Thursday, June 3, 2010

Alessandro Rahman in Los Angeles!

Hari Pertama di Los Angeles.

*Malam pertama sebenarnya, sebab aku lepas turun airport, dah nak malam!

Memang berbeza rupanya Los Angeles dibandingkan dengan Malaysia. Telefon bimbitku pula habis cas. Damn! Kena cari hotel dulu baru boleh cas. Hmm..aku lirik jam..betul ke masa ni?? Nak kena ambik kelas GMT lagi lah jawabnya ni..

Aku seperti ‘rusa masuk kampung’ bila berada di tengah-tengah bandaraya Los Angeles ni, budaya lain, cara lain, style lain, gaya lain, cara hidup lain dan paling penting bahasa lain.

Aku berjalan di lorong depan kedai, kira macam lorong kecil kalau di Sabah, khususnya Tamparuli, lorong kecil je di depan kedai, tapi kalau disini ianya lebar, hampir mencecah dua hingga 3 meter, malah lebih lagi. Bezakan?

Siap ada nama lagi, sempat aku baca salah satu nama, happy street?

Wah, hebat! Pengalaman baru untukku, first time lah katakan.

Aku menyeluk poket jaketku dan mengeluarkan sekeping kad kecil tertera nama Ninn Hotel. Macamana nak cari hotel ni? Mungkin berpuluh hotel lain sekitar sini. Teringat aku kata-kata orang tua-tua, malu bertanya, sesat jalan. Maka aku pun meringankan sikit mulutku ini untuk menyapa seorang lelaki separuh abad yang sedang berjalan.

“Maaf, dimana saya nak cari Hotel Ninn?” Alamak, aku lupa, ini kan LA? Ha..ha..ha..lawak betul..lelaki tadi pun nampak bingung sekejap.

“Err..sorry..i mean..where I can find Ninn Hotel?”

“Hmm..never mind. I’m sorry, i don’t know, I’m a tourist..you too right? Maybe you should ask somebody else, I’m really sorry.”

“Its okay, thank you.”

“You’r welcome.”

Fuh! Sekali pelancong da..ha..ha..

Aku tak putus asa, tapi kali ni aku masuk ke sebuah hotel yang agak besar, nama tempat ni Josh Motel..ala..macam rumah tumpangan..

Aku dengan selamba senyum pada penyambut tetamu yang ada di sudut ruangan kiri.

Bila saja aku menghampirinya, pantas dia bersuara.

“Welcome Sir. Josh Motel in service. What can I help you sir?”

“Err..actually, I need some assistant here..could you please check this address for me?”

Aku pun bagilah kad tu pada dia, dengan maksud nak minta tolong dia tengokkanlah, mana tahu mamat ni tahu mana letak hotel ni.

“Inn Hotel sir?”
“Yes.”
“Its three block from here sir, you can find a large signboard with colourful purple theme.”
“Thank you.”

Aku pun baru je nak angkat kaki, tiba-tiba mamat ni panggil aku lagi.

“Where are you from sir?”
“Malaysia.”
“Oh, I know Malaysia. It’s a great country.”
“Glad to hear that. Thanks.”

Aku pun pergi dengan senyuman penuh bangga, mana taknya, Malaysia beb! Orang asing puji Malaysia. Tak tahu samaada dia bohong atau tak, tapi believe me, it’s a awesome feeling when you heard someone say something nice about your country.

Aku pun jalan dan jalan hingga jumpa Inn Hotel. Aku pun check in kerana memang sudah dibooking selama….hah? Sebulan?

“Excuse me. This is true? The room was booked for me for one full month?” Kenapa tiada makluman? Kata Cuma seminggu? Penting sangat ke? Sampai aku pun tak tahu ni?

“Yes, sir, its confirm.”

“Thank you”
“Your welcome sir”

Aku pun naik bilik dan barang aku, aku sendiri bawa, jarang sekali aku percaya bell boy hantarkan untuk aku, sebab hanya satu beg saja, bukannya banyak pun.

Aku kemas barang, rehat kejap, mandi dan pesan dinner service..makan di dalam bilik lah ni..kemudian tidur..cerita tv yang ada pun tak seronok sangat..malas nak layan..tapi sebelum tidur, sempat juga aku tulis kisah perjalanan aku ni..nanti ketinggalan pula korang baca kisah seterusnya kan? Ye lah..mesti ramai yang nak tahu macamana first time ke LA..buat yang tak pernah pergi lah..so..stay tunned..good night all.

2 comments: