Saturday, July 31, 2010

Sebuah Perjuanganku [Bahagian Satu]

Karya dibawah merupakan karya asli saya, khusus hanya dari Tamparuli Blogger On-line

Aku masih di jeti, menatap mentari senja yang semakin tenggelam nun jauh disana, hembusan bayu terasa begitu segar sekali, kedengaran riuh rendah anak-anak nelayan bermain-main di tepi pantai, mereka tidak tahu, mereka tidak sedar yang semua keindahan yang mereka kecapi ini bakal hilang dalam masa seminggu lagi.

Aku sudah mencuba beberapa kali, jenuh ke hulu ke hilir memperjuangkan hak para nelayan disini, namun masih gagal. Apa akan jadi dengan perkampungan ini? Akan hancurkah satu lagi warisan khanazanah alam? Perkampungan Sukodon Apat memang sangat cantik, cukup lawa, dengan pasir pantai yang putih, diselaputi batu batu jernih seakan kristal kecil menjadikan pantai disini sungguh luar biasa. Malah airnya juga jernih, kaya dengan pelbagai tumbuhan semulajadi seperti batu karang dan kawasan rumpai laut. Perkampungan nelayan ini terletak di kawasan teluk pantai, melengkapkan lagi keindahan hakiki kampung ini, dari jauh kelihatan seperti sebuah syurga dunia, yang tak tercemar oleh sampah sarap dan asap pembangunan masa kini.

Malah dalam lingkungan satu kilometer pula adalah kawasan penyu-penyu hijau berhijrah, kadang-kadang terdapat pelbagai spesies hidupan laut seperti obor-obor biru yang akan datang di kawasan perkampungan ini sewaktu malam. Cahaya dari jamung-jamung yang dipasang berpadu dengan cahaya dari obor-obor biru merupakan salah satu pemandangan yang pasti akan memukau setiap mata yang memandang.

Langit malam dapat disaksikan dengan jelas, tertera jutaan hamparan bintang-bintang yang berkerdipan di atas sana....sungguh cantik sekali ciptaan Tuhan.

Namun....

Semua ini akan hancur dalam sekelip mata? Hanya dengan alasan hendak membuat kawasan peranginan dan  resort disini? Untuk apa? Semata-mata mahu mencari keuntungan? Mengambil keindahan tanah sendiri dan dipertontonkan pada orang asing dalam konteks pelancong? Kemudian siapa yang sengsara? Bukankah anak tempatan sendiri?

Mereka tidak tahu tentang hak-hak mereka, apalah sangat yang diketahui oleh seorang nelayan tentang hak-hak keistimewaan berbanding seorang peguam? Aku ingat dengan jelas bagaimana Tan Sri Datu Maan berhabis-habisan mengupah 3 orang peguam terkenal semata-mata mahu menang kes ini, dia sempat berjanji akan memberikan tanah lain pada para nelayan disini...tapi cukupkah sekadar tanah? Mereka adalah nelayan! Mereka hidup dengan mencari rezeki di laut. Dijanjikan tanah di atas bukit? Diatas batubata dan tanah merah? Apa yang tumbuh dan hidup disana?

Tanpa sedar, aku mengelamun terlalu jauh, terlalu keras sehingga aku menumbuk-numbuk kepingan kayu yang tersusun di sebelahku agak kuat. Sepatutnya anak bumi ini yang harus berjuang mempertahankan hak dan keistimewaan, tapi ini tidak..malah anak bumi sendiri yang berusaha menghancurkan kaum sendiri. Inikah wajah seorang pembelot? Bergelumang dengan kata-kata puitis? Hanya untuk mengejar kekayaan dunia? Membiarkan tangis derita orang lain? Menutup telinga dengan bunyi bunyian penghancur simen? Menutup mata dan membiarkan kaum sendiri ditindas? Tapi bila di depan media, semua nak tunjuk baik, cakap besar itu dan ini. Mengapa engkau ibarat talam dua muka Tan Sri?

Cukup geram dengan kata-kata pedas dari mulut orang tua tak sedar diri itu! Fikiranku melayang lagi...

"Johar! Kau jangan nak lawan aku! Ini projek melibatkan nilai jutaan ringgit kau tahu?"

"Jadi, berapa banyak yang Tan Sri dapat hah? Untuk gadaikan tanah ini?"

"Dengar sini, nilai projek ini RM 100 Juta! RM 100 Juta! Lagipun pihak syarikat akan membayar semua ganti rugi, kami berikan tanah, berikan rumah dan pampasan. Apa lagi?"

"Oh! Bayar semuanya ya? Dalam kontrak Tan Sri jelas menyatakan pihak syarikat hanya akan membayar selama setahun pampasan. Bagaimana dengan hidup mereka selepas itu?"

"Setahun masa yang cukup lama Johar, cukup lama untuk mereka berdikari!"

"Berdikari? Hah? Dengan tanah merah? Cuba Tan Sri fikir baik-baik, nilai tanah dan pantai itu bukan sedikit! Dari penilaian saya, harganya dalam masa lima tahun akan melambung pada seribu juta dollar! Masa itu, siapa yang kaya? Tan Sri yang kaya sementara semua yang lain akan jatuh miskin! Tambah miskin!"

Pertengkaran sengit berlaku antara kami, beberapa pegawai yang ada disitu hanya terkebil kebil dan mendiamkan diri tanpa berani mencelah sepatah pun. Puas hati aku dapat meluahkan segala rasa, biar mereka gentar, biar mereka gerun denganku, jangan ambil ringan, Johar bukan sembarangan orang yang boleh di pijak sesuka hati.

"Baik, awak undur diri dari kes ini dan sebagai balasan saya bagi awak RM 50 Juta. Bagaimana?"
Tan Sri Datu Maan mula berlembut denganku dan cuba 'menyuap' dengan nilai RM 50 Juta..benar, nilai itu sungguh tinggi tapi masih belum mampu untuk membeli pendirianku.

Sungguh! Aku merasa terkilan dan marah kerana seperti dihina dan dimalukan...

"Tan Sri jangan fikir...." belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, tiba-tiba...

Bersambung pula..he..he..nantikan episode seterusnya hanya di Didozel Dot Com!

klik sini untuk membaca bahagian dua

Contest Kemerdekaan Tahun 2010!


Ingin Join Contest Ini? Salin dan tampal code dibawah






Contest Kemerdekaan Tahun 2010.
Baiklah, rasanya tak perlu nak terangkan lagi, semua syarat dan keperluan untuk sertai contest ni dah ada di dalam poster diatas. Anda hanya perlu copy and paste poster ni dalam entri anda, tulis pasal poster ni, apa yang anda lihat dan jangan lupa jawab soalan pertama tu juga dalam entri anda. Untuk keterangan lanjut, baca poster dengan teliti.

KATEGORI TERBAHAGI KEPADA LELAKI DAN PEREMPUAN. SO INI BERMAKNA SATU PEMENANG LELAKI DAN SATU PEMENANG PEREMPUAN DICARI UNTUK CONTEST INI.

Contest ini diadili dengan telus tanpa rasuah!
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA 2010!

Jangan lupa tinggalkan link ke entry anda di bawah ya [di ruangan komen] untuk memudahkan pihak kami membuat penilaian. Terima kasih.

Friday, July 30, 2010

Kisah Bolah Hitam Putih (Versi Sambungan)

Salam ceria semua..pada yang merasa tidak puas hati membaca kisah tergantung..he..he..ini adalah sambungan kisah itu..

Versi Original (First) - Saya baca dari blog Insan Biasa. (klik untuk pergi ke blog beliau)
Baca dulu kisah tu ya baru baca sambungannya disini....^___^

Setelah pengkebumian anaknya, maka bapanya dengan penuh rasa sedih dan duka lara membongkar bilik anaknya itu, apa yang ada disana adalah bola-bola hitam dan putih yang diberikannya pada anak lelaki kesayangannya selama bertahun-tahun bersama-sama dengan barang yang dihadiahkannya, mesti setiap kali anaknya itu inginkan bola hitam dan putih, bertahun-tahun persoalan itu menghantui benaknya namun disaat-saat genting, anaknya pula telah meninggal, pergi membawa misteri yang membebani jiwanya.

Pengasuh anaknya juga tidak tahu apa-apa mengenai rahsia erat yang dipegang oleh anaknya itu. Habis segala barang-barang anaknya diselongkar namun dia tidak menjumpai apa-apapun yang boleh membantunya menjawab persoalan itu.

Kemudian tanpa sedar matanya tertumpu pada sebuah diari dibawah katil anaknya, perlahan diambilnya diari berwarna hitam itu. Seakan-akan usia diari itu sudah puluhan tahun, usang dan kusam. Tiba-tiba dia teringat, itu bukan diari sembarangan, itulah diari yang dibelinya puluhan tahun lalu dan kemudian diberikan pada seorang gadis yang amat dicintainya ketika dia berusia 15 tahun, diari itu adalah kenangan antara dia dan isterinya dahulu. Bagaimana anaknya menjumpai diari ini?

Fauzuki membelek-belek halaman demi halaman diari lama itu, sehingga matanya sampai ke satu halaman..

- Hari ini saya jumpa kembali diari mama dan papa, sungguh saat inilah pertama kali saya membaca kisah cinta yang seindah cinta mereka, tapi mengapa saya tidak berpeluang melihat wajah mama? Mendakap mama seperti kanak-kanak lain? Mama, saya rindu mama....

Air mata Fauzuki mengalir perlahan-lahan bergenang di pipinya yang tua. Dia sebak kerana selama bertahun-tahun tak pernah tahu akan hati anak lelakinya itu.

Dia membaca dan terus membaca...

- Hari ini Bu Inem memberitahu papaku yang aku inginkan basikal sedangkan aku tak perlu basikal, aku butuh mama! Tapi papa tak faham langsung!

- Papa bertanya padaku bagaimana basikal yang aku mahu, tapi dalam hati aku menangis, aku mahu mama! Lalu aku katakan pada papaku yang aku hanya mahu bola hitam dan bola putih. Cukup itu!

Fauzuki semakin sedih membaca diari itu...

Semua yang ada ditulis mengenai kisah dimana anak Fauzuki, iaitu Ahmad inginkan bola hitam dan bola putih. Setiap yang ditulis menambah perasaan sedih dan ingin tahu Fauzuki kenapa anaknya inginkan bola hitam dan bola putih itu selama bertahun-tahun.

- Papa, papa belikan saya Ferrari, saya suka tapi papa tak mahu belikan saya bola hitam dan putih kenapa? Papa muak dan benci ya dengan bola hitam dan putih? Papa, saya mahu bola hitam dan putih!

- Terima kasih papa sebab akhirnya belikan juga saya bola hitam dan puith, terima kasih juga Fiona sebab berjaya pujuk papa saya. Saya sayang awak!

- Papa, ingatkan papa semasa papa melamar mama, papa pernah kata yang papa tidak ada wang ringgit? Hanya sebuah diari dan dua utas benang sahaja yang mampu papa berikan? Diari itu adalah diari tempat saya mencurah rasa hati ini.

- Papa, andai papa masih ingat, dua utas benang yang papa beri itu berwarna hitam dan putih, walau pendek, tapi cukup untuk mengikat pergelangan tangan papa dan mama, papa pakai warna hitam dan mama warna putih...sesungguhnya papa katakan yang warna hitam itu adalah diri papa yang pahit dan warna putih adalah seperti mama yang manis..gabungan hitam dan putih menghasilkan warna yang indah iaitu coklat..ingatkan papa? Saya baca diari ini dari mula...dan mama meminta andai papa jadi kaya, papa akan belikan segulung benang hitam dan putih, supaya mama dapat pintal menjadi bola hitam dan putih..kemudian papa dan mama akan berikan pada saya, si coklat kecil kamu.

- Tapi papa lupa..papa lupa selama ini dengan janji papa....salahkah papa? Saya hanya mahu papa ingat janji papa sahaja selama ini, bertahun tahun saya cuba ingatkan papa tapi papa tak pernah ingat....apapun saya sayang papa dan mama...tapi saya kecewa papa lupa janji papa dan tak pernah tunjukkan gambar mama pada saya pun selama ini.

Fauzuki jatuh dan tersungkur, dia menangis dan meraung semahu-mahunya...sungguh dalam sekali penderitaan anaknya, kenapa selama ini dia tidak menyedari hakikat ini?

Petang itu...Fauzuki menangis dengan penuh perasaan di hadapan makam isteri dan anaknya sambil memegang dua bola hitam dan putih serta dua gulung benang hitam dan putih yang tak pernah siap...sekeping gambar isterinya diletakkan diatas makam anaknya....kesejukan mula melanda seluruh tubuhnya..dia menjadi semakin sejuk dan berat, pandangan matanya berpinar.....sebelum akhirnya dia jatuh tersungkur di tengah antara makam anak dan isterinya...sebuah kisah...sebuah keluarga telah berakhir disini...

Begitulah berakhirnya Kisah Bola Hitam Dan Putih Versi Sambungan oleh Alessandro Bin Rahman.
Sekian. Terima Kasih.

Thursday, July 29, 2010

Didozel Dot Com? [Domain Hanya RM 27 Setahun?]

Selamat pagi semua, apa khabar anda semua?

Perasan tak blog ini dah ditukar ke domain sendiri iaitu Didozel Dot Com?

Saya dah switch blogspot ke own domain, tak perlu beli hosting sebab saya dah directkan saja domain tu terus ke akaun blogspot saya.

Kini lebih mudah dan ringkas? Anda setuju bukan? Berminat ingin memiliki blog dot com anda sendiri seperti saya?

Anda rasa mahal? Ini fakta mengejutkan untuk anda, anda boleh dapatkan Blog Dot Com anda sendiri dengan nilai serendah RM 27 setahun! Anda tak akan dapat tawaran hebat sebegini di tempat lain. Tak percaya? Tawaran ini mungkin akan tamat bila-bila masa? Cepat bertindak sekarang jika anda tak ingin gigit jari!

Sila layari laman web ini - http://ihosterz.com

atau email terus ke iru_technology[at]yahoo.com untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai tawaran sempoi ini.

Anda risau pendapatan nuffnang anda hilang jika tukar ke domain baru? Jangan risau, saya tunjukkan langkah demi langkah untuk anda bagi memindahkan nuffnang anda juga ke domain baru. Blogspot tukar ke Dot Com dan Nuffnang pun direct terus ke domain baru anda itu.

Banyak kelebihan mempunyai blog dengan domain sendiri.
Saya dah tukar pun ke Blog Dot Com saya sendiri, anda bila lagi?

p/s-Harga RM 27 untuk setahun adalah harga yang cukup berbaloi bagi saya...bagi anda?? Buat keputusan pantas dan bijak hari ini.

Contoh blogspot lain yang dah tukar ke Blog Dot Com - http://www.alinaclover.com

he..he..pinjam nama kejap ya..jangan marah.. ^___^

Sunday, July 25, 2010

Facebook Tutorial

Hai semua, selamat pagi.
Apa khabar anda semua? Harap-harap sihat hendaknya ya. Seharian saya kuliah kelmarin...so tak dapat nak blogwalking, hari ni saya akan balas jejak kawan-kawan semua ya...Kelmarin adalah kuliah terakhir, lepas ni kena tunggu final exam lagi untuk semester ini.

Okaylah, tanpa buang masa, kita teruskan pada tutorial ringkas mengenai facebook, ramai sangat yang dah tahu pasal ni iaitu bagaimana nak setkan direct page profile bagi facebook anda, tetapi memandangkan ada juga yang masih tidak tahu, disini saya tunjukkan caranya untuk semua...contohnya...

www.facebook.com/didozeltamparuli

Ini akan memudahkan kawan-kawan anda mencari anda di facebook dan tak perlu bagi email supaya dapat search anda kan?

Ianya dipanggil username, jadi dengan hanya memberitahu username anda, rakan-rakan mudah untuk mencari anda sebab tidak akan pernah ada username yang serupa. Sekali username sudah diambil, ia tidak boleh digunakan lagi oleh orang lain. Jadi sekiranya anda ingin nama anda sebagai username, cepat-cepat daftar.

Dan perlu diingatkan yang untuk set username ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja untuk akaun facebook anda, so kena pilih betul-betul.

Cara-caranya :

1- Log in ke dalam akaun facebook anda.

2- Setelah log in, taip url ini [http://www.facebook.com/username]

3- Anda akan dibawa ke page yang meminta anda memilih username anda, biasanya ada empat pilihan yang diberikan, tetapi sekiranya anda ingin nama yang anda kehendaki, boleh tekan More, ayat berwarna merah tu.

4- Masukkan nama yang anda inginkan di ruangan yang tertulis enter desired username. Kemudian check availability username yang anda pilih, sekiranya tidak available, cuba pilih nama lain, sekiranya available, sila tekan confrim.

5- Anda telah selesai! Tahniah! Mulai hari ini, anda boleh gunakan direct page profile anda iaitu www.facebook.com/nama yang anda pilih.


{Peringatan : Username anda hanya dapat dipilih sekali sahaja, sila pilih username yang betul-betul bersesuaian dengan anda}


SALAM SANTAI DI HUJUNG MINGGU DAN SALAM CERIA SEMUA.

Thursday, July 22, 2010

Saya dah hidup balik???

Selamat malam semua....
Wah, pasti ada beberapa diantara anda yang mengunjungi blog saya ini terkejut kan? Kontroversi betul!

Baiklah, saya jelaskan satu persatu ya? Sila baca sampai habis jika anda benar-benar hendak tahu bagaimanakah kisah "saya mati beberapa hari dan kemudian hidup kembali??"

Alkisahnya begini, saya biasanya sambil blogwalking, sambil-sambil tu juga cari informasi mengenai dunia IT di internet ni, pada hari isnin sebelah malam saya mengikuti beberapa ruangan forum bagi memantapkan diri dalam bidang html dan juga untuk lebih lanjut mengenai programming (siapa yang tak tahu programming ni, ia lebih kurang code arahan berbentuk digital, robot-robot jepun termasuk dinosaur tu guna programming language lah tu, di dalam microchip yang tersimpan di dalam komponen di dalam badan robot tu, malah ia boleh digunakan membuat arahan bagi bergerak dan sebagainya, programming ni kira advance bagi Visual Basic dan juga C++, orang IT memang tahu benda-benda ni semua)

Malang sekali ketika saya melakukan pencarian, saya telah terjumpa salah satu laman web fake iaitu di www.IT-Master2010.com, laman fake ini sebenarnya adalah domain + hosting 'hantu'. Mengapa hantu? Kerana ianya sebenarnya tidak wujud! Sebab musabab web hantu ini dapat 'memunculkan' diri adalah kerana webmaster/hacker yang menguruskan fake web ini hendak mencari mangsa (maknanya nak curi duit online dari online banking + hack IP, control sistem komputer dan banyak lagi, kebiasaannya web ini tidak dapat berdiri sekiranya virus drop belum 'disuntik' pada komputer, tetapi dalam kes ini lain sikit...ia dapat berdiri sendiri, kemungkinan hacker yang top lah ni.

Saya cuba nak daftar untuk dapatkan tips, bila buka email, pengesahan pun dilakukan...macam biasalah kan..tapi tanpa diduga, si hacker ni dapat 'kawal' email saya. Malah fail-fail dalam folder pun berjaya dicopy secara terus secara linking...hmm..banyak dah fail berjaya dicopy, nasib baik hampir semuanya berbahasa melayu. Email dan semua akaun internet saya yang lain dihack habis oleh orang tak bertanggungjawab ni.

So, dalam gelabah kan..mana taknya, skrin laptop pun dah haru biru dihack dan disedut semahu-mahunya...dalam keadaan tu, hanya satu yang boleh dilakukan iaitu mematikan line internet..(nak kawal keyboard memang tak boleh dah..ni tahap dewa punya hacker.. )

Kemudian saya terpaksa shutdown laptop guna cara kasar..iaitu mencabut bateri..huhuhu..nasib baik masa on tu, dapat hidup semula..saya recover satu persatu...dah kena dah saya time tu..tengah syok2 blogwalking tu..tak berani pasang internet dah sebab saya tahu virus tu masih ada..asal on je, alamatnya akan berulang peristiwa tu..jadi saya pun gunalah sedikit ilmu yang saya tahu untuk menghapuskan satu persatu...kena search file demi file...kemudian saya protect laptop dengan Avast maximum protection guna hack juga ni..sorry kena protect dulu..lepas tu saya on balik internet..cepat-cepat nak control balik akaun-akaun yang dah ditake over oleh hacker ni..

Satu je yang saya ingat nak save..iaitu email! Ya...itu yang paling penting kerana access email membolehkan semua akaun lain down..facebook, myspace..nuffnang, blog, tumblr, youth say, maxime profit, online store, shopping cart, akaun id dan banyak lagi..nasib baik si hacker ni tak ganti password lagi..bila saya dah take over balik email..terus tukar password dah buang semua email....nasib baik selamat..

Baru je nak tengok akaun blog balik, semuanya dah hancur!!! Alamak...nasib baik semua code html yang ada dah copy bagus-bagus sebelum ni..

Saya berjuang balik nak dapatkan blog dan lain-lain akaun...last-last saya panggil "H-max", dah malam-malam dia datang juga nak tolong kawan dia ni..thanks bro!

H max ni nama samaran saja...dia ni salah satu hackers yang bertauliah..he..he..tak lah..tapi dia boleh kira pakar juga..so dia dah dapat balik semua akaun saya...tapi malangnya akaun blog saya masih ada widget virus...tak dapat nak akses...boleh log in..saya tukar password..kemudian tak sampai seminit log out secara automatik..tapi H max cakap, tak apa..virus tu kita boleh buang belakang..

Kemudian hari selasa, rabu dan khamis pula saya sibuk dengan tugasan luar..risau juga dengan keadaan tergantung blog ini, tapi mengingatkan saya dah take over semula, biarpun masih ada virus, jadi saya tak berapa risau sangat..

Bila saya online tadi, saya dapati virus tu masih ada, tapi bila saya dah buang semua template dan mula upload balik satu persatu dan fix semua html code tu, virus tu dah di hapuskan dengan jayanya...fuh..

Tapi...dia sempat mencanangkan di akaun blog saya ni yang saya dah mati??? Dan saya ni adik atau abang dia? Tak tahu nak cakap apa...marah memang marah.....adakah saya sudah mati? Mungkinkah dia marah sebab saya dan H-max dapat ambil balik semua yang dah dihack olehnya?

Hairan sangat...kenapa blog picisan macam ni hendak dihack? Mungkinkah dia mengharapkan akan jumpa akaun online macam bank cimb, maybank, bank islam, bsn dan lain2?

Pesanan Saya :

Jangan sesekali simpan sebarang butir-butir peribadi anda melibatkan akaun bank di dalam file..walaupun hanya menyimpannya di dalam folder dan bukan di internet atau blog dan lain-lain, sebab percayalah..hackers yang memang pro ni tahu untuk kawal komputer anda, malah sebarang fungsi lain tidak dapat digunakan lagi...

clearkan data-data peribadi anda setiap kali selesai berurusan secara online terutama melibatkan online banking...

p/s-Saya belum mati! :-(...nak jalan2 dan jumpa kawan2 blogger lepas ni..blogwaking lah tu..dah serabut kepala otak saya ni..

Thursday, July 15, 2010

Tutorial-Bagaimana Nak Sembunyikan Shoutbox?

Selamat malam semua.

Malam ni saya nak tunjukkan satu tutorial ringkas bagaimana nak sembunyikan shoutbox anda seperti di sebelah kanan blog ini, yang jom sembang tu ^___^.

Saya bukannya arif sangat pasal html, tetapi melalui pencarian demi pencarian, tahu juga serba sedikit mengenai html coding.

Okaylah tanpa buang waktu. Ini kodnya :




Jangan lupa gantikan "MASUKKAN KOD HTML SHOUTBOX ANDA DISINI" dengan html shoutbox anda ya. ^__^

Kalau nak tukar gambar kecil hijau yang ada tulisan shoutbox tu, sila tukar url yang ada tertulis [http://3.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/SzzN08B1K5I/AAAAAAAAA0U/QT4rY6-FhI8/s320/tabs.png] dengan url image anda sendiri :-)

Harap tutorial ringkas ni dapat bantu yang ingin tahu caranya, jangan malu bertanya, nanti sesat jalan.

Terima kasih. Arigatou. Salamat. Makasih yach. Ponsikou.

Wednesday, July 14, 2010

Inspiration Award

Selamat pagi.
Hari ni, di awal pagi nak bercerita tentang award..award baru yang diberikan oleh AJ

Jom Tengok Award Tu...



Cantik kan? Thank you AJ.

Dan..hampir terlupa pula..Aj telah tagkan satu soalan simple.

Berikan kata-kata semangat pada diri sendiri dan pemberi award?

Dalam hidup ini, yang paling penting adalah kita berusaha mencapai segala impian dan cita-cita kita, tukarkan angan-angan menjadi satu realiti dengan usaha padu, jitu dan tidak lupa doa dan kasih sayang dari orang disekeliling kita. Hidup ini terlalu singkat, kita tidak pernah tahu bila kita akan kembali kepadaNya. Berdoa dan berbuat baiklah selalu, bantu satu sama lain dan buat sehabis baik.

Kalau hendak jadi burung, jadilah burung yang terbang laju.
Kalau hendak jadi pendekar, jadilah pendekar terbilang.
Kalau hendak buat sesuatu, buatlah sehabis baik.
Kalau hendak jadi manusia, jadilah manusia dan insan yang baik.
Kalau hendak cipta nama, ciptalah nama yang baik.
Kalau hendak berbudi, biarlah pada kedua orang tua.

he.he..hampir2 tak dapat nak stop..kepada kawan2 yang pernah tag saya dengan pelbagai soalan, saya akan menjawabnya satu persatu nanti...sabar ya. :-)

Monday, July 12, 2010

Pencarian & Jejak Bermula

Hari ini, satu panggilan kecemasan telah diterima dari ketua atasanku, meminta agar aku kembali ke markas. Sememangnya, selepas perjalananku di Los Angeles dahulu, aku bercadang untuk berhenti sahaja, tetapi mereka tidak meluluskan perletakan jawatanku.

Kini, aku memegang kembali si 'pistol legenda', pistol yang sama...membuatkan aku ingat kembali dengan jelas peristiwa itu, memutarkan kembali piring masa, saat aku melepaskan tembakan yang tepat di kepalanya, sebutir peluru yang meragut satu nyawa.

"Alessandro, ingat! Ini misi negara." Superior berpangkat Leftenan mengingatkanku tegas.

"Baik, tuan."

Misi bermula dari jam 2.30 petang, aku diberikan sepucuk rifle dengan satu roll peluru, agak berat tetapi aku terpaksa juga, pistol masih setia di bahagian pinggangku.

7 anggota lain berada di depanku, manakala 5 yang lain berada di belakang, hari ini aku berkesempatan bersama dengan polis elite dan juga Tentera Darat Di-Raja Malaysia. Skuad anti bom berjaga-jaga beberapa ela di belakang.

Menurut unit perisikan, terdapat seramai 12 orang musuh yang dicari, ini bermakna ada satu platun. Mereka mempunyai kaitan dengan satu kumpulan pengganas di Filipina.

Kami meredah hutan dan berjalan sudah sejauh hampir 15 kilometer, perjalanan agak lambat kerana keadaan muka bumi yang tidak strategik, sudah hampir jam 5 petang.

Komando Rashid yang berada di depan, mengisyaratkan kami untuk berpatah balik ke satu dataran untuk membuat panggilan ke markas.

Malang tidak berbau, kami diserang hendap! Mujur ada sungai berhampiran, banyak batu yang ada, itulah sahaja tempat kami berselindung. Hendak membalas balik, kami tak tahu nak tuju kemana, kerana rumput tebal di sebelah sana.

Aku bersandar pada salah sebuah batu, tidak jauh dari prebet Hashim..astaga! Kecederaannya agak parah! darah mengalir tak henti2, prebet Maxwell cuba membantu, dia perlu bantuan dengan segera.

Aku sempat melihat Komando dan anggota lain, masing2 sibuk back up rakan di depan dan cuba membalas tembakan ke tebing sana.

Aku meraba-raba poket kananku, ada dua butir bom tangan, memandangkan keadaan terdesak, aku terpaksa guna. Sementara itu, anggota unit skuad anti bom sedang membuat panggilan kecemasan.

Tanpa berlengah, aku menarik picu dengan penuh rasa geram dan marah, kemudian aku membaling kedua-dua bom tangan tadi di udara, betul betul ke arah tebing tinggi itu, kemudian, aku lepaskan pula tembakan ke arah bom-bom itu, letusan kuat terjadi, beberapa orang musuh kelihatan sedang cuba menyelamatkan diri, aku tidak melepaskan kesempatan ini, melepaskan tembakan bertalu-talu, ada tiga hingga empat orang kelihatan jatuh.

Aku sudah menjadi sangat marah saat itu, tanpa menghiraukan bahaya, di dalam saat genting, aku berlari ke tebing tinggi dan bersedia untuk melepaskan tembakan lagi. Komando Rashid berteriak keras menyuruhku berhenti, tapi aku sudah tak dengar lagi saat itu.

Ketika tiba disana, ada 7 orang musuh sudah menyembah bumi, mungkin ada juga yang sudah mati kerana berbalas tembakan tadi. Ada kesan dan jejak menunjukkan, ada beberapa orang yang berjaya melarikan diri.

Bantuan tiba 10 minit kemudian dengan helikopter milik TUDM, mujur prebet Hashim berjaya diselamatkan.

5 orang anggota skuad khas datang untuk menambah bilangan anggota. Aku tambah bersemangat hendak teruskan pencarian!

Namun, aku terpaksa balik atas arahan Komando Rashid. Baginya, tindakanku tadi merbahaya, cukuplah bagiku sudah mengikuti misi ini separuh jalan. Aku cuba menghubungi Leftenan yang menguruskan misi ini namun menerima jawapan menghampakan.

"Komando adalah ketua awak semasa dalam misi, sekiranya awak dihantar balik, itu kuasa dia."

Betapa hampanya aku. Memamg aku salah, tapi...

Aku hanya dapat memandang dengan tak puas hati dari atas..bila helikopter mula naik ke udara, meninggalkan medan yang menuntut misi yang belum selesai.

Aku kembali ke markas, aku tak bercakap dan hanya diam membisu. Aku berkemas dan sampai di rumah lebih kurang 7 malam.

Hmm..still wondering..apakah nasib mereka? Dah memang perjalanan hidup ini, aku membunuh lagi hari ini, demi tugas dan demi tanahair.

Harap2 mereka selamat. Tuhan, tolonglah lindungi prebet Hashim, dia ada anak dan isteri, jangan biarkan dia mati!

Ada air mata mengalir di pipiku, mengakhiri bait-bait kataku ini.....
Selamat malam semua.

(Biarkan hari ini berlalu, bersama pergi dengan tiupan angin membawa haruman bunga dedap malam)

Tuesday, July 6, 2010

...termenung sejenak di serambi malam...

********Generate With Autoposting********

Selamat malam semua, saya masih tidak berkesempatan membalas kunjungan para sahabat hari ini kerana masih di dalam minggu peperiksaan, masih lagi tertumpu pada helaian-helaian nota, kertas dan sebagainya, artikel ini dibuat secara auto posting. Saya sudah meminta bantuan dari Master D untuk membalas kunjungan kawan-kawan semua, tak pasti pula sekiranya beliau ada masa atau tak, maklum saja, beliau sibuk dengan tugasannya yang tersendiri.

Saya ada menghasilkan sebuah karya yang di beri tajuk '...termenung sejenak di serambi malam...'

Jiwang? he..he..jom kita lihat bahagian pengenalan, lepas tu anda boleh tinggalkan komen dan cadangan di bawah ya.

____________________________________________________________________________________
Fazwuan membelek satu persatu, helaian demi helaian di diari tua itu. Dia membaca tinta demi tinta yang digoreskan membentuk rangkaian ayat yang menafsirkan seribu erti yang masih menjadi misteri. Anak matanya mengejar patah demi patah sehingga tumpuannya terhenti pada muka surat yang ditandakan bulatan merah, ayat-ayat yang tertulis juga sudah hampir pudar, namun masih dapat dibaca.

    "Berat hati ini melangkah kaki, menyusun tapak-tapak berdebu di sepanjang jalan sunyi ini, mataku masih degil untuk berhenti menangis, dari tadi air mata masih terus jatuh bergenang di pipiku. Dadaku terasa sebak, tubuhku bergetar kencang dan kuat, aku lemah dan tak bermaya."

Apakah yang berlaku? Fazwuan meneruskan pembacaannya.

    "Aku tiba di depan rumah, belum sampai ke tangga, aku jatuh lagi, entah untuk kali yang ke berapa. Adakah ini yang harus aku tempuhi? Ku gagahi untuk berdiri dan masuk ke rumah, sepanjang malam aku menangis tanpa henti, sehingga tak sedar, aku tertidur di dalam kebingungan"

    "Awal pagi aku bangun seperti biasa, aku memasak masakan kegemaran suamiku pagi ini, nasi goreng ayam dengan kopi panas. Aku seakan lupa kejadian semalam, kenapa aku menangis ya?"

"Abang, bangun, sarapan dah siap ni, aku tersenyum kecil bila mengingatkan suamiku sememangnya suka jika aku kejutkannya, hari pun masih awal lagi, belum pun enam pagi. Aku masuk ke bilik kami, ianya kosong dan sepi, selimut pun belum dikemaskan. Mana suamiku? Aku bergegas mencarinya di serata rumah.....tapi kosong dan sunyi, aku jatuh lagi bila memori semalam kembali menyerang benakku"

   Fazwuan menyeka titisan air mata yang mula terbit, dia mula mengerti dan membaca kembali bagaimana kisah ini bermula, dia menyesal kerana bertindak terburu-buru, apakah kebenaran lain yang tersimpan di dalam diari usang ini? Diari yang akan membongkar sebuah kisah yang berpuluh tahun tersimpan erat atau adakah tanda tanya yang sering bermain di fikiran akan kekal menjadi sebuah misteri yang tak terungkapkan?

Fazwuan membaca lagi...

"Kepala ini terasa berat sekali, aku dapat ingat kembali bagaimana suamiku...tttiiiiidddaaaaaaakkkkk......aaarrrggghhhhhhhh...bayang-bayang ganas memukul suamiku tanpa belas kasihan, parang tajam ditusuk berkali kali ke perut suamiku, darah memercik deras, menyembur di serata tempat, aku pejamkan mata untuk menghalau igauan ngeri itu tapi semakin kuat di telingaku, ia berbisik, merintih dan menjerit kesakitan, keperitan. Aku pasti, di hujung sana, suamiku semakin jauh dan jauh, nafasnya semakin berat dan lemah."

"Mengapa? Salah siapa semua ini? Angkara siapa? Kenapa?"

"Kau bukan anakku, kau haram! Aku benci kau!"

"Ayahmu adalah najis, yang mengotorkanku, yang merampas kebahagiaan."

Hati Fazwuan tersentak, lantas di tutupnya diari usang itu, diari lama itu tidak lengkap, banyak bahagian yang koyak dan sudah hilang tulisannya. Siapa lagi yang diharapkan untuk memberikan cerita penuh, kisah lengkap diari usang ini? Pada siapa keluhan akan dilepaskan?

Apakah ini suatu petanda buruk?

Ring tone dari telefon bimbitnya seakan-akan menyentap Fazwuan kembali ke alam nyata, dibeleknya sekejap telefon itu, tertera nama Anis di skrin.

Apa lagi yang gadis ni nak dari aku? Tak cukup kah semua kekalutan yang telah terjadi? Ditambah dengan misteri ini, segalanya bagai tak berguna dan bercelaru.

Fazwuan membiarkan saja bunyi itu berhenti, namun beberapa saat kemudian, kembali lagi berdering. Tanpa niat untuk menyambut, sekali lagi dibiarkannya saja, kali ketiga, dengan keterpaksaan, dia menyambut juga.

"Hello." agak malas hendak mendengar suara gadis tu lagi.
"Faz, saya dah jumpa Rumandai"
"Hah?".....tiba-tiba...

aikk...seronok baca? he..he..perasan bagus saja saya ni kan..hihi..cerita ni bersambung pula..so kalau anda nak teruskan sambungannya, komen-komen di bawah ya. Mesti banyak persoalan kan, bagaimana dan kenapa, apa..
(jangan layan ayat diatas, penulis berkemungkinan mengalami kejutan S.S.)

Sunday, July 4, 2010

Peperiksaan Mid Term OUM Bermula!




Saya tidak ada disini selama 4 hari kerana akan sibuk dengan peperiksaan midterm.


So pada para sahabat, sudi-sudi terjah disini ye.


Nanti, bila saya dah habis exam, saya akan lawat balik para sahabat semua. Terima Kasih.



Doakan Saya Ya.



6/7/2010 = OUMH2103/English For Science&Technical Purposes [11.00am-11.45am]

7/7/2010 = OUMM2103/Entrepreneurship [6.00pm-6.45pm]

8/7/2010 = OUMM3203/Professional Ethics [6.00pm-6.45pm]


Thursday, July 1, 2010

Pengumuman Rasmi Self Personality Contest

Selamat pagi, salam pagi khamis dan selamat hari pertama bulan Julai buat semua. Hari ini saya nak umumkan pemenang bagi “Self Personality Contest’ yang secara rasminya telah ditutup kelmarin tepat jam 12.00 tengahari.


Contest yang telah berlangsung amatlah mudah dan senang untuk disertai. So, kepada yang ikut serta contest ni, saya ucapkan terima kasih kerana anda mengambil bahagian, bagaimana pun sudah adat pertandingan, pasti ada yang menang dan kalah.

Sebelum tu, kita review sikit hadiahnya :

Hadiah Utama : Software eWriter Pro dengan Master Resale Rights

Hadiah Bonus(ebook) : 5 Langkah Mudah Perniagaan Internet, 5 Pembohongan Internet, Asas Perniagaan Internet, Rahsia Traffik, Buat Duit & Cari Duit Di Internet.


Hadiah Best Punya : Top Up RM 10 (Digi atau Celcom)

-Hadiah Ebook Misteri-(yang bertuah mendapatkan ebook misteri ni adalah Mr.Mind)

Jom, kita check siapa pemenangnya ya.


Tempat Pertama :

Mr. Azam.

Jawapan : Saya seorang yang sempoi gila bola, bila musim bola je, demam bola datang, tengok bola, terus sembuh!

Sebab join contest : Saja nak sempoikan diri!

Blog : Private

(Atas sebab-sebab tertentu, Mr.Azam tidak ingin blognya di paparkan disini. Harap Maklum)

-Beliau membawa pulang hadiah utama, bonus-bonus dengan RM 10 Top Up Digi)


Tempat Kedua :

Miss. Jeanie.

Jawapan : Saya seorang yang suka benda pink, asal nampak benda pink, mesti siap guling-guling nak

benda tu.

Sebab join contest : Sebab nak belajar buat ebook dengan ewriterpro tu.

Blog : Private

(Juga atas sebab-sebab tertentu, Miss.Jeanie pun tidak ingin blognya di paparkan disini. Harap Maklum. Aku pun naik hairan, kenapa ye? Jangan marah Miss Jeanie..)

-Beliau membawa pulang hadiah utama dan bonus-bonus sekali. (tanpa top-up)


Tempat Ketiga :

Mr. Mind.

Jawapan : Saya seorang yang gila blogging.

Sebab join contest : MM join kontest ni sebab hadiahnya menarik dan kontestnya simple je, ahakzz!!!

Blog : http://morningtonight.blogspot.com

(Syukur, ada juga yang sudi nak blog beliau di pamerkan disini, maklumlah blog yang tak seberapa ini..he..he..)

-Beliau membawa pulang kesemua bonus dan satu hadiah ebook misteri. (tidak termasuk hadiah utama dan tanpa top-up)


Para pemenang di minta bersabar, saya sedang compile kan hadiah anda. Kepada Mr. Azam, top up anda telah dikirim.


Terima kasih sekali lagi pada para peserta dan kepada yang tak menang, anda boleh cuba lain kali. Tunggu edisi kedua contest baru di blog ini untuk bulan Julai ini.


p/s-Keputusan ini diumumkan secara rasmi setelah team kami menimbang semua jawapan anda dengan saksama. Pemilihan dilaksanakan secara telus. Tiada unsur rasuah di dalamnya. Harap Maklum.


p/s/s-Mid Termination bagi OUM akan bermula pada 6/7/2010 sehingga 8/7/2010, so kemungkinan besar selama tiga hari, saya tak dapat mengurus blog ini, harap anda bersabar dan sentiasa setia untuk mengikuti setiap update disini ya. Thanks!