Semua manusia sama, namun kita sering berasa berbeza kerana kebolehan kita, kerana kedudukan dan pangkat kita, kerana harta kekayaan kita, kerana rupa paras dan bentuk fizikal kita, kerana kehebatan kita, kerana pencapaian luar biasa kita.
Manusia memang berbeza! Inilah fakta yang semua orang kena terima. Tiada satupun yang sama, dan inilah yang menjadikan manusia istimewa.
Ini mengingatkan saya tentang sebuah cerita mengenai Raja yang hebat dan terkenal sehingga negara-negara keliling pun kenal akan Raja ini. Kekayaannya sungguh banyak dan besar.
Tidak ada satu pun yang dapat menandingi kekuasaannya ketika itu, dia hebat dalam semua aspek, main pedang, memanah, memburu, berlawan dan banyak lagi.
Satu hari, Raja tersebut gering kerana diserang penyakit misteri. Merasakan nyawanya di ambang maut, Raja tersebut memanggil Bendaharanya. Baginda berpesan ketika dia mati kedua-dua tangannya dikeluarkan dari keranda dan ditunjukkan pada semua orang yang akan menghadiri majlis pengkebumian Raja tersebut.
Bendahara tersebut merasa aneh dengan permintaan itu namun dia bersetuju, begitu pun, Bendahara ini tetap saja gelisah dan ingin tahu sangat mengapa Sang Raja berpesan demikian?
Maka dia memutuskan untuk bertanya pada Raja tersebut.
Raja tersebut menjawab dengan tenang "Aku memintamu untuk menunjukkan kepada semua rakyatku kedua tanganku ketika aku mati adalah kerana aku ingin semua mereka tahu yang seorang Raja besar sekalipun tidak akan membawa apa-apa ketika meninggalkan dunia ini, walaupun sebuku roti."
Apakah pengajaran yang anda dapat dari kisah ini? Renungkan.
No comments:
Post a Comment