Aku bangun awal pagi, kira-kira pukul 4.00, aku sempat menjengah ke katil kecil anakku, masih nyenyak dia tidur, teringat akan isteriku, sayu sekejap hatiku ini, mana tidak, ibunya sekarang berada di Kelantan, sedang mengejar impian untuk menghabiskan pelajarannya disana.
Aku mengusap-usap kepala anak kecilku ini, hampir setahun lebih umurnya, sungguh comel dan cantik, lambang ikatan cinta dan kasih kami berdua. Kini, aku pula harus ke luar negara demi tugas penting, ada air mata yang mengalir di pipiku, segera kusapu perlahan, anakku akan ku tinggalkan dengan ibu dan ayahku. Aku mencium dahi anakku lembut.
Aku mengemas keperluan, hanya setakat ala kadar, mungkin hanya seminggu aku berada di US(Los Angeles). Harap-harap begitulah, sebab aku tak mahu lama-lama sangat, semenjak aku bergelar seorang ayah, perasaan ini begitu sensitif, aku dapat rasakan kasih sayang seorang ayah mula tumbuh dalam diriku, aku menjaga anakku dengan baik dan penuh kasih sayang. Aku juga masih belajar, di OUM, separuh masa, ambil Bachelor Education Science, ada dua tahun lebih lagi sebelum aku bergelar seorang guru.
Aku bangun dan keluar ke ruang tamu, my dad and my mom sudah bangun, aku meminta tolong untuk tengok-tengokkan anakku sementara aku mandi, manalah tahu kalau-kalau Saniriza menangis ke, atau terbangun nanti. Sejak semalam lagi aku pulang ke rumah orang tuaku ini, sejuk hatiku melihat mom and my dad begitu memanjakan saniriza yang sudah pandai bersuara dan merangkak.
Pukul 7.00 pagi aku berangkat dari rumah dengan menumpang pada Jason, seorang peninju amatur dari Club Boxing Sabah. Jason pernah aku tolong beberapa bulan lalu semasa dia diserang 6 lelaki bersenjatakan parang, mungkin sebab marah si Jason ni asyik menang saja dalam 3 siri perlawanan tinju amatur. Kalau belajar boxing, tumbukan yang dimiliki memang lebih padu dari biasa, semua orang tahu ni, so jadi kalau nak one by one, memang Jason ada harapan menang, tapi kalau dah lawan dengan senjata panjang dan itupun dengan 6 orang lelaki, agak payah juga.
Aku terpelajar dalam seni karate, walaupun belum lagi sampai tahap black belt, setakat brown black saja sebenarnya, cuma aku sering berlatih pukulan jurus di rumah, sebab tulah mungkin aku dapat menolongnya ketika itu. Tapi kerana kejadian itu, aku mendapat ‘mark’ di dadaku. Aku mendapat 7 jahitan. Tapi enam-enam penyerang tu, semuanya lunyai aku kerjakan, si Jason pula time ni terkebil kebil je. Aku kenal Jason bukan time dia kena serang, tapi time dia menang kali pertama. Keenam-enam penyerang tu dibawa ke balai polis, lepas tu aku tak tahu kesudahannya.
“Alessandro!” aku tersentak, suara Jason agak keras,
“Hah?”
“Dah 3 kali sa panggil, khayal?”
“Hmm…tak ada apa-apa.”
“Jangan susah hati, sekejap jak bah tu, seminggu jak kan?
“Hmm..”
Kemudian kami tak bersuara sepanjang perjalanan, hanya lagu-lagu dan celoteh dari DJ hotfm yang menjadi peneman.
Hujan renyai-renyai mula turun, kemudian hujan lebat pun turun, jalanraya pagi menjadi stuck dan lambat sekali.
Kami tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 8.00 pagi, aku akan menaiki penerbangan MAS. Lepas turunkan beg aku, Jason terus pergi kerana dia sendiri ada urusan lain, aku memakluminya. Dia memang jarang bercakap, sama dengan aku. Perangainya aku faham. Aku duduk di kerusi panjang, melihat orang lalu lalang, tiket dan lain-lain semua dah sedia, tinggal nak checking dan go saja. Flight jam 10.00 pagi, masih lama.
Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan mendail nombor isteriku. Aku dah beritahu awal-awal yang aku berangkat pagi. Dia menjawab dengan suara yang serak, baru bangun tidur agaknya. Kami berbual selama sepuluh minit. Lepas rindu sekejap dengar suara isteriku. Jaket hitam yang ku bawa tadi segera ku pakai. Pistol Automatic 16 peluru terselit di pinggangku, lencana dan id aku pun ada.
Aku membaca majalah Prolett, iaitu majalah yang banyak memaparkan seni mempertahankan diri dari seluruh dunia. Banyak-banyak seni mempertahankan diri, dua yang paling ku kagumi iaitu kungfu(tai chi, shaolin,wing tsun,wushu…semua masuk kategori ni) dan silat.
Sedar tak sedar masa berlalu, pengumuman mula dibuat, aku pun mula berbaris ke bahagian pelepasan penerbangan, semua okay saja, bila tiba giliran aku, sesudah beg di scan, mereka check seluruh tubuh badan aku, bila lelaki yang check badan aku tersentuh pistol di pinggangku, dia macam gelabah sikit, terus dipanggilnya dua orang polis bantuan.
“Awak ada bawa pistol?” nadanya seakan bertanya. Nampak macam cemas sikit.
“Ya, ini lencana saya.” Aku tunjukkan pula lencana dan id ku.
“Hmm..” dia membaca dengan teliti.
“Maafkan kami.” Polis tadi memberikan kembali pistol, id dan lencanaku.
Aku dibenarkan masuk, mungkin mereka risau kalau aku lebih berpangkat dari mereka, sebab id tu id rahsia iaitu hanya di tulis undercover saja tanpa maklumat jawatan. Aku pun sebenarnya tidak berjawatan tinggi, sekadar bertugas undercover agent saja untuk Polis Diraja Malaysia dibawah skuad khas. Ketua ku adalah Inspektor Rahim Akmal untuk Bahagian Sabah dan Inspektor Zuria Mawa untuk Bahagian Semenanjung.
Aku kini berada di dalam pesawar MAS, bersedia untuk berlepas. Ada rasa rindu pada anakku, pada isteriku, pada keluargaku dan pada bumi Sabah tercinta ini. Apakah aku sudah jadi sebegini sensitif?
Perlahan tetapi pasti, kapal terbang bergerak di sepanjang landasan sebelum terbang meluncur laju di awan biru.
Flight ini akan singgah di KL dulu dan dari KL baru ke US (Los Angeles)
Nak tahu price dia? RM 10 489.00!! Mahal gila kan? Ha.ha..Terpaksa ambil yang ini sebab semua yang lain dah habis..nasib PDRM support belanja..
Di KL, tak banyak yang berlaku, malas nak ke mana-mana, aku layan muzik dan call isteri serta my mom and my dad, nak dengar suara anak kesayangan aku, itu je..kemudian bermula lah lagi pengembaraan ke Los Angeles! Here I come! To my princess baby, sabar sayang..papa akan pulang dengan segera.
Sekian dulu untuk kali ini.
Selamat Tinggal Bumi Sabah! Aku akan kembali!
No comments:
Post a Comment