Sekali dah masuk, tak nampak pun macam tengah ada function ke majlis makan malam ke dan sebagainya, rupanya memang pengunjung restoran tengah makan dan menjamu selera, sekali tu, dari hujung dari tempat kami masuk (kami masuk bahagian sisi kiri, so dewan restoran ni sebelah kanan lah), ada penyambut tetamu dan kelihatan macam ada pengantin saja..kami masuk dan menuju ke arah itu, fuh..lega..nasib baik betul..memang pengantin lelaki, pengantin perempuan dan penyambut tetamu serta kedua-dua ibu bapa pengantin perempuan serta kaum kerabat yang lain ada disana. My dad memang kenal dengan mereka, aku pula hanya ada sedikit saja dari wajah-wajah yang ada yang kukenal, nama saja ada kaitan persaudaraan, tapi kenal pun sikit saja..ha..ha..dari tak kenal langsung kan? My dad, mom dan adik beradik yang lain dah masuk, tinggal aku yang paling last, last-last aku yang sain (tandatangan lah) kontrak..ha..ha..bukan kontrak..tapi Guest Book iaitu macam nak isikan nama keluarga, ucapan, dari mana..kebiasaannya jika ini dibuat, dapatlah nak check dari mana sanak saudara dan dari yang tak kenal..dapat berkenalan pula kan..
Lepas tu pula, setelah aku sain, aku diberi pula beberapa kotak kecik..biasa..kalau orang kahwin kan, ada dibungkus kek dalam tempat macam gift dalam kotak kiut miut yang kecik, sekali lapan yang diberi, walau kecik, tak cukup tangan aku nak bawa, aku masuk, macam kerang busuk je..tersengih sengih, pengantin lelaki dan perempuan pun senyum je..aku cuba balance kan pegangan pada kotak2 kecik ni..sambil salam-salaman..
Lepas tu, aku dan family duduk di ruangan meja besar bulat, boleh muat dalam 10 orang rasanya, tapi kami cuma berlapan, so ada ruangan juga sikit, aku je yang ambil ruangan lebih..besar sikit kawasan yang aku conquer.
Ingatkan dah nak mula makan, rupanya belum lagi..para pelayan mula tuangkan minuman, mula-mula tu cemas juga..ye lah di atas meja tu dah penuh dengan minuman berwarna kuning cair sikit kan..takkan nak minum minuman keras pula? Sorry..aku tak sentuh minuman-minuman keras ni..biarlah orang nak kata apa pun..tak happening ke.
Rupanya chinese teh dan ada juga orange juice, kemudian pelayan tu bawa pergi pula minuman tu, hmm..rasanya dah diminum orang yang duduk tadi disini..maybe..lepas tu dia bawa balik beberapa gelas kaca dan tuang pula minuman warna hitam..aik? Ini apa lagi? Minuman keras? Ha..ha..asyik-asyik minuman keras je yang aku ingat..apalah aku ni.
Rupanya coca-cola lah..ha..ha.
Kemudian kami tunggu dan tunggu..untuk announcement lah…lampu hijau untuk makan.
Bila dah diumumkan saja pengantin lelaki dan perempuan serta kerabat terdekat iaitu keluarga pengantin perempuan dan lelaki untuk makan dan para tetamu pun boleh berbaris nak ambil makanan, cepat sungguh para tetamu bertindak..baru saja 10 saat dari pengumuman, aku tengok belakang (makanan di bahagian belakang) meja tempat makanan disediakan tu penuh macam dihurung semut..ha..ha..itu style aku dulu2 tu…kalau boleh..aku lah yang paling depan, belum ada pengumuman lagi, sudah aku bersedia untuk jadi yang first and the only.
Tapi sekarang, malas dah..
Kami masih tunggu untuk makan sebab nak berbaris, penuh sangat, sesak.
Kemudian setelah agak reda sudah, my family pun ikut berbaris, tapi aku masih duduk lagi, sorang-sorang..dah macam kera sumbang dah..bercakap tidak..ye lah kan..masing-masing buat hal sendiri, aku nak tegur pun segan, tak kenal langsung lagi, suara latar alias musik ataupun lagu-lagu dari host (pengacara majlis) pun berkumandang di sekitar dewan ni..aku pun ambil kesempatan lihat lihat sekeliling, besar juga dewan ni..ingat cincai ke restoran Dowish ni? Macam kat hotel..
Lepas tu aku sempat tengok keluar, sebab di sebelah meja kami ni ada tingkap kecil boleh tembus di luar..kawasan ruang di luar untuk pengunjung restoran yang sedang menjamu selera pun agak besar juga, terdetik di fikiran? Siapa punya restoran ni? Aku meliar-liarkan mata dan dari style, aku dapat kenal pasti iaitu restoran ini mungkin dipunyai oleh orang cina..selalunya orang cina pandai cari duit..pandai buat bisnes..wah..dah lah pengunjung di luar ramai..yang masuk adalah duit..duit..dan duit..masa pengurusan pula? Mungkin 24 jam? Macam BTC? Kalau 24 jam, pasti hebat dan femes..serta banyak duit…kaya lah jawabnya tu..
So, bisnes memang sesuatu yang menguntungkan..lebih2 lagi kalau soal restoran alias makan minum ni..tak begitu?
Tengah aku mengelamun ni…tiba-tiba je, family dah duduk balik di sebelah menyebelah, depan. Kemudian diaorang suruh pula aku untuk ambil makanan, tapi bila aku toleh belakang, masih ada lagi..aku pun tunggu sekejap..lepas dah okay sikit, aku terus jalan..sekali masuk baris hanya perlu tunggu 3 orang lagi di depan, dah dapat ambil makanan, kan best begini? Senang sikit kan? Tak lah payah nak berbaris, sesak sini sana.
Sebelum aku ambil makanan tu aku sempat rakam satu video tak profesional..
Ini dia video tu, antara tetamu yang hadir..banyak juga, itu belum bahagian belakang lagi, tak sempat ambil sebab dah nak tiba giliran dan ada orang nak ambil makanan juga di belakang aku.
Aku pun ambil makan..semua makanan sedap gile..tapi semua kalori, lemak memang super gile juga..aku apa peduli..yang penting makan..aku pun ambil lah ala kadar..(ala kadar ikut kadaran aku..)
Aku pun ambil dan ambil, kemudian bila tiba di hujung sekali, aku konfius kejap, ini sup ke apa? Lepas tu orang di depan aku jelaskan, ini bukan sup tapi macam jus buah, aku pun bantai je masuk dalam mangkuk kecil warna putih, siap dengan sudu putih lagi..
Aku kembali ke tempat duduk dan mula makan..sebelum makan, sempat snap gambar lagi sekali ni..gambar makanan yang aku ambil ikut kadaran aku..
Ini dia, semua dalam satu tempat, macam ala2 rojak pula..ada cendawan, ada mee, ada nasi, ada ketam ball, ada nugget ayam, ada isi ikan..dan..tak pasti lagi, banyak..
Lepas tu makan dan makan dan makan, sambil sesekali dengar lagu-lagu karaoke yang dinyanyikan oleh host dan orang perseorangan yang nak sumbangkan suara..sumbang atau menyumbangkan? Ada makna tu..ha..ha..
Tapi best pula malam ni kan, semua yang nyanyi di atas stage, semua suara sedap, semua bagus..peminat karaoke semua ni..
Kemudian pengantin lelaki pula di minta menyanyi..kesian pula aku tengok..ye lah..tengah makan kan..tiba-tiba ada request..tapi tak pula dia tolak, ambil juga microphone dan naik atas pentas..jangan2 dia ni pun minat karaoke juga tak? Memang betul pun..suara pun best..lepas dia habis nyanyi, aku sekali lagi menambahkan diriku ini makanan..masa ni tak ada yang baris lagi..
Aku duduk dan terus makan, tengah makan, baru ingat nak snap lagi satu gambar..aku snap lah..dan inilah dia second round aku..(tapi ini pun aku ada share juga dengan adik-adik aku, tak larat nak bedal sorang-sorang)
Tengah makan kali kedua tu, host beritahu acara seterusnya ialah potong kek, maka aku pun berhenti makan sekejap, tengok diorang potong kek,tapi sebelum potong, diorang bergambar dulu bersama kedua ibu-bapa pengantin perempuan dan lelaki, so aku menyempatkan diri juga snap gambar sekali, tapi tak terang..sebab jauh, ini pun dah zoom..inilah dia gambar tu..sorry..tak terang..
Lepas tu, acara pemotongan kek, aku ambik video, tengah rakam, kamera pula macam tak betul..tiba2 berhenti merakam, maka aku rakam lagi sekali..sebab tu jadi split dua video ni..
Kemudian acara ‘yamseng’ atau toss..hmm..aku sendiri tak pasti ini apa..tapi makin banyak orang buat sejak akhir-akhir ni..macam kira-kira ucap selamat..atau ucapan bahagia..macam tu barangkali..sebab pengantin dan tetamu angkat minuman, dan sebut yamseng panjang2, kemudian minum bersama serentak.
Tiga kali diorang buat yamseng ni, yang last sekali tu yang panjang dan paling bersemangat..tapi aku sempat ambil yang pertama saja.
Kemudian aku sambung makan balik dan rehat kejap..nak bagi makanan turun..rilex sambil dengar lagu karaoke..semua penyanyi best2 suara pula..tak ada yang sumbang..semua masih steady..ha..ha..
Kemudian masa kami dah nak pulang..dalam pukul 9.30 malam kalau tak silap..satu pasangan suami isteri nyanyi lagu sayang menyayang, ala..lagu Jamal Abdillah dengan Siti Sarah Raissudin tu..tapi sebelum tu nyanyian asal Fauziah Dato Ahmad Daud alias Ogy.
Kami pun pulang, dan bila dah sampai di Tamparuli, Taman Gunung Emas, semua dah mengantuk, aku rehat kejap, mandi dan terus masuk tidur..selamat malam dan sweet dream..
Salam Ceria. Senyum-senyum selalu.
p/s-tulisan ini aku buat masa pagi, telefonku ada masalah lagi, entah kenapa ya?
p/s/s-Lihatkan? Betapa di negara bertuah kita ini, Malaysia, Sabah negeri di bawah bayu ini, kita masih dapat merasakan makanan yang best-best, pakai yang elok-elok, hadiri majlis, ketawa, riang dan gembira, dapat enjoy dan banyak lagi keistimewaan, sedangkan di tempat lain, mungkin saja mereka menahan lapar dan dahaga, tiada tempat tinggal dan mungkin sedang menderita..insaflah kita semua dan marilah kita menghargai apa yang kita ada ini, kemudian mari kita bantu-bantu mereka2 yang memerlukan, biarpun kita gembira dan bahagia saat ini, siapa tahu satu masa kita akan susah? Kita lebih dari bahagia sebenarnya dari apa yang kita fikirkan. Renung-renungkan. :-)
No comments:
Post a Comment