Oh my god!
Baru lepas nak rilek kejap setelah selesai misi pengintipan selama sejam, aku ke gym..
Tup..tup..baru nak masuk gym, kejadian tragis, tembak menembak berlaku...
Sebab musabab tidak kuketahui..
Macam biasalah..kan LA ni banyak "jenayah" luar biasa yang disembunyikan..
Teringat pula NCSI : LA
Setelah aku siasat sikit..he..he..biasa..pengintip kan..
Baru aku tahu yang tembak menembak tu antara dua kumpulan kecil iaitu geng "Red Yakuza" dan "EBB"..makna ebb tu..aku tak tahu..
Tapi diorang ni, ganas betul..nasib baik pakai pistol je..kalau snipper? Ripl A? Macamana?
Oh ya, Ripl A ni, kira senjata buatan sendiri, tapi dia ada 18 peluru di dalam. Kira macam senapang patah, tapi ada fungsi roullet bullet, macam bakakuk..kalau dalam bahasa dusun di Sabah.
Aku off-duty kejap..
Sementara tu nak update blog lah dulu..he..he..
So korang boleh lah tahu perkembangan seorang lelaki Sabah di negara asing ni..Los Angeles..
Tak biasa dengan suasana disini..
Paling aku malas sekali...time malam, sampai 4 hingga 5 kali ada orang ketuk bilik..ingat room service ke, apa ke??
Tahu apa?
Yang datang adalah "kupu-kupu malam" istilah afrika ni..maknanya gadis yang menjalankan kegiatan tak bermoral lah tu..ala..di Los Angeles ni, perkara begini biasa, malah hotel pun sediakan service begini.
Heeii..sorry..aku tak main benda ni semua..aku sayang diri aku, aku sayang bini aku, aku takut Tuhan!!
Aku tolak dengan baik, tak boleh kasar, sebab aku sekarang di negara orang beb, kena jaga sopan santun, guruku dulu pun pernah pesan, masuk reban ayam, berkokok, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau?? Sorry, aku tak mahu, ko masuk lah sorang2..ha..ha..just kidding.. :-)
Hmm..nak rehat kejap sambil menulis dan menulis di sinilah, mana lagi..ha..ha..
Sambil-sambil tu aku lap pistol kesayangan aku ni..
Aku juga diberikan Mid Stun Gun..hmm..macam-macam jenis ada, namun fungsi sebenar adalah untuk memberikan kejutan mengejut..jangan tak caya, walau kecik..ianya dapat keluarkan rencatan sekuat 1000V!!
Confirm pengsan kalau kena beb!!
Okaylah..see u all..have a nice day.
No comments:
Post a Comment