Selama dua hari, saya tidak ada disini dan Master D telah menolong saya dalam berblogwalking. Terima kasih Master D!
Hari ini nak cerita sikit pasal seni mempertahankan diri. Lelaki zaman dulu, mempelajari seni silat adalah satu KEWAJIPAN, namun kini ramai lelaki pernah belajar seni mempertahankan diri pun, tak pernah tumbuk, tak pernah tendang. Ini adalah satu keadaan yang membimbangkan. Mengapa?
Mempelajari seni mempertahankan diri bukan saja berguna untuk diri sendiri, malah untuk menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan. Bayangkan seketika, waktu malam, anda tengah berjalan dan ternampak seorang perempuan sedang diheret beberapa lelaki ke dalam sebuah van yang anda percaya hendak merogol perempuan itu atau berbuat sesuatu yang lain, anda hendak telefon polis, tapi tak tahu nombor polis, nak teriak, takut anda diserang. Nak tolong, tapi takut sebab tak tahu nak lawan.
Saya pernah lihat sendiri bagaimana seorang lelaki berbadan besar, hampir 3 kali besar dari lelaki yang mengugutnya dengan pisau (nak curi duit lah ni), langsung tak dapat melawan, sedangkan pisau di tangan lelaki itu hanya pisau lipat! Lelaki tersebut menggelabah. Mungkin scenario ini anda rasa tak perlu risau, sebab kita ada polis dan orang awam (yang konon suka membantu), tapi hakikatnya, apa berlaku? Jika kita sendirian dan tidak ada sesiapa hendak tolong kita? Hanya diri sendiri yang dapat tolong diri sendiri bukan?
Bukan riak atau takbur, tapi sekurang-kurangnya kita harus tahu sedikit langkah untuk pertahankan diri kita. Contohnya, langkah asas, bagaimana nak punch (tumbuk) dengan betul, bagaimana cara tendangan (kicking) yang betul, bagaimana hendak elak tikaman pisau dari depan, belakang, sisi. Bagaimana untuk mengelak dan serang balik. Asas-asas ini yang harus kita ketahui.
Belajar seni mempertahankan diri adalah mempelajari mengenai kelebihan diri kita dan menggunakannya untuk mengalahkan lawan kita dengan teknik yang betul.
Seperti saya sendiri, saya pernah mempelajari teknik tangan beracun iaitu lebih dikenali dengan nama poison hand, konsep poison hand adalah single attack and k.o. Maksudnya, hanya dengan satu serangan pantas, tepat dan kena pada pressure point/human weak point sport, lawan kita akan tumbang.
Teknik ini sesuai jika kita diserang oleh lebih dari seorang penyerang/lawan supaya kita pastikan diri kita tidak terkongkong oleh serangan balas bertalu-talu.
p/s- Setakat ini saja dapat saya sampaikan serba sedikit. Kalau ada yang nak tahu bagaimana menghadapi serangan misalnya bagaimana nak menahan serangan dari mana-mana sisi dan situasi, sila beritahu saya. Saya akan beritahu langkah2 praktikal bagaimana anda boleh mengelak serangan2 tersebut.
No comments:
Post a Comment