Thursday, June 10, 2010

Bingkisan Pulau Semibriasari 1

 


PULAU SEMIBRIASARI


Inilah rupa Semibriasari dari jauh, indah dan sungguh saujana mata memandang. Tidak ada pulau-pulau lain berdekatan dengan Semibriasari ini. Ketenangan yang dipancarkan memang luarbiasa sekali, sungguh mendamaikan jiwa, tak pernah aku duga, aku akan dibawa kemari oleh lelaki itu, lelaki yang tak kukenal, yang mengajakku untuk ke sini. Hatiku terdetik seketika, inikah syurga dunia?



Seketika dalam lamunanku yang panjang, aku tersentak kerana kami sudah sampai. Lelaki itu tersenyum padaku. Dia mengangguk-angguk beberapa kali. Aku dapat rasakan dan mendengar suaranya di batinku, menyuruhku turun.



Ketika pertama kali kaki ini menjejaki tanah asing ini,dapat aku rasakan kedamaian yang terpancar, sungguh luarbiasa sekali tempat ini. Bagaimana aku boleh kemari? Aku mengingat-ingat peristiwa tadi. Apakah aku bermimpi?


************************************************************************************


Aku melangkah ke depan, semakin menghampiri dua buah rumah, batinku menggerutu, ini bukan rumah manusia! Aura damai yang dipancarkan terlalu tinggi! Justeru, apakah ini?




"Benar anakku, ini bukan duniamu, inilah duniaku, sengaja kau kubawa kemari kerana kau telah selamatkan nyawa anakku."



"Hah? Jadi saya dimana?"



"Di Semibriasari, di duniaku, anakku."



"Bukankah membawaku kemari bermakna aku telah meninggalkan badanku di duniaku?"



"Benar anakku, kau tinggalkan badanmu di duniamu, kerana kau sedang koma disana, ada tujuan lain kau datang kemari, iaitu untuk mengambil Batu Semibriasari."


Sedikit sneak peak untuk anda alias versi preview kerana melayari blog ini. Novel fantasi hebat dari Alessandro Rahman ini mengisahkan seorang lelaki yang mengalami kecederaan di kepala kerana kemalangan atas sebab menyelamatkan seekor kucing yang sebenarnya adalah Puteri Semibriasari, lelaki tersebut bagaimanapun koma dan rohnya dibawa ke alam lain oleh seorang lelaki misteri..apakah yang berlaku selanjutnya..tunggu kemunculan novel ini di kedai-kedai buku menjelang Ogos 2010.

BINGKISAN PULAU SEMIBRIASARI

No comments:

Post a Comment