Friday, May 28, 2010

Kuasa Hukum Tarikan

Hari ini saya jelaskan satu konsep dalam Kuasa Hukum Tarikan ataupun Law Of Attraction. Konsep ini adalah ‘’semakin dan semakin”

Kuasa Hukum Tarikan sebenarnya bidang yang sangat luas dan masih memerlukan pemerhatian yang dalam mengenainya untuk benar-benar master dalam bidang ini.

Setelah mengkaji dan meneliti, saya lebih suka gunakan konsep “semakin dan semakin” ini.

Apakah konsep ini? Konsep ini sebenarnya sangat mudah, hanya aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, semakin kita berbuat baik, semakin kita disenangi orang lain.

Konsep yang mudah bukan? Ya, kerana konsep ini sebenarnya adalah selaras dengan tindakan kita. Dalam erti kata lain perlakuan kita akan mengakibatkan tindak balas kesan dari perlakuan kita itu secara sinonim iaitu buat baik = disenangi.

Konsep ini tidak menggunakan akronim iaitu kata lawan, misalnya buat jahat = disenangi, kerana hubungan kait antara perlakuan dan tindak balas kesan adalah tidak selaras.

Aplikasi konsep yang saya panggil “semakin dan semakin” ini dapat berfungsi menjadi magnet penarik yang sangat ampuh dalam kehidupan kita.

Tidak kira menarik ramai kawan, menarik nilai positif, menarik kebijaksanaan, menarik wang, menarik kesihatan dan banyak lagi, selagi kita berada dalam lingkungan konsep ini.

Okay, kalau dalam konteks kawan, kita hanya perlu “semakin kita berbuat baik, semakin disenangi orang lain.”

Jika ingin menarik nilai positif, hanya perlu semakin berfikiran positif dimana jua dan walau apa pun masalah, selesaikan dengan tenang dan positif.

Inginkan kesihatan yang baik, maka semakin kita rajin menjaga kesihatan diri.

Konsep ini nampak mudah tetapi untuk melaksanakannya perlu komitmen yang sangat tinggi sekali.

Bagaimana dengan kewangan pula? Ramai yang tertanya-tanya, adakah konsep ini relevan dengan kewangan? Kerana misalnya jika seseorang itu bekerja sebagai pengawal keselamatan, tetapi gajinya sedikit, bagaimana dia mahu menyelesaikan masalah kewangannya dengan konsep ini?



Jawapannya, boleh!

Konsep ini berfungsi dalam semua aspek kehidupan kita seharian.

Menabung atau menyimpan wang di dalam bank dapat menjadi penyelesaian terbaik.

Salah satunya pula adalah melalui derma. Ya benar!

Ingat konsep ini “semakin dan semakin”. Semakin banyak anda derma dengan ikhlas melalui derma, semakin banyak wang anda akan datang balik kepada anda. Tuhan akan membalas budi anda melalui derma dengan nilai yang tak terkira.

Mengapa saya katakan begitu? Menderma sendiri menepati konsep semakin dan semakin ini. Selain itu, kita membantu orang lain dengan penuh ikhlas. Selalunya kita akan mendapat ganjaran melebihi jumlah yang kita dermakan itu.

Dalam agama Islam sendiri, penganutnya wajib untuk menderma dan membayar zakat.

Banyak kelebihan orang yang selalu menderma dan membayar zakat ini.

Menderma dengan hati yang ikhlas dan anda akan mendapati rezeki anda selalu akan berlimpah ruah melalui sumber yang tidak diduga.

Cuba tengok orang-orang yang suka menderma di sekeliling anda, bukankah mereka hidup senang?

Saya tidak katakan yang anda harus menderma seluruh harta anda, sekiranya anda ada RM 10 sahaja saat ini, ikhlaskan lah RM 2, itu pun sudah memadai.

No comments:

Post a Comment