksa saya tidak sampaikan pada umum kerana privasinya yang dilindungi. Kadang-kadang kita harus menyembunyikan sesuatu demi kebaikan semua pihak. Harap maaf.
Post sebelumnya iaitu bahagian teknik-teknik telah dihapuskan demi menjaga privasinya. Sekian.

Labels
Ilmu Spiritual,
Kuasa Minda,
Tenaga Dalam
Subscribe to:
Posts (Atom)