Fuh, penat gila baru lepas dari tugasan@misi penting.
Tak boleh cerita banyak sangat..
Dah banyak rahsianya ni..apapun aku berazam sangat nak tumpaskan gangster dadah tu..
Kerana kerahsiaan tugas, maka tak dapat nak dipost disini..
Aku nak rilex..rilex jap, sambil lawat blog2 yang ada di Malaysia..he..he..sebab aku sekarang jauh diperantauan, tapi asal ada connection internet, maka tetap dapat mendekatkan yang jauh..betulkan?
Aku berdebar juga ni, ikut perancangan, lagi dua hari, lepas aku berjaya kumpul maklumat dan maklumat, serbuan akan dibuat..he..he..korang tengok je di TV3 nanti ye..harap-harap aku selamat..fuh..lega rasanya sebab masih dapat tulis di diari onlineku ini.
Hari ni, buat pertama kali aku pegang DX-Machine Gun..jangan tak tahu..ianya senjata yang sungguh berat..kira-kira 100 kilo!
Dilengkapi dengan 10000 peluru dan berputar terus selama seminit!! Hebat dan menakutkan bukan? 10000 peluru habis dalam hanya seminit!Benar, anda tidak silap baca dan saya tak silap tulis...sepuluh ribu butir peluru dalam masa hanya seminit!!!
DX ni haram di LA sebenarnya, malah haram juga di seluruh dunia..sebab sekali sahaja berputar peluru, apapun yang terkena akan berkecai macam daging kisar..atau malah lebih teruk.
Nasib baik iman kuat, tadi..DX diuji cuba dengan kereta SUV yang ada pintu kebal..nak tahu apa jadi? Hancur beb, panjang sebutir peluru DX ni adalah empat inci! So, korang bayangkanlah dengan kelajuan super pantas alias super saiya mungkin..ha..ha.., 1000 biji peluru dalam masa seminit meluru dan merempuh apa jua, tak ke hancur?
Saja nak tulis-tulis sikit, nak update juga kan perkembangan di LA ni walaupun sebenarnya banyak yang perlu dirahsiakan, sorry geng, bukan sengaja..
Dah tugas negara, tapi ada juga yang aku kasi bocor sikit-sikit..he..he..sebab yang aku bocorkan, kalau korang tahu pun tak ada masalah, jangan saja yang top secret bebenor, memang susah nak menjawab nanti.
Armaan, rakan sepengintipku nampak cemas saja tadi, nasib baik dapat cover..macam dia gelabah sangat, tak pernah buat tugas mengintip ke selama ni?
Armaan ni orang india, bertugas macam aku juga, undercover, tapi dia lain sikit, macam takut pun ada, macam risau pun ada..aku pun begitu juga pada mulanya, tapi bila start terbayang negara Malaysia, aku jadi semangat balik, ini misi negara, itulah prinsipku, biar halangan datang dengan penuh keganasan, akanku lawan kembali..cewah semangat habis nampak..
Hari ni juga aku tahu nama lelaki yang bakal bertumbuk dengan aku, nama dia Pallon..ha..ha..aneh kan..weird name kata orang putih..? Tapi dia ni bekas askar yang pernah pergi ke Afghanistan dulu..ala..time perang gila tu..
Patutlah nampak muka macam ganas je..siap ada parut lagi..badan tak usah cakap, berketul sana-sini..guna steroid?? Aku kurang pasti..hmmm...esok ada tugasan penting menunggu..Doakan aku ye.. :-)
No comments:
Post a Comment