Thursday, May 20, 2010

Sebuah Perjalanan

Perjalanan ini
terasa semakin melelahkan,
memenatkan dan melesukan tubuhku.
Setiap hari, semakin banyak yang harus kupelajari,
Semuanya hanya untuk mengejar sekeping kertas
Yang bertinta dengan kejayaanku kelak,

Puisi ini,
Tiada siapa pun yang faham,
Kecuali aku yang menulisnya,
Kerana hanya aku yang bisa mengertikan
Makna dan simboliknya kata di balik semua ini.

Tiada lagi,
Tiada lagi bicara, tiada lagi omong kosong,
Hanya sekarang, aku mengumpul seluruh kudratku
Agar di hari aku bertempur kelak, kakiku cukup kuat,
Tanganku cukup ampuh dan paling penting takkan terkalah,
Aku pasti hanya akan maju ke depan.
Mengejar cita-citaku,
Meninggalkan kemusnahan musuh-musuhku
Dan aku harus menjadikan diriku pahlawan diantara seribu bangsa,
Bunga bangsa yang harum dan sentiasa mekar sepanjang zaman.

Bila,
Bila aku kembali ke sini, aku bukan aku lagi
Dan sudah pasti kau pun bukan kau lagi,
Kerana aku telah menyampaikan ini padamu
Untuk kau tatap dan agar kau boleh mengertikan,
Bahawa perjuangan ini bukan hanya untukku,
malah aku juga inginkan kau berjaya
Supaya kita bersama boleh berganding bahu bersatu untuk membina
Sebuah tempat yang baik agar generasi muda mampu aman di dalamnya.

No comments:

Post a Comment