Saturday, May 29, 2010

Kutub VS Kutub?

Anda pernah dengar tak kutub vs kutub?

Alah, magnet kalau sama kutub tak akan menarik sama lain tetapi akan menolak kutub yang satu lagi. Perasaan tak? Cuba kalau kutub yang berlainan, akan menarik bukan?
Sekarang perhatikan prinsip tarik dan tolak ini dalam kehidupan.

Bila seseorang marah dan memaki anda, apa yang anda buat? Pasti dan yakin, termasuk diri saya sendiri juga akan marah dan memaki kembali. Itu lumrah manusia biasa! That's a fact guys. Cuba tengok, apa yang berlaku? Hubungan akan renggang, semakin bermusuhan, dendam membara dan banyak lagi?

Kan? Fungsi tolakan magnet berfungsi disini, iaitu kutub negatif vs kutub negatif.

Tapi cuba perhatikan, sekiranya ada (ini jarang sekali ni, satu dalam sejuta susah nak cari) seseorang yang tersenyum dan membalas dengan kata-kata manis, sopan kepada orang yang memaki hamun dan memarahinya. Apa yang terjadi? Kemarahan orang itu akan lenyap dalam masa yang sungguh singkat sekali. Why? Pertama orang yang memaki hamun itu akan tertarik untuk menilai kembali diri orang yang dimarahinya itu dan tertarik ingin tahu siapakah dia?

Lihat kan? Jika kita membalas perbuatan negatif orang lain dengan perbuatan positif, orang akan tertarik pada kita, kitalah magnet diri positif yang mampu menarik ramai kawan.

Bagaimana jika kita pula yang negatif dan orang lain positif? simple je, kita yang akan tertarik pada orang tu.

Ini salah satu rahsia dalam pergaulan efektif iaitu dengan menilai prinsip magnet ini.

Hebatkan?

Dulu masa kecik-kecik, saya ingat cuma magnet je ada konsep tolak dan tarik ni. Tak terfikir saat tu, kini kita tahu, kita ada unsur magnet di dalam diri kita.

Hah? Ini satu kenyataan yang sungguh luar biasa, sebab kita magnet yang hidup, mempunyai minda yang super luar biasa, jika kita gabungkan semuanya, umpama bateri cas berkuasa super duper tinggi, maka kita akan dapat tarik apa sahaja dengan diri kita sendiri?

Betul kan? Jangan ketinggalan untuk membaca setiap post saya mengenai "Diri Sebagai Magnet Hidup" yang mampu menarik apa sahaja termasuk kewangan, spiritual, kawan, kebahagiaan hidup, kerjaya dan lain-lain lagi.

p/s-Bermain dengan minda lebih hebat dari bermain permainan online, tak percaya? Cuba sendiri aplikasi ini dan lihat hasilnya.. :-)

No comments:

Post a Comment