Pada kali ini saya akan berkongsi kaedah melakukan meditasi pagi. Meditasi sudah menjadi kewajipan bagi para pengamal Reiki. Khusus untuk para pengunjung didozel.blogspot.com yang belum pernah bermeditasi dan yang tidak pernah tahu kaedah dan caranya, saya kongsikan buat anda semua.
Meditasi diwaktu pagi terutamanya selepas subuh amat baik bukan sahaja untuk ketenangan jiwa dan rohani tetapi juga baik untuk wadah spiritual dan mempercepatkan proses self-healing. Meditasi juga mengurangkan stress dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi serta bermacam-macam penyakit lainnya.
Teknik dan Cara Meditasi Pagi.
Teknik ini khusus untuk para pengguna Quantum Pendant atau Sport Flask yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit batu karang, barah dan lain-lain.
1-Sebaik-baiknya dilakukan selepas sembahyang subuh.
2-Terlebih dahulu minum air yang telah dicas dengan Quantum Pendant atau Sport Flask.
3-Pakai pakaian yang longgar, kemas dan bersih. Boleh juga dipakai sedikit wangi-wangian.
4-Pilih tempat yang tenang dan santai, boleh dibuka sedikit jendela untuk membolehkan angin pagi masuk.
5-Duduk bersila di lantai atau duduk dengan posisi tegak di atas kerusi. Pastikan belakang anda tidak menyentuh kerusi. Sebaiknya juga tanggalkan semua perhiasan jika ada seperti jam dan sebagainya. Kedua-dua tapak tangan anda dibuka ke atas dan diletakkan di atas lutut.
6-Pastikan keadaan anda selesa dan kemudian mulalah menarik nafas dalam-dalam dan kemudian hembus perlahan-lahan. Lakukan selama 30 saat. Lakukan dengan santai dan tenang.
7-Berdoa dan kemudiannya memasang niat.
“Ya Tuhan, semoga penyakitku Engkau Sembuhkan”
Anda boleh niatkan untuk penyakit apa yang anda hadapi ataupun cukup sekadar affirmasi yang diatas, Tuhan Maha mengetahui.
8-Kemudian, pejamkan mata anda dan mulalah mengosongkan fikiran anda. Santai dan tenang tanpa berfikir satu apapun selepas itu. Lakukan meditasi pagi ini sekurang-kurangnya 5 hingga 15 minit. Anda harus santai dan tenang ketika bermeditasi.
Di dalam meditasi, anda akan mencapai tahap ketenangan luarbiasa. Bagaimana anda tahu bahawa anda telah memasuki wilayah ketenangan itu? Melalui pengalaman saya, anda tidak akan dengar sebarang bunyi-bunyian dari luar. Berdasarkan pengalaman bermeditasi, pada mulanya anda akan dapat mendengar darah(urat nadi) anda di bahagian dekat telinga mengalir. Itu salah satu tanda anda mula mencapai tahap ketenangan meditasi.
Selain itu, anda akan mula mendapat pendengaran dari pelbagai bunyi-bunyi. Telinga anda akan memisahkan bunyi-bunyi secara pasti dan menyebabkannya berlaku. Kemungkinan anda akan berasa takjub dengan apa yang anda alami. Teruskan bermeditasi.
9-Setelah anda selesai bermeditasi. Ucapkan syukur kepada Tuhan kerana mendengarkan doa anda dan sebelum bangun dari duduk, anda akan dapati sakit anda semakin berkurang.
p/s-Amalkannya setiap pagi dan jika anda mahu, anda boleh juga melakukannya pada waktu petang atau sebelah malam. Berdasarkan pengalaman saya, meditasi di waktu panas tidak berapa sesuai terutamanya sewaktu tengah hari. Ini kerana aliran darah pada masa itu mengalir lebih laju dari biasa. Terutamanya ketika matahari tegak betul-betul diatas kepala.
Jangan lupa banyakkan minum air yang dicas dan berdoalah selalu. Hanya kepada Tuhan kita berharap.
Semoga anda dapat sedikit manfaat dari perkongsian saya ini.
Salam Ceria. :-)
No comments:
Post a Comment