Heroin - Wewei Weliniah
Hero - Eztino Marguel.
Sinopsis.
Kisah penderitaan duka seorang gadis cacat dengan seorang doktor muda. Wewei, seorang gadis lincah namun satu kemalangan ngeri ketika dia berumur 8 tahun menyebabkan dia terpaksa berkerusi roda sepanjang hidupnya. Wewei mendapat tekanan berat dan sejak dari itu dia terus membisu sehinggalah kedatangan seorang doktor muda di kawasan kejiranannya.
Eztino seorang lelaki yang penuh misteri, dia berjaya membuat Wewei mengeluarkan suaranya. Eztino berjaya memulihkan kedua-dua kaki Wewei dan semakin hari Eztino menjadi rapat dengannya. Namun, malang bagi Wewei kerana kemudiannya dia disahkan rosak kedua-dua buah pinggang serta di tahap yang kronik dan memerlukan penderma.
Pada masa yang sama, ibu Eztino juga memerlukan buah pinggang. Di dalam dilemma yang berpanjangan itu, Eztino memutuskan untuk menderma bagi ibunya dan Wewei. Sebagai tukarannya, satu buah pinggang ibunya dan Wewei diletakkan dalam tubuhnya. Dia terpaksa menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa. Hanya 8 bulan dia dapat bertahan sekiranya tiada penderma memandangkan kedua-dua buah pinggang dari ibunya dan Wewei rosak. Ibunya dan Wewei langsung tidak tahu menahu yang Eztino menderma buah pinggang untuk mereka. Satu hari Eztino mendapat tahu yang Wewei akan berkahwin dengan lelaki lain.
Hal ini berlaku kerana Wewei kecewa dan jauh hati apabila Eztino menolak cintanya. Eztino sedar yang hidupnya makin singkat sedangkan dia juga amat mencintai Wewei. Dia lebih rela berkorban daripada melihat air mata dari gadis yang sangat dicintainya itu. Hanya tinggal dua minggu saja Wewei akan berkahwin dan bila-bila dalam tempoh itu Eztino boleh pergi. Namun dia tetap bertahan dan sehari selepas Wewei melangsungkan perkahwinannya, Eztino menjadi lumpuh dan tidak dapat bergerak langsung.
Dia dikejarkan ke hospital dan terdedahlah segala-galanya. Dalam masa tidak sampai 3 jam, Eztino pergi dalam pangkuan Wewei. Ikutilah kisah yang sangat menyayat hati ini. Pengorbanan Eztino yang amat besar sekali. Ibunya tidak suka akan Wewei dan Eztino tidak pula melawan kata-kata ibunya. Namun dia berjaya mengimbangkan antara cinta dan kasihnya pada Wewei dan juga ibunya.
Kisah ini memaparkan tema ketaatan anak pada ibunya dan kesetiaan serta cinta seorang lelaki kepada seorang gadis cacat, dia berusaha untuk memulihkan keadaan Wewei sehingga dapat berjalan semula serta berusaha agar gadis itu dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna malah sanggup mengorbankan buah pinggangnya untuk gadis itu. Betapa besar pengorbanannya. Pasti menitiskan air mata setiap yang membaca kisah ini.
Plot sederhana tetapi menusuk kalbu memang dominan dalam Cerpen “Oupusanku Sogigisom”.Sebuah lagi karya dari Alessandro Rahman aka Arri Muda.
___________________________________________________
Karya ini agak berlainan dari karya-karya Alessandro yang lain kerana cerita ini digarap dari sebuah pengalaman peribadi seorang perempuan dan diceritakan kembali kepada penulis.
Malah, di dalam hasil karya ini, digarap dengan beberapa bahasa tempatan dan kaum etnik yang ada di sabah termasuk Bahasa KadazanDusun, Bajau, Murut.
Penghasilan karya ini juga memerlukan penelitian yang mendalam terhadap plot dan jalan cerita.
Seawal bab pertama lagi, plot sedih sudah digarap mengikut kesesuaian tema.
Cerita ini juga membawa pembaca menghayati watak sepenuhnya, kerana itu diwujudkan versi kisah dari 3 watak utama cerita ini iaitu Eztino, Wewei dan ibu Eztino sendiri, versi dari sudut pandangan ini membawa pembaca menyelami perasaan serta merasai sendiri dari kaca mata 3 watak berbeza ini.
Kepada yang nak baca sedutan atau flashback/preview mengenai Cerpen Oupusanku Sogigisom ini, sila
klik siniKepada yang nak baca sedutan atau flashback/preview mengenai Cerpen Oupusanku Sogigisom ini, sila
p/s-Alessandro memang gila menulis. :-)
No comments:
Post a Comment