Semua manusia sama, namun kita sering berasa berbeza kerana kebolehan kita, kerana kedudukan dan pangkat kita, kerana harta kekayaan kita, kerana rupa paras dan bentuk fizikal kita, kerana kehebatan kita, kerana pencapaian luar biasa kita.
Manusia memang berbeza! Inilah fakta yang semua orang kena terima. Tiada satupun yang sama, dan inilah yang menjadikan manusia istimewa.
Ini mengingatkan saya tentang sebuah cerita mengenai Raja yang hebat dan terkenal sehingga negara-negara keliling pun kenal akan Raja ini. Kekayaannya sungguh banyak dan besar.
Tidak ada satu pun yang dapat menandingi kekuasaannya ketika itu, dia hebat dalam semua aspek, main pedang, memanah, memburu, berlawan dan banyak lagi.
Satu hari, Raja tersebut gering kerana diserang penyakit misteri. Merasakan nyawanya di ambang maut, Raja tersebut memanggil Bendaharanya. Baginda berpesan ketika dia mati kedua-dua tangannya dikeluarkan dari keranda dan ditunjukkan pada semua orang yang akan menghadiri majlis pengkebumian Raja tersebut.
Bendahara tersebut merasa aneh dengan permintaan itu namun dia bersetuju, begitu pun, Bendahara ini tetap saja gelisah dan ingin tahu sangat mengapa Sang Raja berpesan demikian?
Maka dia memutuskan untuk bertanya pada Raja tersebut.
Raja tersebut menjawab dengan tenang "Aku memintamu untuk menunjukkan kepada semua rakyatku kedua tanganku ketika aku mati adalah kerana aku ingin semua mereka tahu yang seorang Raja besar sekalipun tidak akan membawa apa-apa ketika meninggalkan dunia ini, walaupun sebuku roti."
Apakah pengajaran yang anda dapat dari kisah ini? Renungkan.
Rencah Kehidupanku, menyingkap potensi minda bawah sedar, tenaga dalam dan kuasa minda.
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts

Sunday, May 9, 2010
Setinggi manakah kita?
Saturday, May 8, 2010
Pernahkah Kita Menangis?
Anda hairan dengan tajuk diatas? Menangis merupakan satu tindak balas manusia dalam meluahkan perasaan, samaada kegembiraan ataupun kesedihan, terharu malah penyesalan mendalam.
Tapi seberapa banyak tangisan kita itu berguna? Kita menangis untuk apa? Seseorang yang kita cintai? Ibu Bapa kita? Untuk diri kita?
Ataupun untuk sesuatu perkara yang lain?
Apapun alasan kita, semua kita pernah menangis. Kita selalunya menangis semasa kecil dan kebiasaannya semakin kita membesar, kita akan semakin jarang menangis.
Orang mentafsirkan menangis adalah sebagai salah satu tanda kelemahan seseorang, dan bagi seorang lelaki dewasa matang, menangis hanya akan menunjukkan kelemahan mereka.
Cuba perhatikan, berapa kali lelaki dewasa menangis di dalam hidup mereka?
Terlalu sedikit bukan? Sebenarnya mereka menangis, hanya sahaja disembunyikan, kalau tidak menangis di luar, mereka menangis dari dalam.
Tangisan yang dipendam akan menyebabkan hati menjadi sekeras batu, mereka mungkin dingin dan secara fiziknya, tabah menghadapi sebarang masalah, namun dari dalam, siapa yang tahu?
Tanya diri kita sendiri, seberapa kerap kita menangis, dan untuk apakah tangisan itu? Berbaloikah ia?
Menangis untuk ibu dan ayah, nilainya sangat besar, samaada secara simbolik ataupun secara zahir dan juga spiritual.
Menangis untuk ibubapa menandakan kita insaf dan mahu menjadi anak yang baik.
Kepada mereka yang masih mempunyai ayah dan ibu, hargailah mereka sementara mereka masih ada kerana kita tahu setiap yang hidup pasti akan mati juga.
Saya masih mempunyai kedua orang tua saya dan merekalah yang mendidik saya sehingga saya menjadi saya seperti hari ini, tanpa mereka, siapalah saya.
I love bot of my mom and my dad..i love you so much, even i say it one million times, i still want to say it more and more, there's nothing in this world can replace you.
And the day of most waited time in whole year will about to come, yes..its Mother's Day...i have special suprise for her, even though its not expensive but still, its full of my love and love and love..muaaahhh..love you mom..
-Love you gave me, i even can pay it back with all my love because your love is so powerfull mom. Thanks for everything you done for me, taking care of me..love you mom.

Saturday, May 1, 2010
Kadang-kadang kita lupa?
Dalam hidup kita, mungkin saja kita telah capai apa yang kita mahukan, semuanya kita ada, kawan, keluarga, pendidikan yang tinggi, pekerjaan yang bagus, kewangan yang stabil, hidup yang sempurna dan banyak lagi.
Sehingga mungkin kita hanya sibuk mengurus diri kita dan memajukan hidup kita ke peringkat yang lebih tinggi sehingga kita lupa yang masih ada orang-orang di luar sana yang kurang bernasib baik, mungkin tidak makan dan minum sama sekali.
Mungkin kita akan katakan, siapa mereka bagi kita? Kenapa harus mereka dipedulikan? Kita lupa bukan? Kita adalah manusia! Yang sepatutnya penuh dengan perasaan simpati serta belas kasihan.
Tetapi kerana kita lupa, kita tidak pedulikan mereka langsung, bahkan tidak tahu pun. Sebab itulah menderma itu perlu bagi mengingatkan kita kembali bukan semua orang hidup senang dan bahagia, ada yang menderita, derma itu sendiri mengingatkan kita yang hidup ini umpama roda, kadang kita di atas dan kadang kita di bawah.
Ada masa senang dan ada masanya kita susah. Kita malah kadang-kadang mencebik bibir seakan mencemuh mereka ini yang mungkin di mata kita tidak berharga sedikit pun, benar di mata manusia yang penuh dengan dosa, golongan yang tidak bernasib baik ini yang mungkin merempat dan tidak ada apa-apa membawa erti tidak bernilai langsung, tetapi ingatlah, di mata Tuhan, kita semua sama.
Sama-sama kita ingatkan diri kita yang semakin lupa terhadap golongan kurang bernasib baik ini, mendermalah dengan sepenuh hati dan seikhlasnya, walaupun hanya 10 sen sahaja, nilai keikhlasan itu tidak akan dapat ditandingi.
Lupakah kita? Disaat kita susah kita memerlukan bantuan tetapi disaat kita senang, kita tidak ingin membantu. Derma bukan datang dalam bentuk wang dan material, tetapi boleh saja dalam bentuk doa sekiranya anda tidak mampu.
Dermalah sejenak biarpun dalam bentuk doa. Semoga Tuhan memberkati kita semua.

Labels
i-Bincang,
Renungan Bersama
Subscribe to:
Posts (Atom)