Histeria?
Gejala ini berlaku kerana tahap jiwa seseorang itu lemah sehingga memungkinkan histeria ini berlaku. Histeria bukan hanya disebabkan oleh 'sesuatu' yang ingin 'menumpang' di dalam badan pesakit, tetapi juga kerana faktor emosi sehingga menyebabkan perasaan melampau mengambil alih 'personaliti' dalam sesuatu jangka masa dan ianya biasa dikaitkan dengan gangguan jiwa dan psikologi.
Cara Ringkas Untuk Merawat Histeria (Bukan Semua Jenis Histeria/Kerasukan dapat ditangani dengan kaedah ini, harap maklum)
1- Ambil minyak wangi tanpa alkohol.(penting, mesti tanpa alkohol!)
2- Bacakan doa yang anda tahu. (ikut agama masing2)
3- Lumurkan minyak wangi ke tangan anda, atau ke tangan pesakit, kemudian tekupkan ke hidungnya, biarkan dia menyedut aroma minyak wangi tersebut.
4- Anda sebagai perawat harus santai dan tenang ketika melakukan ini.
5- Minta bantuan orang lain untuk memegangnya jika anda rasakan tidak mampu mengawal seorang diri.
6- Pesakit akan merasa lemah dan kemudian akan pengsan, sebelum pesakit kembali normal.
7- Jangan lupa berdoa sepanjang masa rawatan tersebut.
(info berguna untuk anda tentang kaedah menghadapi kes histeria!)
No comments:
Post a Comment