Selamat malam semua....
Wah, pasti ada beberapa diantara anda yang mengunjungi blog saya ini terkejut kan? Kontroversi betul!
Baiklah, saya jelaskan satu persatu ya? Sila baca sampai habis jika anda benar-benar hendak tahu bagaimanakah kisah "saya mati beberapa hari dan kemudian hidup kembali??"
Alkisahnya begini, saya biasanya sambil blogwalking, sambil-sambil tu juga cari informasi mengenai dunia IT di internet ni, pada hari isnin sebelah malam saya mengikuti beberapa ruangan forum bagi memantapkan diri dalam bidang html dan juga untuk lebih lanjut mengenai programming (siapa yang tak tahu programming ni, ia lebih kurang code arahan berbentuk digital, robot-robot jepun termasuk dinosaur tu guna programming language lah tu, di dalam microchip yang tersimpan di dalam komponen di dalam badan robot tu, malah ia boleh digunakan membuat arahan bagi bergerak dan sebagainya, programming ni kira advance bagi Visual Basic dan juga C++, orang IT memang tahu benda-benda ni semua)
Malang sekali ketika saya melakukan pencarian, saya telah terjumpa salah satu laman web fake iaitu di www.IT-Master2010.com, laman fake ini sebenarnya adalah domain + hosting 'hantu'. Mengapa hantu? Kerana ianya sebenarnya tidak wujud! Sebab musabab web hantu ini dapat 'memunculkan' diri adalah kerana webmaster/hacker yang menguruskan fake web ini hendak mencari mangsa (maknanya nak curi duit online dari online banking + hack IP, control sistem komputer dan banyak lagi, kebiasaannya web ini tidak dapat berdiri sekiranya virus drop belum 'disuntik' pada komputer, tetapi dalam kes ini lain sikit...ia dapat berdiri sendiri, kemungkinan hacker yang top lah ni.
Saya cuba nak daftar untuk dapatkan tips, bila buka email, pengesahan pun dilakukan...macam biasalah kan..tapi tanpa diduga, si hacker ni dapat 'kawal' email saya. Malah fail-fail dalam folder pun berjaya dicopy secara terus secara linking...hmm..banyak dah fail berjaya dicopy, nasib baik hampir semuanya berbahasa melayu. Email dan semua akaun internet saya yang lain dihack habis oleh orang tak bertanggungjawab ni.
So, dalam gelabah kan..mana taknya, skrin laptop pun dah haru biru dihack dan disedut semahu-mahunya...dalam keadaan tu, hanya satu yang boleh dilakukan iaitu mematikan line internet..(nak kawal keyboard memang tak boleh dah..ni tahap dewa punya hacker.. )
Kemudian saya terpaksa shutdown laptop guna cara kasar..iaitu mencabut bateri..huhuhu..nasib baik masa on tu, dapat hidup semula..saya recover satu persatu...dah kena dah saya time tu..tengah syok2 blogwalking tu..tak berani pasang internet dah sebab saya tahu virus tu masih ada..asal on je, alamatnya akan berulang peristiwa tu..jadi saya pun gunalah sedikit ilmu yang saya tahu untuk menghapuskan satu persatu...kena search file demi file...kemudian saya protect laptop dengan Avast maximum protection guna hack juga ni..sorry kena protect dulu..lepas tu saya on balik internet..cepat-cepat nak control balik akaun-akaun yang dah ditake over oleh hacker ni..
Satu je yang saya ingat nak save..iaitu email! Ya...itu yang paling penting kerana access email membolehkan semua akaun lain down..facebook, myspace..nuffnang, blog, tumblr, youth say, maxime profit, online store, shopping cart, akaun id dan banyak lagi..nasib baik si hacker ni tak ganti password lagi..bila saya dah take over balik email..terus tukar password dah buang semua email....nasib baik selamat..
Baru je nak tengok akaun blog balik, semuanya dah hancur!!! Alamak...nasib baik semua code html yang ada dah copy bagus-bagus sebelum ni..
Saya berjuang balik nak dapatkan blog dan lain-lain akaun...last-last saya panggil "H-max", dah malam-malam dia datang juga nak tolong kawan dia ni..thanks bro!
H max ni nama samaran saja...dia ni salah satu hackers yang bertauliah..he..he..tak lah..tapi dia boleh kira pakar juga..so dia dah dapat balik semua akaun saya...tapi malangnya akaun blog saya masih ada widget virus...tak dapat nak akses...boleh log in..saya tukar password..kemudian tak sampai seminit log out secara automatik..tapi H max cakap, tak apa..virus tu kita boleh buang belakang..
Kemudian hari selasa, rabu dan khamis pula saya sibuk dengan tugasan luar..risau juga dengan keadaan tergantung blog ini, tapi mengingatkan saya dah take over semula, biarpun masih ada virus, jadi saya tak berapa risau sangat..
Bila saya online tadi, saya dapati virus tu masih ada, tapi bila saya dah buang semua template dan mula upload balik satu persatu dan fix semua html code tu, virus tu dah di hapuskan dengan jayanya...fuh..
Tapi...dia sempat mencanangkan di akaun blog saya ni yang saya dah mati??? Dan saya ni adik atau abang dia? Tak tahu nak cakap apa...marah memang marah.....adakah saya sudah mati? Mungkinkah dia marah sebab saya dan H-max dapat ambil balik semua yang dah dihack olehnya?
Hairan sangat...kenapa blog picisan macam ni hendak dihack? Mungkinkah dia mengharapkan akan jumpa akaun online macam bank cimb, maybank, bank islam, bsn dan lain2?
Pesanan Saya :
Jangan sesekali simpan sebarang butir-butir peribadi anda melibatkan akaun bank di dalam file..walaupun hanya menyimpannya di dalam folder dan bukan di internet atau blog dan lain-lain, sebab percayalah..hackers yang memang pro ni tahu untuk kawal komputer anda, malah sebarang fungsi lain tidak dapat digunakan lagi...
clearkan data-data peribadi anda setiap kali selesai berurusan secara online terutama melibatkan online banking...
p/s-Saya belum mati! :-(...nak jalan2 dan jumpa kawan2 blogger lepas ni..blogwaking lah tu..dah serabut kepala otak saya ni..
wahh...info menarik nih..x tau la ape nk jadi klau kne kt aku!!!
ReplyDeletethanks for sharing..
wahh..seram aku dgr.. hacker ni jahat dan ganas ye.. takut juga nih..(sambil mata melilau tgk kiri kanan)
ReplyDeletepeh...bahaya juga ye.iQa pun jenis yg rajin sgt explore2 benda baru untuk it ni..ishk..pas da bace ni jadi takot pulok nak buka sebarangan web. huhu..minta tunjuk ajar ye :P
ReplyDeleteya allah~ sy btol2 dah fikir lain smlm
ReplyDeleteterkejut jugak la
dasyat jugak hackers tu
mmg durjana!
nasib baik la pandai IT...kalau saya taktau apa nak buat...jahat sungguh hackers ni..penceroboh dan perosak harta orang..
ReplyDelete@yastroHuhu..kena hati-hati bab online ni.
ReplyDelete@RedBoyHmm..nasib baik dapat recovery cepat kan redboy...kalau tak..tak tahu apa nak jadi..huhu..nyaris2 semua percaya..
ReplyDelete@AkuChumelHmm..memang sengsara kena ni..mesti lebih hati2..
ReplyDelete@NOOR FATINTu lah, dah banyak yang percaya..huhu..siap doakan sekali..:-(
ReplyDelete@sweetsalPandai pun sikit je...nasib baik ada kawan yang tolong..kalau tak..tak tahu nak jadi apa... :-(
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteIsh..ish..ish..takut dgr.
kdg2 suka2 ati je bagi no akaun bank bila org nk bawa masuk duit terutamanya dlm business on9 ni
huish..seram nya..
ReplyDeletetp x brapa paham lg~
klo jd kat saya..adoi,..musnah~
astaga~!!!! ingat btl2 sudah jalan....ganas btl hacker tu..macam dalam filem..haha...anyway, welcome back!!
ReplyDeleteisk!! Takutnya mak baca..mak ni menggong sggh bab2 cenggini. Mati teruslah mak klu mak yg kena..
ReplyDeleteiskkk..
ReplyDeletetq 4 da info..
leh blaja dr pengalaman..
astgaaaa jht! jht! jht! isshhkk bkin takut klu dia ble kawal@hacj komp ne tau hbs private klu curi eeee..
ReplyDeletedr web mna ko t'msk tu tambalut?
spai jd gni.
astga sy gat post btul2 suda tu, ishk mo sedi suda sy t'bca tau :(
jht tu hacker ooo!
wah...mcm2...nampak da sgt da maju...huu..nsb baik cpt bertindak...
ReplyDelete