Wednesday, June 9, 2010

Hari ke-12 di Los Angeles!

Banyak sebenarnya yang telah terjadi semenjak aku ke Los Angeles. Bermula perjalanan Tamparuli-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur dan sehingga tiba di Los Angeles dan banyak sebenarnya yang tak sempat dimasukkan disini kerana kesibukan tugasku di sini. Beberapa post yang sempat ku masukkan sebenarnya sudah terlambat dari masa sebenar ianya berlaku. Sedar tak sedar, hampir 12 hari aku di L.A. ni.

Pengembaraan yang sungguh menyeronokkan, mencemaskan, mendebarkan serta juga sedikit menakutkan. Bukan senang nak buat tugas berat macam ni. Keadaan dah bertambah rumit, dari hanya 1 Kumpulan Gang yang harus ditumpaskan, kini menjadi 3 Gang!

Sebenarnya terlalu banyak Gang yang ada disini, tak terkira, dari yang kecil sehingga yang besar, Jabatan Polis tak ambil kisah sangat kalau belum jadi kes besar, tentu anda tertanya-tanya bukan, kenapa seorang undercover agent tak terkenal macam aku, boleh ditugaskan misi bahaya ni?

4 orang polis Malaysia dalam tahanan Gangster Dadah! Mereka adalah dari PDRM Malaysia yang menjalankan latihan elit polis disini, malangnya dua minggu lepas, mereka tertangkap.

Kes ini masih menjadi misteri, aku sendiri pun tak tahu hal ni pada mulanya, bayangkan, sebaik saja sampai, beberapa barang peribadi aku disita dan disimpan sementara, aku didedahkan kepada bermacam perkara pelik dan mengapa pula unit perisikan yang begitu bagus disini tak dapat nak settle down perkara ni?

Sungguh aku tak duga, salah seorang orang kanan Gangster Dadah tu adalah Webster!! Salah seorang kawan aku semasa Latihan Sulit UP dahulu.

Sepatutnya aku tak dedahkan perkara sesulit ini di blog aku ni, tapi this is my journey dan ini adalah catatan peribadi saya sendiri.

Macam-macam yang aku lalui disini, berlari sana sini, kejadian tembak menembak, testing gun, banyak lagi yang tak sempat aku nak ungkapkan.

Misi menyelamat dan menumpaskan Gangster Dadah adalah satu misi yang harus kuselesaikan.

Ini merupakan misi ketiga sepanjang aku bertugas sebagai undercover, tapi inilah juga misi yang paling merbahaya diantara ketiga-tiga misi aku, sebab selama ni hanya misi di negara sendiri sahaja iaitu Malaysia.


Sekarang, aku jauh di perantauan, dengan misi yang tergalas di bahu untuk diselesaikan.

Korang tertanya-tanya, bagaimana rasa first time pegang pistol? Kemudian tembak? Well, rasanya sedikit aneh..tapi lama-lama biasa juga…tapi paling aku tak lupa, bagaimana aku guna pistol untuk tembak..bukan di padang sasar, bukan cardboard yang jadi sasaran, bukan botol, tapi orang!

Tembakan pertama terkena di lutut dan tembakan kedua terkena dibahu kanan orang tu..ianya berlaku masa misi pertamaku..aku sempat bergegar..menangis! Dalam hati aku berdoa agar orang tu tak mati..

Adakah misi kali ni akan membuatkan diri ini membunuh untuk kali pertama!?

Aku tak tahu bagaimana dengan polis-polis yang pernah bunuh orang..hmm..ayat ni kejam kan? Tapi apa beza dengan tembak kemudian orang tu mati dengan bunuh?

Walaupun sebagai orang yang diberi kuasa untuk menembak dan gunakan pistol, adakah kita diberikan hak untuk membunuh dan mengambil nyawa orang? Berat sungguh dilema yang ku alami…

Mampukah seseorang yang dah bunuh orang tidur nyenyak tiap malam?

Banyak yang aku nak beritahu, tapi tak tahu nak cakap apa…sesekali aku renung pistol yang ada disebelah aku…kenapa harus ada benda ni?

Aku bertekad, kalau pun aku terpaksa tembak lagi kali ini, aku akan tembak di bahagian paha sehingga ke bawah, sekurang-kurangnya orang tu tak mati.

Polis Malaysia dah kira cukup bagus, sebabnya? Cuba tengok jika ada kes orang yang sedang diancam..mesti sedaya upaya tak tembak kan? Nak pujuk sampai berjaya..kalau disini, mereka ada penembak tepat, sambil mereka pujuk, sambil penjenayah leka dan sekali leka, zupp..satu tembakan laser tembus kepala!

Cuba tengok cerita di TV, tak ke macam tu? Lepas tu kalau ada wartawan serbu, tak berani nak buat macamtu, cuma mereka arahkan wartawan untuk berada 500 meter dari kawasan tu dan baru nak tembak.

Sebenarnya, realiti sebenar dengan dunia TV memang berbeza…perhatikan CSI, cuba tengok..suspek tidak dipukul, hanya disoal-siasat sahaja..siap dengan cermin cerah, konon2 nak tunjuk yang polis tak ganas..please…hakikatnya, setiap suspek dipukul tanpa belas kasihan, peguam dinafikan hakknya untuk jumpa klien dalam masa 24 jam di dalam tahanan.

Kalau suspek perempuan, siap dibuli, ditelanjangkan dan dibuat perlecehan seksual..oh my god…mereka nak tunjukkan polis baik di kacamata masyarakat..tapi hakikatnya…


Hmm..macam luahan perasaan pula aku ni..he..he..

Setidak-tidaknya korang tahu apa yang berlaku dan terjadi disini, walau bukan sepenuhnya, tapi sikit-sikit okay lah tu..

Apalah nasib polis-polis tu? Diam-diam aku berdoa, semoga mereka selamat. Tuhan, terima kasih kerana memberiku peluang untuk menyelamatkan nyawa mereka…mungkin atas sesuatu sebab yang tidak ku ketahui..aku berada disini, jauh dari negaraku sendiri, demi misi penting ini.

Aku dah nak tutup..sampai disini dulu coretan kali ini, Armaan dah nak sampai.

p/s-Doakan aku ya..Semoga Polis2 kita selamat, aku juga selamat.
p/s/s-Pada Master D yang ada di Malaysia, thanks kerana tolong tengok-tengokkan ‘traffic blog’ ini dan sudah ada tiga belas orang follower setakat ini. Thanks..semoga makin banyak follower selepas ni.. :-)

-Dalam kesepian ini, ada rasa rindu yang membara dihati, ada semangat yang terbakar, ada niat yang harus ditunaikan dan ada misi yang harus disempurnakan…salam coretan dari Los Angeles-

No comments:

Post a Comment