Selamat malam semua, saya masih tidak berkesempatan membalas kunjungan para sahabat hari ini kerana masih di dalam minggu peperiksaan, masih lagi tertumpu pada helaian-helaian nota, kertas dan sebagainya, artikel ini dibuat secara auto posting. Saya sudah meminta bantuan dari Master D untuk membalas kunjungan kawan-kawan semua, tak pasti pula sekiranya beliau ada masa atau tak, maklum saja, beliau sibuk dengan tugasannya yang tersendiri.
Saya ada menghasilkan sebuah karya yang di beri tajuk '...termenung sejenak di serambi malam...'
Jiwang? he..he..jom kita lihat bahagian pengenalan, lepas tu anda boleh tinggalkan komen dan cadangan di bawah ya.
Saya ada menghasilkan sebuah karya yang di beri tajuk '...termenung sejenak di serambi malam...'
Jiwang? he..he..jom kita lihat bahagian pengenalan, lepas tu anda boleh tinggalkan komen dan cadangan di bawah ya.
____________________________________________________________________________________
Fazwuan membelek satu persatu, helaian demi helaian di diari tua itu. Dia membaca tinta demi tinta yang digoreskan membentuk rangkaian ayat yang menafsirkan seribu erti yang masih menjadi misteri. Anak matanya mengejar patah demi patah sehingga tumpuannya terhenti pada muka surat yang ditandakan bulatan merah, ayat-ayat yang tertulis juga sudah hampir pudar, namun masih dapat dibaca.
"Berat hati ini melangkah kaki, menyusun tapak-tapak berdebu di sepanjang jalan sunyi ini, mataku masih degil untuk berhenti menangis, dari tadi air mata masih terus jatuh bergenang di pipiku. Dadaku terasa sebak, tubuhku bergetar kencang dan kuat, aku lemah dan tak bermaya."
Apakah yang berlaku? Fazwuan meneruskan pembacaannya.
"Aku tiba di depan rumah, belum sampai ke tangga, aku jatuh lagi, entah untuk kali yang ke berapa. Adakah ini yang harus aku tempuhi? Ku gagahi untuk berdiri dan masuk ke rumah, sepanjang malam aku menangis tanpa henti, sehingga tak sedar, aku tertidur di dalam kebingungan"
"Awal pagi aku bangun seperti biasa, aku memasak masakan kegemaran suamiku pagi ini, nasi goreng ayam dengan kopi panas. Aku seakan lupa kejadian semalam, kenapa aku menangis ya?"
"Abang, bangun, sarapan dah siap ni, aku tersenyum kecil bila mengingatkan suamiku sememangnya suka jika aku kejutkannya, hari pun masih awal lagi, belum pun enam pagi. Aku masuk ke bilik kami, ianya kosong dan sepi, selimut pun belum dikemaskan. Mana suamiku? Aku bergegas mencarinya di serata rumah.....tapi kosong dan sunyi, aku jatuh lagi bila memori semalam kembali menyerang benakku"
Fazwuan menyeka titisan air mata yang mula terbit, dia mula mengerti dan membaca kembali bagaimana kisah ini bermula, dia menyesal kerana bertindak terburu-buru, apakah kebenaran lain yang tersimpan di dalam diari usang ini? Diari yang akan membongkar sebuah kisah yang berpuluh tahun tersimpan erat atau adakah tanda tanya yang sering bermain di fikiran akan kekal menjadi sebuah misteri yang tak terungkapkan?
Fazwuan membaca lagi...
"Kepala ini terasa berat sekali, aku dapat ingat kembali bagaimana suamiku...tttiiiiidddaaaaaaakkkkk......aaarrrggghhhhhhhh...bayang-bayang ganas memukul suamiku tanpa belas kasihan, parang tajam ditusuk berkali kali ke perut suamiku, darah memercik deras, menyembur di serata tempat, aku pejamkan mata untuk menghalau igauan ngeri itu tapi semakin kuat di telingaku, ia berbisik, merintih dan menjerit kesakitan, keperitan. Aku pasti, di hujung sana, suamiku semakin jauh dan jauh, nafasnya semakin berat dan lemah."
"Mengapa? Salah siapa semua ini? Angkara siapa? Kenapa?"
"Kau bukan anakku, kau haram! Aku benci kau!"
"Ayahmu adalah najis, yang mengotorkanku, yang merampas kebahagiaan."
Hati Fazwuan tersentak, lantas di tutupnya diari usang itu, diari lama itu tidak lengkap, banyak bahagian yang koyak dan sudah hilang tulisannya. Siapa lagi yang diharapkan untuk memberikan cerita penuh, kisah lengkap diari usang ini? Pada siapa keluhan akan dilepaskan?
Apakah ini suatu petanda buruk?
Ring tone dari telefon bimbitnya seakan-akan menyentap Fazwuan kembali ke alam nyata, dibeleknya sekejap telefon itu, tertera nama Anis di skrin.
Apa lagi yang gadis ni nak dari aku? Tak cukup kah semua kekalutan yang telah terjadi? Ditambah dengan misteri ini, segalanya bagai tak berguna dan bercelaru.
Fazwuan membiarkan saja bunyi itu berhenti, namun beberapa saat kemudian, kembali lagi berdering. Tanpa niat untuk menyambut, sekali lagi dibiarkannya saja, kali ketiga, dengan keterpaksaan, dia menyambut juga.
"Hello." agak malas hendak mendengar suara gadis tu lagi.
"Faz, saya dah jumpa Rumandai"
"Hah?".....tiba-tiba...
aikk...seronok baca? he..he..perasan bagus saja saya ni kan..hihi..cerita ni bersambung pula..so kalau anda nak teruskan sambungannya, komen-komen di bawah ya. Mesti banyak persoalan kan, bagaimana dan kenapa, apa..
(jangan layan ayat diatas, penulis berkemungkinan mengalami kejutan S.S.)
No comments:
Post a Comment