Teknik yang sulit ditemui ini merupakan satu lagi penambah atau asam garam method dalam mempelajari tentang ilmu spiritual dan juga tenaga dalaman.
Melepas Sukma, terawangan, pelepasan roh atau out of body experience(pengalaman roh di luar tubuh) ini merupakan teknik untuk mengawal kesedaran roh secara penuh semasa kita sedang tidur.
Kita secara alami memang mengalami pelepasan sukma, terutama ketika kita sedang tidur, tetapi bila ia berlaku, pada kita adalah wilayah mimpi iaitu kita sedang bermimpi sahaja tanpa dapat mengawal roh kita.
Selalunya untuk mendalami teknik ini, diperlukan seseorang itu menguasai teknik mengawal mimpi dulu, bila dia sudah mampu mengawal mimpinya, barulah dia dapat mengawal sukmanya.
Semasa pelepasan sukma berlaku, kita dapat merasakan secara pasti roh kita berpisah dari badan dan berjalan atau bergerak ke mana sahaja yang kita hajati. Misalnya kita di Malaysia dan berkehendaki untuk ke Thailand, sekelip mata kita boleh tiba disana dan sekelip mata pula boleh kembali lagi ke badan kita. Teknik ini memerlukan tahapan kuasa minda yang agak tinggi.
Seseorang yang menggunakan medium lain seperti makhluk halus untuk menguasai teknik ini dalam masa singkat tidak mempunyai kekuatan yang sama dengan yang melatih dengan tekun menggunakan mindanya, kerana kekuatan itu datang dari dalam diri, dikawal dan dilatih secara rutin tanpa bantuan luar dan selalunya yang melatih dengan sendiri dapat bertahan di luar tubuh lebih lama dari yang menggunakan makhluk halus dan dapat pula menembusi alam lain.
*Harap maaf, apa yang saya sampaikan hanyalah info sahaja, saya tidak mengajar teknik ini, sekiranya anda rasa ianya tidak benar, terpulang pada fikiran dan budi masing-masing. Tidak ada paksaan, namun ingin saya tegaskan ini adalah benar.
No comments:
Post a Comment