Hari ini, rabu-17 mac 2010, hari baru dalam hidupku dan hari ini akan dimulai dengan penuh kegemilangan, mungkin aneh sebab dah nak malam, baru tulis blog, tapi itu semua tidak penting, yang penting adalah perubahan di dalam hidup, kejarlah impian kita selagi kita mampu, hidup hanya sekali, oleh itu jangan pernah sia-siakan hidup yang anda miliki, sebab siapa tahu, esok atau mungkin beberapa saat dari sekarang, kita sudah pun dipanggilNya.
Hmm..pasal study, di OUM, banyak cabaran dan halangan menanti, itu lumrah seorang pelajar, tapi aku mesti dapat mengatasinya, tidak ada cara lain. Well, hidup bukan hidup sekiranya kita tidak ada cabaran, cabaran itulah yang mewarnai hidup kita.
Sayangi diri kita kerana kitalah coklat panas yang hangat dan lupakan seketika cawan yang memegang hidup kita kerana cawan itu adalah pangkat, darjat, harta, kemewahan kita di dunia, bila kita pergi kelak, walaupun seorang jutawan sekalipun, tidak akan membawa apa-apa bersamanya di tangan, hanya mungkin segumpal dosa? atau kebaikan? Kita tak pernah tahu, sebab itu hayatilah hidup kita dengan sebaik mungkin, lakukanlah kebaikan untuk bekalan kita menghadapNya..
Salam Ceria...
No comments:
Post a Comment