Pukau dan hipnosis sering disamakan, tetapi sebenarnya hipnosis dan pukau adalah bidang yang berlainan. Pukau menggunakan unsur lain seperti bantuan makhluk halus dan juga adanya ayat yang perlu dibaca ketika hendak memukau orang.
Sebaliknya, hipnosis tidak memerlukan bacaan, ianya memerlukan kaedah praktikal dan latihan untuk memahirkan diri.
Contohnya :
"Jangan anda fikirkan mengenai kucing hitam!"
Baca ayat di atas banyak kali..
Hakikatnya, biarpun ada ayat "JANGAN" di atas, tetapi anda tetap secara tak sedar memikirkan mengenai kucing hitam juga kan? Anda melihat secara pasti dengan minda dan anda membayangkan mengenai kucing hitam itu, biarpun sudah diberitahu jangan fikir mengenainya. Lihat, itulah yang dikenali sebagai instants hipnosis.
Jangan risau, setiap orang yang membaca ini pasti akan memikirkan awan biru. Termasuk para peng hipnosis sekalipun kerana begitulah cara minda kita berfungsi.
_____________________________________________________________________________________
Adakah hipnosis mampu membuat kita melakukan hal-hal yang tidak kita inginkan?
Jawapannya : TIDAK BOLEH!
Tapi anda pernah lihat orang tidur kerana kerana dihipnosis? Benar, kerana itu anda yang inginkannya.
Perhatikan, bila kita melihat seseorang itu meng hipnosis orang lain, dia akan menggunakan ayat praktikal seperti kiraan sepuluh dan di setiap kiraan anda akan semakin tidur misalnya, anda tidak akan tertidur sekiranya anda tidak ikut apa yang disuruh olehnya, tetapi memandangkan anda membayangkan di setiap kiraan, anda semakin terlelap, maka anda terus tertidur. :-)
Tetapi, sekiranya orang itu menghipnosis anda supaya melakukan hal-hal yang memalukan seperti contohnya membuka baju anda, minda anda akan lawan balik kenyataan itu dan anda tidak akan membuka baju anda. Bukan semudah itu untuk tundukkan minda manusia yang hebat ini. :-)
Saranan diri termasuk dalam kaedah hipnosis juga. Kita memberi saranan positif pada diri dan hasilnya, diri akan lebih positif dari biasa, begitu juga sebaliknya.
Hipnosis digunakan untuk membina keyakinan diri, untuk berkomunikasi dengan minda bawah sedar kita. Untuk membangkitkan potensi dalaman kita ke tahap maksimum.
Ada orang selepas di hipnosis mampu mengangkat beban berat, tetapi sebenarnya, memang itu kekuatan dia. Cuma mungkin selama ini, kerana sering berfikiran yang dia tidak kuat dan tidak mampu mengangkat benda tersebut, maka dia gagal, tetapi ketika minda bawah sedarnya bekerja, kekuatan sebenar timbul dalam diri.
Hipnosis akan mengeluarkan potensi sejati dalam diri bukannya membuat seseorang akan mempunyai kuasa luar biasa dari luar.
Pada asasnya, mempelajari hipnosis adalah disaranankan anda mengawal keadaan minda anda terlebih dahulu.
Kemudian baru anda senang untuk meng hipnosis orang lain.
Seorang kaunselor juga seorang peng hipnosis dalam diam. :-)
Hipnosis termasuk dalam satu bidang kajian minda bawah sedar.
Dah terlanjur cakap pasal hipnosis, mari kita lihat serba sedikit apa itu pukau ye..
Pukau biasanya menggunakan medium mata untuk memukau orang lain, ada juga yang gunakan pukau dan hipnosis di masa yang sama. Hati-hati ya.
Salah satu teknik praktikal bagaimana mengelak pukau adalah dengan tidak melihat terus mata orang itu atau pun dengan cara 'mematikan' aliran 'fius' dalaman kita.
Bagaimana?
Dengan cara menyilangkan kaki ketika duduk
Dengan cara berpeluk tubuh ketika berdiri.
Dengan cara itu, konduktor haba di dalam badan kita akan mengalir bukan dalam state normal kerana keadaan kita itu, jadi ilmu pukau secara tak langsung gagal untuk menembusi aura yang kita telah tutup itu.
Ataupun dengan cara melukakan bibir dalam anda, nak bagi sakit.
Kalau ada jurujual datang rumah, nak minta air minum, jangan bagi air putih/air kosong/air mati sebaliknya buatkan minuman panas. :-)..ini pun salah satu cara bagaimana nak elak pukau ni..
Dan...
Untuk santau pula..kalau kita pergi kenduri kahwin ke, atau ke mana-mana..(mana tahu ada orang 'pandai' kan, yang pergi santau makanan atau minuman..ini kita harus berwaspada selalu. Sebelum minum, lihat dulu bayang dalam minuman tu, kalau ada, maknanya elok dan tak ada santau, tapi bila kita tak lihat bayang kita, maknanya something wrong..he..he..
kemudian dengan teknik merasa bahagian bawah gelas kita..dengan tapak tangan, kalau minuman kita panas, tetapi bawah tu sejuk..ertinya ada santau atau benda tak elok..kalau minuman sejuk, tapi bawah panas pun sama juga. :-)
Kemudian tengok makanan yang ada, kalau banyak lalat disana, ertinya makanan tu tak baik, kalau pun tak ada santau pasti tak baik untuk kesihatan. Cuba bandingkan..makanan yang busuk dengan makanan segar..mana yang banyak lalat hinggap?
Lalat jarang sekali hinggap makanan fresh ni..makanan yang baru masak dan sihat..perhatikan.. :-)
Sekadar info untuk tuan dan puan sekalian..he..he..
Salam ceria semua. :-)
Luas betul pengetahuan owner blog ni.Dari hypnosis sampai kepada santau....
ReplyDelete