Saturday, May 21, 2011

Busou Renkin On Animax?

Selamat malam semua. Malam ni nak share something dengan para pembaca blog usang ni (usang sebab jarang berupdate..he..he..)

Anda peminat setia ANIMAX? Kenal dengan Ichigo? Bleach? Samurai X?

Jika ya, sememangnya anda peminat ANIMAX!

Busou Renkin merupakan salah satu rancangan Animax yang hangat sekarang ni..memang minat Busou Renkin ni. Ada sesiapa yang tahu nak download full episode Busou Renkin ni tak?



Sekadar hiasan dan nak share favourite anime hangat masa kini..i wish i had that Kagugane..he..he..

p/s- Hiduplah di dunia nyata..sekiranya mati ditikam dan jantung anda berlubang, jangankan kagugane, power of alchemistry pun takkan mampu membawa anda hidup semula seperti sediakala..peace..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu @ Happy Mother's Day

Hai, semua, selamat pagi. Apa khabar anda semua di pagi hujung minggu ini? Harap sihat sihat hendaknya.
Pasti semua orang dah tahu hari apa hari ni bukan? 8 Mei 2011 sekali lagi mencatatkan hari penting dalam hidup ini, hari ini adalah Hari Ibu @ Mother's Day.

Sekiranya kita masih ada ibu, hari ini adalah hari yang sangat-sangat penting bagi kita menunjukkan penghargaan buat ibu kita, minta maaf dan ampunlah, hantarlah surat atau email atau sekurang-kurangnya telefonlah ibu anda sekiranya anda jauh di sana.

Pada yang mampu, buatlah majlis untuk ibu anda. Buat semua ibu-ibu di dunia, saya ucapkan SELAMAT HARI IBU! Semoga bahagia selalu. Juga para blogger yang bergelar ibu ataupun para pambaca dan tidak kira siapa anda, asalkan anda seorang ibu, berbahagialah, hari ini adalah hari memperingati semua jasa-jasamu OH IBU, biarpun diri ini tahu bahawa kasih sayang dan bakti seorang ibu, sehingga ke mati pun seorang anak tak akan mampu membalasnya.

Andaikan ibu anda telah tiada, berdoalah untuknya agar aman bersama dengan Yang Maha Kuasa.

p/s- Baru saja sambut Mother's Day bersama dengan my beloved mum..muaaahh..I LOVE YOU MOM..

p/s- Sorry, entri lewat malam dah..he..he..