Showing posts with label i-Bincang. Show all posts
Showing posts with label i-Bincang. Show all posts

Saturday, May 1, 2010

Masalah VS Kehidupan



Masalah sering datang dalam hidup kita, tidak ada satu pun manusia yang tidak ada masalah di dalam hidup ini, walau siapapun dia, pangkat dan darjat tinggi bukan jaminan tidak mempunyai masalah. Masalah datang dalam pelbagai bentuk di dalam hidup kita, tidak kira masalah kewangan, keluarga, percintaan dan sebagainya.

Ada orang yang mempunyai cara mereka sendiri bagaimana menangani masalah dengan baik dan ada juga yang tidak.

Saya sendiri mempunyai masalah. Tetapi tahukah anda bahawa sumber masalah itu adalah kerana kita sendiri?

Kita ciptakan hampir kebanyakan masalah kita, ia tidak dapat begitu sahaja. Cara yang terbaik adalah santai, pasrah dan berdoa kepada tuhan.

Benar, berdoa dan memohon kepada Tuhan agar kita dikuatkan iman kita supaya dapat menghadapi masalah kita tidak kira berat ataupun kecil.

Hidup kita ini penuh dengan keindahan dan masalah melengkapkan kehidupan kita, jika kita tidak ada masalah, dimana cabaran dan tentangan dalam hidup? Sudah tentu kita tidak akan hidup tanpa masalah. :-)

Lihatlah dalam pandangan dan perspektif yang berbeza, maka kita akan dapat menjalani hidup ini bukan tanpa masalah, tetapi dengan hidup penuh cara menangani masalah. Cool kan?

Tenang dan senyumlah pada semua orang, sampaikan energi positif anda dan lihatlah sendiri hasilnya.

((^___^))

Setiap hari, selepas bangun tidur, tutup seketika mata anda dan katakan dengan penuh santai dan tenang,

"Hari ini aku bangun dengan penuh tenang, semua masalah yang mendatang akan aku selesaikan dengan baik, aku bersyukur kerana hari ini aku masih diberikan kesempatan untuk menjalankan kewajipanku di dunia ini, terima kasih Tuhan."

"Semua urusanku hari ini lancar dan penuh tenang"

"Aku mengalirkan energi positif pada hari ini, semua orang senang denganku"

*Anda juga boleh ciptakan pelbagai kata-kata positif setiap kali bangun tidur, tidak kira apa pun yang anda mahukan, samaada mahukan duit lebih pada hari itu atau kesihatan, kegembiraan dan sebagainya, cubalah, kaedah ini termasuk dalam kaedah instant hipnosis dan juga kaedah saranan diri positif.

Ceria-ceria selalu.

Kadang-kadang kita lupa?

Dalam hidup kita, mungkin saja kita telah capai apa yang kita mahukan, semuanya kita ada, kawan, keluarga, pendidikan yang tinggi, pekerjaan yang bagus, kewangan yang stabil, hidup yang sempurna dan banyak lagi.

Sehingga mungkin kita hanya sibuk mengurus diri kita dan memajukan hidup kita ke peringkat yang lebih tinggi sehingga kita lupa yang masih ada orang-orang di luar sana yang kurang bernasib baik, mungkin tidak makan dan minum sama sekali.

Mungkin kita akan katakan, siapa mereka bagi kita? Kenapa harus mereka dipedulikan? Kita lupa bukan? Kita adalah manusia! Yang sepatutnya penuh dengan perasaan simpati serta belas kasihan.

Tetapi kerana kita lupa, kita tidak pedulikan mereka langsung, bahkan tidak tahu pun. Sebab itulah menderma itu perlu bagi mengingatkan kita kembali bukan semua orang hidup senang dan bahagia, ada yang menderita, derma itu sendiri mengingatkan kita yang hidup ini umpama roda, kadang kita di atas dan kadang kita di bawah.

Ada masa senang dan ada masanya kita susah. Kita malah kadang-kadang mencebik bibir seakan mencemuh mereka ini yang mungkin di mata kita tidak berharga sedikit pun, benar di mata manusia yang penuh dengan dosa, golongan yang tidak bernasib baik ini yang mungkin merempat dan tidak ada apa-apa membawa erti tidak bernilai langsung, tetapi ingatlah, di mata Tuhan, kita semua sama.

Sama-sama kita ingatkan diri kita yang semakin lupa terhadap golongan kurang bernasib baik ini, mendermalah dengan sepenuh hati dan seikhlasnya, walaupun hanya 10 sen sahaja, nilai keikhlasan itu tidak akan dapat ditandingi.

Lupakah kita? Disaat kita susah kita memerlukan bantuan tetapi disaat kita senang, kita tidak ingin membantu. Derma bukan datang dalam bentuk wang dan material, tetapi boleh saja dalam bentuk doa sekiranya anda tidak mampu.

Dermalah sejenak biarpun dalam bentuk doa. Semoga Tuhan memberkati kita semua.