Inilah dia pistol yang telah kugunakan untuk membunuh lelaki berkenaan tempoh hari ketika di Los Angeles. Aku bersedih dan berduka. Aku telah bunuh orang dan kerana aku telah meragut satu nyawa, aku diberikan penghargaan dan pangkat keberanian. Tapi wajarkah? Berbaloikah ia dengan satu nyawa yang telah hilang?
-Gambar pistolku ini telah diedit dengan MS paint.
Ya, aku seorang undercover agent polis. Benar! Tidak ada yang salah dengan kenyataan itu, tapi bagaimana dengan tangan ini? Tangan yang telah membunuh!
Ampuni aku Tuhan. Ampuni aku. Ampuni aku.
Aku cuba melupakan tragedi itu, cuba untuk tertawa, cuba untuk riang, tapi…
Adakah aku patut berhenti saja dari menjadi undercover? Supaya aku tak perlu lagi merasakan kesakitan dan kesedihan ini?
Mampukah aku?
Anak Sabah yang tak pernah mengenal erti kekejaman ini akhirnya menjadi seorang pembunuh, pembunuh yang diberi lesen untuk menembak dan menamatkan riwayat seseorang! Pembunuh yang bergelar pengintip polis!
Mungkin aku silap dan salah, mungkin kerja ini bukan untukku, aku sanggup terima cabaran berat bahkan kini, walaupun ianya masih tetap rahsia, Malaysia masih boleh bangga kerana misi itu telah berjaya. Aku tak gentar menghadapinya…tapi dengan hakikat aku telah membunuh, adakah…adakah aku masih kuat?
Hidup ini aneh bukan? Hanya satu peluru kecil, bahkan seratus kali peluru itupun belum mampu membentuk sekujur tubuh manusia, tapi dalam hitungan detik, peluru kecil itu dapat meragut kebahagiaan dan kegembiraan malah meragut nyawa!
nice blog happy blogging
ReplyDeleteThanks! :-)
ReplyDeletebetol ke ni.u bia btol?
ReplyDeleteIkuti Journey to L.A. dari mula.
ReplyDelete:-)
ReplyDeletewah. sbnrnye kte da selalu terpk.. satu bijik peluru leh menghapuskan kehidupan dan kegembiraan satu keluarga.
ReplyDeleteye ker?
mungkin la.. ;)