Hari ini, satu panggilan kecemasan telah diterima dari ketua atasanku, meminta agar aku kembali ke markas. Sememangnya, selepas perjalananku di Los Angeles dahulu, aku bercadang untuk berhenti sahaja, tetapi mereka tidak meluluskan perletakan jawatanku.
Kini, aku memegang kembali si 'pistol legenda', pistol yang sama...membuatkan aku ingat kembali dengan jelas peristiwa itu, memutarkan kembali piring masa, saat aku melepaskan tembakan yang tepat di kepalanya, sebutir peluru yang meragut satu nyawa.
"Alessandro, ingat! Ini misi negara." Superior berpangkat Leftenan mengingatkanku tegas.
"Baik, tuan."
Misi bermula dari jam 2.30 petang, aku diberikan sepucuk rifle dengan satu roll peluru, agak berat tetapi aku terpaksa juga, pistol masih setia di bahagian pinggangku.
7 anggota lain berada di depanku, manakala 5 yang lain berada di belakang, hari ini aku berkesempatan bersama dengan polis elite dan juga Tentera Darat Di-Raja Malaysia. Skuad anti bom berjaga-jaga beberapa ela di belakang.
Menurut unit perisikan, terdapat seramai 12 orang musuh yang dicari, ini bermakna ada satu platun. Mereka mempunyai kaitan dengan satu kumpulan pengganas di Filipina.
Kami meredah hutan dan berjalan sudah sejauh hampir 15 kilometer, perjalanan agak lambat kerana keadaan muka bumi yang tidak strategik, sudah hampir jam 5 petang.
Komando Rashid yang berada di depan, mengisyaratkan kami untuk berpatah balik ke satu dataran untuk membuat panggilan ke markas.
Malang tidak berbau, kami diserang hendap! Mujur ada sungai berhampiran, banyak batu yang ada, itulah sahaja tempat kami berselindung. Hendak membalas balik, kami tak tahu nak tuju kemana, kerana rumput tebal di sebelah sana.
Aku bersandar pada salah sebuah batu, tidak jauh dari prebet Hashim..astaga! Kecederaannya agak parah! darah mengalir tak henti2, prebet Maxwell cuba membantu, dia perlu bantuan dengan segera.
Aku sempat melihat Komando dan anggota lain, masing2 sibuk back up rakan di depan dan cuba membalas tembakan ke tebing sana.
Aku meraba-raba poket kananku, ada dua butir bom tangan, memandangkan keadaan terdesak, aku terpaksa guna. Sementara itu, anggota unit skuad anti bom sedang membuat panggilan kecemasan.
Tanpa berlengah, aku menarik picu dengan penuh rasa geram dan marah, kemudian aku membaling kedua-dua bom tangan tadi di udara, betul betul ke arah tebing tinggi itu, kemudian, aku lepaskan pula tembakan ke arah bom-bom itu, letusan kuat terjadi, beberapa orang musuh kelihatan sedang cuba menyelamatkan diri, aku tidak melepaskan kesempatan ini, melepaskan tembakan bertalu-talu, ada tiga hingga empat orang kelihatan jatuh.
Aku sudah menjadi sangat marah saat itu, tanpa menghiraukan bahaya, di dalam saat genting, aku berlari ke tebing tinggi dan bersedia untuk melepaskan tembakan lagi. Komando Rashid berteriak keras menyuruhku berhenti, tapi aku sudah tak dengar lagi saat itu.
Ketika tiba disana, ada 7 orang musuh sudah menyembah bumi, mungkin ada juga yang sudah mati kerana berbalas tembakan tadi. Ada kesan dan jejak menunjukkan, ada beberapa orang yang berjaya melarikan diri.
Bantuan tiba 10 minit kemudian dengan helikopter milik TUDM, mujur prebet Hashim berjaya diselamatkan.
5 orang anggota skuad khas datang untuk menambah bilangan anggota. Aku tambah bersemangat hendak teruskan pencarian!
Namun, aku terpaksa balik atas arahan Komando Rashid. Baginya, tindakanku tadi merbahaya, cukuplah bagiku sudah mengikuti misi ini separuh jalan. Aku cuba menghubungi Leftenan yang menguruskan misi ini namun menerima jawapan menghampakan.
"Komando adalah ketua awak semasa dalam misi, sekiranya awak dihantar balik, itu kuasa dia."
Betapa hampanya aku. Memamg aku salah, tapi...
Aku hanya dapat memandang dengan tak puas hati dari atas..bila helikopter mula naik ke udara, meninggalkan medan yang menuntut misi yang belum selesai.
Aku kembali ke markas, aku tak bercakap dan hanya diam membisu. Aku berkemas dan sampai di rumah lebih kurang 7 malam.
Hmm..still wondering..apakah nasib mereka? Dah memang perjalanan hidup ini, aku membunuh lagi hari ini, demi tugas dan demi tanahair.
Harap2 mereka selamat. Tuhan, tolonglah lindungi prebet Hashim, dia ada anak dan isteri, jangan biarkan dia mati!
Ada air mata mengalir di pipiku, mengakhiri bait-bait kataku ini.....
Selamat malam semua.
(Biarkan hari ini berlalu, bersama pergi dengan tiupan angin membawa haruman bunga dedap malam)
salam ziarah..singgah sini baca entry sambil follow2 me too
ReplyDeleteberjuang tuk negara~~ well done!~ :)
ReplyDelete^____^
ReplyDelete@Amy SyaquenaThanks :-)
ReplyDelete