Salam Ceria.
Dalam post kali ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai Terapi Pernafasan. Melihat pada nama sahaja, tentu anda sangka ianya melibatkan kos perbelanjaan yang mahal bukan? Tetapi sebenarnya tidak.
Terapi Pernafasan yang akan saya bicarakan adalah mengenai cara-cara pernafasan melalui hidung bertujuan untuk melegakan sakit kepala dalam masa yang singkat.
Hidung mempunyai bahagian kiri dan kanan dan kita guna kedua-duanya untuk mengambil oksigen dan juga untuk melepaskan karbon dioksida. Walaupun begitu, keduanya mempunyai fungsi yang berbeza. Bahagian kanan lebih kepada panas dan bahagian kiri lebih kepada sejuk. Ini bermaksud, gas oksigen yang masuk melalui bahagian kanan lebih cepat panas dan yang masuk melalui bahagian kiri lebih cepat sejuk.
Semasa anda sedang mengalami sakit kepala, cuba untuk tutup bahagian kanan hidung anda dan gunakan bahagian kiri hidung anda untuk bernafas. Bernafaslah dengan santai dan tenang, dalam masa sekitar 5 hingga 10 minit, sakit kepala anda akan beransur-ansur menghilang.
Semasa anda sedang merasa penat pula, cuba untuk tutup bahagian kiri hidung anda dan bernafaslah menggunakan hidung sebelah kanan, selepas beberapa ketika anda akan rasakan seakan-akan minda anda lebih tenang dan segar.
Tahukah anda, kebiasaannya para wanita bernafas melalui bahagian kiri hidung mereka? Kerana itulah mereka lebih cepat sejuk berbanding lelaki. Maksudnya apabila marah, wanita cenderung akan lebih cepat turun kemarahannya berbanding lelaki.
Kebanyakan lelaki pula bernafas melalui hidung sebelah kanan mereka, sebab itulah mereka lebih aktif dan lebih kuat dalam bekerja.
Cuba anda perhatikan semasa anda bangun dari tidur, bahagian mana satukah yang anda rasakan lebih cepat menyedut udara? Kanan atau kiri?
Sekiranya bahagian sebelah kiri yang lebih cepat, anda akan cepat merasa penat. tutup bahagian sebelah kiri hidung anda dan cubalah bernafas melalui hidung sebelah kanan, anda akan lebih cepat merasa bertenaga dan segar.
Lakukannya semasa anda sedang mendapat sakit kepala, penat dan sebagainya.
Kanan = Panas
Kiri = Sejuk
Jadi, sekiranya anda rasa tak bertenaga dan lemah, anda perlukan “panas” dan sekiranya anda rasa demam(panas), maka anda perlukan ’sejuk’
p/s-Kepada pengguna Quantum Pendant dan Sport Flask, caskan terlebih dahulu air dan diminum sebelum dan sesudah melakukan terapi pernafasan ini, hasilnya sangat luarbiasa. Cubalah dan rasai sendiri perbezaannya.
No comments:
Post a Comment