Versi Original (First) - Saya baca dari blog Insan Biasa. (klik untuk pergi ke blog beliau)
Baca dulu kisah tu ya baru baca sambungannya disini....^___^
Setelah pengkebumian anaknya, maka bapanya dengan penuh rasa sedih dan duka lara membongkar bilik anaknya itu, apa yang ada disana adalah bola-bola hitam dan putih yang diberikannya pada anak lelaki kesayangannya selama bertahun-tahun bersama-sama dengan barang yang dihadiahkannya, mesti setiap kali anaknya itu inginkan bola hitam dan putih, bertahun-tahun persoalan itu menghantui benaknya namun disaat-saat genting, anaknya pula telah meninggal, pergi membawa misteri yang membebani jiwanya.
Pengasuh anaknya juga tidak tahu apa-apa mengenai rahsia erat yang dipegang oleh anaknya itu. Habis segala barang-barang anaknya diselongkar namun dia tidak menjumpai apa-apapun yang boleh membantunya menjawab persoalan itu.
Kemudian tanpa sedar matanya tertumpu pada sebuah diari dibawah katil anaknya, perlahan diambilnya diari berwarna hitam itu. Seakan-akan usia diari itu sudah puluhan tahun, usang dan kusam. Tiba-tiba dia teringat, itu bukan diari sembarangan, itulah diari yang dibelinya puluhan tahun lalu dan kemudian diberikan pada seorang gadis yang amat dicintainya ketika dia berusia 15 tahun, diari itu adalah kenangan antara dia dan isterinya dahulu. Bagaimana anaknya menjumpai diari ini?
Fauzuki membelek-belek halaman demi halaman diari lama itu, sehingga matanya sampai ke satu halaman..
- Hari ini saya jumpa kembali diari mama dan papa, sungguh saat inilah pertama kali saya membaca kisah cinta yang seindah cinta mereka, tapi mengapa saya tidak berpeluang melihat wajah mama? Mendakap mama seperti kanak-kanak lain? Mama, saya rindu mama....
Air mata Fauzuki mengalir perlahan-lahan bergenang di pipinya yang tua. Dia sebak kerana selama bertahun-tahun tak pernah tahu akan hati anak lelakinya itu.
Dia membaca dan terus membaca...
- Hari ini Bu Inem memberitahu papaku yang aku inginkan basikal sedangkan aku tak perlu basikal, aku butuh mama! Tapi papa tak faham langsung!
- Papa bertanya padaku bagaimana basikal yang aku mahu, tapi dalam hati aku menangis, aku mahu mama! Lalu aku katakan pada papaku yang aku hanya mahu bola hitam dan bola putih. Cukup itu!
Fauzuki semakin sedih membaca diari itu...
Semua yang ada ditulis mengenai kisah dimana anak Fauzuki, iaitu Ahmad inginkan bola hitam dan bola putih. Setiap yang ditulis menambah perasaan sedih dan ingin tahu Fauzuki kenapa anaknya inginkan bola hitam dan bola putih itu selama bertahun-tahun.
- Papa, papa belikan saya Ferrari, saya suka tapi papa tak mahu belikan saya bola hitam dan putih kenapa? Papa muak dan benci ya dengan bola hitam dan putih? Papa, saya mahu bola hitam dan putih!
- Terima kasih papa sebab akhirnya belikan juga saya bola hitam dan puith, terima kasih juga Fiona sebab berjaya pujuk papa saya. Saya sayang awak!
- Papa, ingatkan papa semasa papa melamar mama, papa pernah kata yang papa tidak ada wang ringgit? Hanya sebuah diari dan dua utas benang sahaja yang mampu papa berikan? Diari itu adalah diari tempat saya mencurah rasa hati ini.
- Papa, andai papa masih ingat, dua utas benang yang papa beri itu berwarna hitam dan putih, walau pendek, tapi cukup untuk mengikat pergelangan tangan papa dan mama, papa pakai warna hitam dan mama warna putih...sesungguhnya papa katakan yang warna hitam itu adalah diri papa yang pahit dan warna putih adalah seperti mama yang manis..gabungan hitam dan putih menghasilkan warna yang indah iaitu coklat..ingatkan papa? Saya baca diari ini dari mula...dan mama meminta andai papa jadi kaya, papa akan belikan segulung benang hitam dan putih, supaya mama dapat pintal menjadi bola hitam dan putih..kemudian papa dan mama akan berikan pada saya, si coklat kecil kamu.
- Tapi papa lupa..papa lupa selama ini dengan janji papa....salahkah papa? Saya hanya mahu papa ingat janji papa sahaja selama ini, bertahun tahun saya cuba ingatkan papa tapi papa tak pernah ingat....apapun saya sayang papa dan mama...tapi saya kecewa papa lupa janji papa dan tak pernah tunjukkan gambar mama pada saya pun selama ini.
Fauzuki jatuh dan tersungkur, dia menangis dan meraung semahu-mahunya...sungguh dalam sekali penderitaan anaknya, kenapa selama ini dia tidak menyedari hakikat ini?
Petang itu...Fauzuki menangis dengan penuh perasaan di hadapan makam isteri dan anaknya sambil memegang dua bola hitam dan putih serta dua gulung benang hitam dan putih yang tak pernah siap...sekeping gambar isterinya diletakkan diatas makam anaknya....kesejukan mula melanda seluruh tubuhnya..dia menjadi semakin sejuk dan berat, pandangan matanya berpinar.....sebelum akhirnya dia jatuh tersungkur di tengah antara makam anak dan isterinya...sebuah kisah...sebuah keluarga telah berakhir disini...
Begitulah berakhirnya Kisah Bola Hitam Dan Putih Versi Sambungan oleh Alessandro Bin Rahman.
Sekian. Terima Kasih.
haha..boleh jadi pengarang skrip nie..siap letak nama lagi watak2 dalam tu..haha..aku ingatkan ending yang rebah tu jatuh dari katil..haha..
ReplyDeleteHAHA . Nice nice :)
ReplyDeletewahh.. pandai ye sambung.. boleh la try apply jd penulis krip.. boleh popular aku tumpang sekali.. sgt bagus bro karang.. tapi kt ending tu asal x kata akhirnya fauzuki tu mati juga.. haha.. siap dgn nama watak lagi ye.. bagus.. bro, jom gabung dua buat drama or filem nak? aku rasa genre sprt ini jrg org buat..
ReplyDelete@InsanBiasaThanks..^___^
ReplyDelete@fieqaThanks..he..he..^___^
ReplyDelete@RedBoyHe..he..sebab nak bagi pembaca berfikir..kih..kih..hmm..nak buat filem? Ha..ha..boleh saja..tapi cerita apa ya?
ReplyDelete