Wednesday, June 30, 2010

Entrepreneurship Course

Topic 1 :

Introduction To Entrepreneurship
- The Evolution Of Entrepreneurship
- Concepts Of Entrepreneurship (Who Are Entrepreneurs?)
- The Importance Of Entrepreneurship
- The Myth Of Entrepreneurship
- Development Entrepreneurship In Malaysia

Topic 2 :

Identifying Entrepreneurial Characteristics
- Characteristics Of Successful Entrepreneurs
- Self-Assessment For Entrepreneurs
- Different Among Businessmen, Managers and Entrepreneurs

Topic 3 :

Developing Entrepreneurial Creativity and Innovation
- Creativity.
- The Process
- Barriers
- How To Generate Creative Ideas
- Characteristics of Creative Individuals
- What Is Innovation? (Types, Sources and Barriers)
- The Important of Creativity and Innovation for Entrepreneurs.

Three early topic about Entrepreneurship Course.

Reminder : Penutupan Contest Personaliti Diri

Salam pagi semua. Harap sihat-sihat belaka, kepada yang 'gila bola' macam saya..eh..ye ke? he..he..relax-relax ye, ini terjadi jika pasukan pujaan anda kalah, kalau menang, segar bugar je.

Nak bagitahu pagi2 ni, contest personaliti diri bakal ditutup secara rasminya pada 12.00 tengahari hari ni bersamaan 3o Jun 2010 aka hari rabu, kemudian pemilihan akan dibuat, segala keputusan juri adalah muktamad.

Pemenang dipilih berdasarkan pada kekreatifan ayat dan juga yang sebenar-benarnya menggambarkan personaliti korang..contohnya, saya seorang yang gila makan, tapi dalam blog korang tak ada satu pun pasal makanan..he..he..so..personaliti tak betul tu..

Sebanyak 3 juri luar..cewah..akan dijemput untuk mengadili contest ini, selain dari aku, isteri aku dan juga Master D.

So, apa lagi yang korang tunggu, hadiah kira sempoi dah tu..

Kemudian keputusan akan disiarkan secara rasmi esok. :-)

So, stay tunned with didozel.blogspot.com guys..

Tuesday, June 29, 2010

7 Langkah Mengurus Kewangan Anda

Pengurusan kewangan yang baik dan teratur akan dapat mengawal perbelanjaan anda sekeluarga. Masalah kewangan harus dipandang serius kerana sesebuah institusi boleh jatuh dan hancur jika pengurusan kewangan gagal dirancang dengan baik, bahkan nantinya ia bakal melibatkan keluarga, masyarakat, kehidupan sosial dan seterusnya memberi dampak negatif pada sesebuah negara.


Pengurusan kewangan di dalam institusi keluarga harus dirancang dengan baik oleh suami dan isteri. Pernahkah anda dengar suami dan isteri bergaduh kerana berpunca dari kewangan keluarga yang tidak stabil? Macam-macam boleh berlaku, lebih parah jika berhutang dengan kumpulan “ALONG” dan seterusnya tidak mampu membayar hutang tersebut. Isteri, anak-anak, rumah, keselamatan menjadi taruhannya.


Ramai orang berpendapat, mereka yang berpendapatan rendah sahaja yang mengalami krisis kewangan di dalam keluarga mereka. Jangan salah sangka! Masalah kewangan tidak hanya wujud dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah sahaja, malah boleh terjadi pada mereka yang berpendapatan sederhana dan berpendapatan tinggi juga.


Mengapa ini berlaku? Jawapannya adalah pengurusan kewangan yang tidak sistematik. Sebenarnya, semakin tinggi gaji, semakin banyak wang yang kita miliki, semakin boros dan semakin banyak kita hendak gunakan wang.


Semoga teknik dan cara praktikal yang saya akan tunjukkan ini, dapat menolong anda sedikit sebanyak dalam menangani masalah kewangan anda.


Teknik ini akan menyingkap teknik mengurus kewangan dan juga bagaimana untuk menjana lebih pendapatan(side income) untuk anda sekeluarga.


LANGKAH DEMI LANGKAH.


1- Bajet Tahunan/Bajet Bulanan.


Bajet adalah sesuatu yang perlu semasa mengurus hal ehwal kewangan di dalam keluarga kita. Cuba perhatikan persidangan dewan rakyat, semasa bajet tahunan dibacakan. Ianya sesuatu yang amat penting sekali.


Pertama sekali, anda harus mempunyai bajet tahunan. Bajet tahunan ini adalah bajet keseluruhan merangkumi segala urusan keluar dan masuk kewangan anda. Jumlah bakal gaji anda berdua (suami isteri) hendaklah dihitung dan dijumlahkan untuk mendapat jumlah kasar pendapatan per tahun untuk keluarga anda.


Kemudian, catatkan berapa banyak yang perlu anda gunakan untuk setiap bulan (bajet bulanan), masukkan bil elektrik, bil air, bil telefon dan lain-lain seperti makanan dan keperluan lain. Ingat! Selepas anda membuat bajet bulanan, anda harus mengatur strategi bagaimana untuk anda dan keluarga dapat mengikuti bajet yang telah ditetapkan.


Sekiranya di pertengahan bulan, anda ingin membeli sesuatu seperti televisyen baru, tunda hasrat tersebut untuk bulan hadapan, supaya bajet anda bulan ini tidak lari. Kemudian pada bulan hadapan, masukkan kos pembelian televisyen baru itu ke dalam bajet anda.

Berbelanja dengan berhemah, pilih benda/barang yang betul-betul keperluan sahaja, misalnya beras, sayur-sayuran dan lain-lain.


Elakkan membeli barang-barang perhiasan berlebihan sekiranya tidak perlu, elakkan membeli gadjet mahal-mahal, contohnya telefon sehingga beribu-ribu ringgit dan lain-lain.


2- Menabung Setiap Bulan.


Cara terbaik untuk mengekalkan ekonomi keluarga anda adalah dengan menabung/menyimpan wang di dalam bank. Amalkan menanam sifat suka menabung ini di dalam jiwa anak-anak anda agar mereka tidak boros apabil dewasa nanti.


Amalan menabung adalah satu amalan mulia. Peruntukkan dari wang gaji anda suami-isteri untuk dimasukkan di dalam bank anda berdua dan juga anak-anak anda(sekiranya sudah mempunyai anak)


Menabung setiap bulan mempunyai banyak kelebihan, salah satunya adalah untuk sesuatu hal yang tidak terduga, misalnya saja ada keperluan mendadak yang memerlukan wang dalam jumlah yang banyak.


Anda tidak perlu tercari-cari ke sana kemari kerana anda sudah ada tabungan anda sendiri di dalam bank.


Seboleh-bolehnya, selain dari bank, peruntukkan juga sedikit ke tiga pecahan kecil iaitu satu untuk perubatan, satu untuk pendidikan(bagi yang mempunyai anak-anak, satu untuk keperluan semasa. Wang dari tiga pecahan kecil ini anda boleh simpan di dalam tiga sampul dan disimpan di rumah/tempat selamat dan anda boleh menambah dengan lebih kerap iaitu mungkin seminggu sekali.


Ia berguna untuk keperluan mendesak yang tidak begitu penting misalnya untuk perubatan sekiranya sakit, pendidikan anak-anak iaitu untuk membeli buku dan keperluan sekolah, bayar yuran dan lain-lain, keperluan semasa, misalnya untuk belanja anak kesekolah, tambang minyak dan lain-lain.


3- Cuba Jangan Berhutang/Kurangkan Hutang!


Bahagian ni, memang seperti nampak tak boleh elak, tapi sebenarnya boleh. Misalnya, jika ingin membeli kereta, beli ikut kemampuan, pilih pembayaran ansuran paling minimum dan paling pendek, misalnya hanya untuk setahun dan cuba langsaikan hutan secepat yang mungkin.

Sekiranya membeli rumah, memadai anda pilih yang sederhana. Sekiranya ingin membeli rumah yang agak mahal, guna kaedah satu dan dua, iaitu pendam hasrat disamping dalam masa yang sama mengumpul wang agar anda dapat membeli secara tunai atau paling tidak dalam dua tiga kali pembayaran sahaja.


Berhutang sebenarnya banyak membazirkan wang anda tanpa disedari, perhatikan, kereta yang dibayar ansuran bila anda habis membayar (katakan selama tujuh tahun), anda akan dapati anda membayar lebih disebabkan adanya bunga yang dikenakan setiap bulan.

Mungkin untuk kereta dan rumah, tak dapat elak nak berhutang, tapi untuk barang-barang elektronik dan gadjet, cuba elakkan berhutang, kalau boleh, bayar secara tunai.


4- Gunakan Hobi Anda Untuk Jana Pendapatan Tambahan.


Ini yang jarang anda dengar bukan? Benar, ada pakar kewangan terlepas pandang hal ini. Hobi atau minat anda boleh anda gunakan untuk menjana lebih income untuk keluarga.


Bagaimana?


Contohnya, anda minat memancing, anda pakar memancing dan sudah sepuluh tahun memancing dengan bermacam-macam pengalaman.


Mengapa anda tidak buka kelas mengajar memancing? Mengapa anda tidak membuat satu ebook untuk kaki-kaki pancing? Membuat tips-tips untuk peminat joran?


Anda boleh membuat laman web, membeli domain dan hosting, kemudian mula membuat ebook dan jual secara online, guna autopilot dan anda akan dapat jana income anda secara automatik, malah mungkin lebih lumayan dari gaji anda jika kena pada cara promosi anda.


Anda juga boleh menjual hasil tangkapan anda di kawasan kejiranan. Boleh buat ikan bakar, pasti ramai yang nak beli kan?


Dari kaki pancing, mungkin anda boleh pula belajar ternak ikan? Dapatkan bantuan dari Jabatan Perikanan dan lain-lain agensi.


Apa jenis hobi, dengan kekreatifan anda, boleh menjana kewangan untuk anda.

Atau anda boleh membuat blog, pasang iklan berbayar dan terima cash tiap-tiap bulan dari hasil blogging anda. :-)


5- Gunakan Pengalaman Hidup Untuk Jana Pendapatan Tambahan.


Bahagian ini, lebih kurang dengan no.4 tadi. Siapa kata pengalaman hidup anda tak berguna?

Contohnya, jika anda seorang guru tahun 1 dan berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam mengajar tahun 1.


Anda boleh terbitkan journal, ebook, buku panduan, enzine dan sebagainya mengenai cara dan kaedah berkesan untuk mengajar dan mendidik tahun 1.


Murid-murid tahun 1 di seluruh negara mungkin akan dapat manfaat hasil dari karya anda itu.


Kemudian, boleh jual secara online, buat ebook dan promosi.


Anda akan dapat menjana lebih kewangan untuk keluarga anda.


6- Buat bisnes offline/online@bisnes internet.


Bisnes online sudah disebut di no.4 dan no.5 tadi.


Bisnes online melibatkan internet, website dan jualan samaada produk fizikal misalnya buku ataupun secara produk panduan seperti ebook, enzine dan banyak lagi.


Salah satu platform jualan online hangat adalah di mudah, ebay dan banyak lagi.


Atau jika anda ada blog, boleh join Pay Per Lead, Pay Per Click, Pay Per View, Affiliate dan banyak lagi. (Anda harus hati-hati memilih!)


Anda boleh pilih yang mana anda suka.


Ataupun anda boleh jalankan bisnes secara offline, banyak sangat syarikat-syarikat baru sekarang, misalnya uptrend, mlm dan lain-lain. Namun anda harus waspada memilih program sebegini.

*Awas! Jangan terpedaya dengan skim cepat kaya atau pelaburan internet.

Perniagaan internet dan pelaburan internet adalah dua perkara berbeza!


Anda mungkin boleh membuka sebuah restoran kecil dan mulakan bisnes anda sendiri tanpa syarat-syarat dan arahan sesiapa.


7- Gunakan Bakat Terpendam Anda/Idea Kreatif


Bakat terpendam atau idea kreatif misalnya kebolehan menyanyi, kebolehan menulis, kebolehan dalam silap mata dan banyak lagi.


Sekiranya anda pandai menulis cerpen/novel, mulakan hari ini, setiap malam, anda tulis dua hingga tiga muka surat dan bersambung setiap malam sehingga karya anda itu siap.


Aada usahawan yang berjaya menjana ratusan ringgit per bulan hanya dari hasil penulisan mereka.


Mengapa anda pula tidak mampu?


Dan sekiranya anda ada bakat menyanyi, apa lagi yang anda tunggu, cepat-cepat rakamkan suara anda, mana tahu nasib anda baik, album anda pula yang terbit di pasaran, tak semestinya anda perlu ikut program realiti yang panjang untuk tujuan ini.


Anda mahir silap mata? Boleh iklan di surat khabar, radio, televisyen untuk membuat persembahan silap mata bagi majlis hari jadi dan lain-lain.


Bakat anda jika digunakan akan menghasilkan lebih $$$$


Demikianlah 7 langkah praktikal bagaimana anda dapat mengurus kewangan keluarga anda dengan baik plus dengan bagaimana menjana lebih income untuk keluarga anda.

Bagaimana pun, di dalam kita mengejar harta benda/kewangan, kita janganlah lupa tanggungjawab kita sebagai seorang ibu, seorang ayah di dalam keluarga kita.


Sekian dulu dari saya. Salam Ceria Semua. Happy Life..Pray A Lot.

Monday, June 28, 2010

Tujuan Sebenar Blog Ini

Salam santai di pagi isnin sahabat semua.

Pada yang kerja tu, kerja bagus2..pada yang sedang memandu, hati2 dijalan raya ya. :-)

Mengapa Didozel.Blogspot.Com diwujudkan?

1- Blog ini sebenarnya merupakan flatform pada diri ini dalam dunia online alias blogging.

2- Untuk menajamkan dan menimba ilmu secara perspektif online bagi menambah pengetahuan dalam bidang penulisan.

3- Mencari idea-idea untuk diterapkan ke dalam hasil-hasil karya/novel/cerpen/pusi/pantun yang akan dihasilkan.

4- Berkongsi kisah kehidupan, rencah dan liku-liku kehidupan dari pandangan mata sendiri.

5- Memberikan satu makna, biarpun kecil dalam kehidupan orang lain melalui penulisan2 yang dihasilkan.

6- Diselitkan sekali dengan i-reiki online bagi membantu sesiapa yang memerlukan.

7- Konsultasi khidmat nasihat sebagai seorang lelaki, seorang abang dan seorang sahabat kepada sesiapa yang memerlukan.

8- Blog ini adalah umpama diari kehidupan yang memaparkan kisah aku dan keluarga aku.

* So, blog ini bukan untuk suka-suka atau sekadar tempat biasa, ia adalah sesuatu yang bermakna untuk aku.

* Semua ini akan terbukti bila segala hasil teori, praktikal yang sedang aku kejar dan cuba jana sekarang direalisasikan.

-Mengejar sebuah impian yang pada sesetengah orang adalah kerja gila dan mustahil, tetapi pada diri ini, kegilaan ini akan berbaloi suatu masa nanti, biarkan putaran alam menentukannya. ^__^

Sunday, June 27, 2010

Mari Belajar Seni Mempertahankan Diri

Selama dua hari, saya tidak ada disini dan Master D telah menolong saya dalam berblogwalking. Terima kasih Master D!

Hari ini nak cerita sikit pasal seni mempertahankan diri. Lelaki zaman dulu, mempelajari seni silat adalah satu KEWAJIPAN, namun kini ramai lelaki pernah belajar seni mempertahankan diri pun, tak pernah tumbuk, tak pernah tendang. Ini adalah satu keadaan yang membimbangkan. Mengapa?

Mempelajari seni mempertahankan diri bukan saja berguna untuk diri sendiri, malah untuk menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan. Bayangkan seketika, waktu malam, anda tengah berjalan dan ternampak seorang perempuan sedang diheret beberapa lelaki ke dalam sebuah van yang anda percaya hendak merogol perempuan itu atau berbuat sesuatu yang lain, anda hendak telefon polis, tapi tak tahu nombor polis, nak teriak, takut anda diserang. Nak tolong, tapi takut sebab tak tahu nak lawan.

Saya pernah lihat sendiri bagaimana seorang lelaki berbadan besar, hampir 3 kali besar dari lelaki yang mengugutnya dengan pisau (nak curi duit lah ni), langsung tak dapat melawan, sedangkan pisau di tangan lelaki itu hanya pisau lipat! Lelaki tersebut menggelabah. Mungkin scenario ini anda rasa tak perlu risau, sebab kita ada polis dan orang awam (yang konon suka membantu), tapi hakikatnya, apa berlaku? Jika kita sendirian dan tidak ada sesiapa hendak tolong kita? Hanya diri sendiri yang dapat tolong diri sendiri bukan?

Bukan riak atau takbur, tapi sekurang-kurangnya kita harus tahu sedikit langkah untuk pertahankan diri kita. Contohnya, langkah asas, bagaimana nak punch (tumbuk) dengan betul, bagaimana cara tendangan (kicking) yang betul, bagaimana hendak elak tikaman pisau dari depan, belakang, sisi. Bagaimana untuk mengelak dan serang balik. Asas-asas ini yang harus kita ketahui.

Belajar seni mempertahankan diri adalah mempelajari mengenai kelebihan diri kita dan menggunakannya untuk mengalahkan lawan kita dengan teknik yang betul.

Seperti saya sendiri, saya pernah mempelajari teknik tangan beracun iaitu lebih dikenali dengan nama poison hand, konsep poison hand adalah single attack and k.o. Maksudnya, hanya dengan satu serangan pantas, tepat dan kena pada pressure point/human weak point sport, lawan kita akan tumbang.

Teknik ini sesuai jika kita diserang oleh lebih dari seorang penyerang/lawan supaya kita pastikan diri kita tidak terkongkong oleh serangan balas bertalu-talu.


p/s- Setakat ini saja dapat saya sampaikan serba sedikit. Kalau ada yang nak tahu bagaimana menghadapi serangan misalnya bagaimana nak menahan serangan dari mana-mana sisi dan situasi, sila beritahu saya. Saya akan beritahu langkah2 praktikal bagaimana anda boleh mengelak serangan2 tersebut.

Friday, June 25, 2010

Salam Ceria Jumaat Semua ^__^

********Generate With Auto Posting********

Salam semua.

Hari ini dan esok saya tidak dapat online memandangkan ada tugasan penting. Saya akan membalas kunjungan para sahabat sebaik saja saya online.

Posting ni pun dibuat oleh Pak Cik Auto..

Thanks to 'him'..he..he..

Jagalah kesihatan diri kita ye, kalau makan elok2, makan makanan berkhasiat dan sebagainya, amalkan senaman selalu untuk kekalkan energi level kita.

:-)

Thursday, June 24, 2010

Mengenali Apa Itu Hipnosis

Pukau dan hipnosis sering disamakan, tetapi sebenarnya hipnosis dan pukau adalah bidang yang berlainan. Pukau menggunakan unsur lain seperti bantuan makhluk halus dan juga adanya ayat yang perlu dibaca ketika hendak memukau orang.

Sebaliknya, hipnosis tidak memerlukan bacaan, ianya memerlukan kaedah praktikal dan latihan untuk memahirkan diri.

Contohnya :

"Jangan anda fikirkan mengenai kucing hitam!"

Baca ayat di atas banyak kali..

Hakikatnya, biarpun ada ayat "JANGAN" di atas, tetapi anda tetap secara tak sedar memikirkan mengenai kucing hitam juga kan? Anda melihat secara pasti dengan minda dan anda membayangkan mengenai kucing hitam itu, biarpun sudah diberitahu jangan fikir mengenainya. Lihat, itulah yang dikenali sebagai instants hipnosis.

Jangan risau, setiap orang yang membaca ini pasti akan memikirkan awan biru. Termasuk para peng hipnosis sekalipun kerana begitulah cara minda kita berfungsi.

_____________________________________________________________________________________

Adakah hipnosis mampu membuat kita melakukan hal-hal yang tidak kita inginkan?

Jawapannya : TIDAK BOLEH!

Tapi anda pernah lihat orang tidur kerana kerana dihipnosis? Benar, kerana itu anda yang inginkannya.

Perhatikan, bila kita melihat seseorang itu meng hipnosis orang lain, dia akan menggunakan ayat praktikal seperti kiraan sepuluh dan di setiap kiraan anda akan semakin tidur misalnya, anda tidak akan tertidur sekiranya anda tidak ikut apa yang disuruh olehnya, tetapi memandangkan anda membayangkan di setiap kiraan, anda semakin terlelap, maka anda terus tertidur. :-)

Tetapi, sekiranya orang itu menghipnosis anda supaya melakukan hal-hal yang memalukan seperti contohnya membuka baju anda, minda anda akan lawan balik kenyataan itu dan anda tidak akan membuka baju anda. Bukan semudah itu untuk tundukkan minda manusia yang hebat ini. :-)

Saranan diri termasuk dalam kaedah hipnosis juga. Kita memberi saranan positif pada diri dan hasilnya, diri akan lebih positif dari biasa, begitu juga sebaliknya.

Hipnosis digunakan untuk membina keyakinan diri, untuk berkomunikasi dengan minda bawah sedar kita. Untuk membangkitkan potensi dalaman kita ke tahap maksimum.

Ada orang selepas di hipnosis mampu mengangkat beban berat, tetapi sebenarnya, memang itu kekuatan dia. Cuma mungkin selama ini, kerana sering berfikiran yang dia tidak kuat dan tidak mampu mengangkat benda tersebut, maka dia gagal, tetapi ketika minda bawah sedarnya bekerja, kekuatan sebenar timbul dalam diri.

Hipnosis akan mengeluarkan potensi sejati dalam diri bukannya membuat seseorang akan mempunyai kuasa luar biasa dari luar.

Pada asasnya, mempelajari hipnosis adalah disaranankan anda mengawal keadaan minda anda terlebih dahulu.

Kemudian baru anda senang untuk meng hipnosis orang lain.

Seorang kaunselor juga seorang peng hipnosis dalam diam. :-)

Hipnosis termasuk dalam satu bidang kajian minda bawah sedar.

Dah terlanjur cakap pasal hipnosis, mari kita lihat serba sedikit apa itu pukau ye..
Pukau biasanya menggunakan medium mata untuk memukau orang lain, ada juga yang gunakan pukau dan hipnosis di masa yang sama. Hati-hati ya.

Salah satu teknik praktikal bagaimana mengelak pukau adalah dengan tidak melihat terus mata orang itu atau pun dengan cara 'mematikan' aliran 'fius' dalaman kita.

Bagaimana?
Dengan cara menyilangkan kaki ketika duduk
Dengan cara berpeluk tubuh ketika berdiri.

Dengan cara itu, konduktor haba di dalam badan kita akan mengalir bukan dalam state normal kerana keadaan kita itu, jadi ilmu pukau secara tak langsung gagal untuk menembusi aura yang kita telah tutup itu.

Ataupun dengan cara melukakan bibir dalam anda, nak bagi sakit.

Kalau ada jurujual datang rumah, nak minta air minum, jangan bagi air putih/air kosong/air mati sebaliknya buatkan minuman panas. :-)..ini pun salah satu cara bagaimana nak elak pukau ni..

Dan...

Untuk santau pula..kalau kita pergi kenduri kahwin ke, atau ke mana-mana..(mana tahu ada orang 'pandai' kan, yang pergi santau makanan atau minuman..ini kita harus berwaspada selalu. Sebelum minum, lihat dulu bayang dalam minuman tu, kalau ada, maknanya elok dan tak ada santau, tapi bila kita tak lihat bayang kita, maknanya something wrong..he..he..

kemudian dengan teknik merasa bahagian bawah gelas kita..dengan tapak tangan, kalau minuman kita panas, tetapi bawah tu sejuk..ertinya ada santau atau benda tak elok..kalau minuman sejuk, tapi bawah panas pun sama juga. :-)

Kemudian tengok makanan yang ada, kalau banyak lalat disana, ertinya makanan tu tak baik, kalau pun tak ada santau pasti tak baik untuk kesihatan. Cuba bandingkan..makanan yang busuk dengan makanan segar..mana yang banyak lalat hinggap?

Lalat jarang sekali hinggap makanan fresh ni..makanan yang baru masak dan sihat..perhatikan.. :-)

Sekadar info untuk tuan dan puan sekalian..he..he..

Salam ceria semua. :-)

2 Days to Go?

Hi there, good morning my online diary..he..he..

Just about two days to go...Entrepreneurship Assignment..he..he..need to briefly discuss about Business Plan and How to starting a new entrepreneurial venture..

Its pretty tough and also pretty easy at the same time..woah..why?

Actually, its not based on your knowledge, its based on your interest..if you love this subject, you will find it easy but if you think its tough..so its tough for you..

You choose and decide yeah..

For me, i love this course..he..he..9/10 source of money came from business yeah..so try it out and you will became an entrepreneur one day...

Our tutor said

"All Entrepreneur are a business man/business woman, but not all a business man/business woman are entrepreneur"

:-)

Happy life yeah.

Wednesday, June 23, 2010

Macam-macam ada?

He..he..ni ada gambar best-best di bawah ni..dapat dari Uncle SAM Google..Auntie MSN..Akak Yahoo dan banyak lagi sumber lain..cuba korang check ye..tak payah nak explain2 ni..sebab gambar dah cukup menjelaskan segalanya..(eh? ye ke?..ha..ha..)





























Tuesday, June 22, 2010

Gila Bola?

Thousand Words To Say?



Could you see this? The Grizzly Bear is so Damn Huge! But for her children, she fight the Grizzly Bear, and guess what? She did it! The Damn Huge Bear was ran in fear.

Lesson from this short video?

Mother Love Is Number One!
A Mother can Sacrifice her life for her children, so love your mother most yeah?

Copy & Paste Contest

Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com


Tarikh tutup penyertaan :

31 Julai 2010

Maklumat Hadiah

MP3 Player ini sangat funky.
Berkapasiti 2 GB
Amat ringan.
Comel.

Baru sebentar tadi diri ini buka email dan tiba-tiba ternampak antara banyak-banyak email tu, ada satu email unik dengan title "Cabaran Copy & Menang !!!"

Saya pun apa lagi, terus buka, baca punya baca, akhirnya sampai ke laman web www.akuseorangblogger.com, laman web yang dimiliki oleh Raja Mohd Kamil Raja Rosli atau Raja Kamil atau RK.

Kepada yang tak tahu(blogger mesti tau punya..he..he..), beliau ni Otai dan Master dalam bidang internet ni.(bab2 jana pendapatan online)

Beliau juga moderator untuk Wang Cyber iaitu himpunan atau Komuniti Usahawan Internet Malaysia. Wang Cyber ni kalau tak silap milik Shuth.

Korang boleh check salah satu laman web beliau disini

Banyak produk beliau ni, jom kita tengok sedikit sebanyak apa yang beliau telah keluarkan selama ini.

- Panduan Adsense For Domain (AFD)
- Aku Seorang Blogger
- Rahsia USD50 Sehari
- Teknik Pemasaran Email
- Duit Mudah Di Internet
- RM 1774 Dalam Masa 24 Jam

Hebat kan? Mestilah. 10 thumbs up untuk RK. Banyak lagi yang telah beliau hasilkan tapi tak dapat nak listkan semua disini.

Salah satu sebab saya join contest ni, adalah sebab simple, best dan dianjurkan oleh seorang blogger berjaya iaitu RK dan juga untuk up traffic blog yang baru nak menapak di dunia online ni, maklum orang baru alias newbie yang baru nak belajar lah katakan.

He..he..sempoi je contest ni..kan?

Biarpun tak menang, sekurang-kurangnya aku mencuba juga..so pada yang nak join, klik-klik yang mana patut ye. ^__^..sama-sama kita join contest hebat ni..mana tahu rezeki anda kan?

Sebab bagi saya "Anda lihat perkara sedia ada dan tanya mengapa, sedangkan saya mimpikan sesuatu yang belum wujud dan katakan mengapa tidak?"

Aikk? Apa kena ayat ku diatas? Ha..ha..merapu lagi..tak ada kena mengena ye adik-adik. Ia adalah kata-kata peransang pembakar semangat diri ini untuk berjaya melalui cara dan perjalanan yang telah dipilih..he..he..dah berjaya esok..korang tahulah..

Sambil baca entry ni, jangan lupa baca post saya yang lain..he..he..stay tunned with Tamparuli Blogger On-line guys..

~Introducing Sabahan Kadazandusun Singer~

Hi there..here is one of our singer from sabah...he's Jimmy Palikat..he..he..I'm pretty sure, all Sabahan already know him..right guys?

But, to whom who did not know him, i have attach the video below so you can watch and listen his song, one of my favourite song..halwa telinga untuk anda..dengarkan ya..^__^



Lagu : Pokitonon Ku by Jimmy Palikat

Au orosi
au oku oguyu
koingoritan au
milo magantob
kolunguyan okon
katangaban ku
pagarason ku
ginawo.

Tolonon ku
tompodu di topoit
ulakan ku rugi-rugi
tatarom
soborongon ku rahat
dot mogihum
sorrion ku'd oh
pomogunan

chorus :
Id saralom poh
toi tanah
ugaron ku'd
gisom okito
nung poingiwis
ko'd id tawan
tukadan ku dot
gumampot

Sansaban ku tapui
dit malab kalab
pokitonon ku koyu
koimayaan
timan imanon ku
id pomogunan
okon koh ii
munung nopo

Monday, June 21, 2010

当我的心被卡住?

我很抱歉家伙...我是一个心脏病突然发作小心警惕现在想死..现在..为什么这种事发生在我的情怀?

他们说,事情发生在你的生活会改变自己,让你更比以前更好..但是,我不认为我要改变我生活的方式现在,因为它的幸福..请帮助我吧,上帝!

你们当中有些人也许知道这些..但你们当中有些人不要!不过,我很高兴,至少,在我表达我的感觉,我就不需要得到很多有趣的脸回到我身边..我知道..我更清楚..我说什么刚才?我就是这么讨厌吗?

没关系,就这样下去啊... :-(

只是让我和我心爱的人知道这个..我很高兴,她总是跟我,不管需要什么..感谢亲爱的..我爱你这么多..相信我亲爱的,亚历山德罗拉赫曼一切只不过是自己只是..我是你的私有财产..好吗?我是你永远永远..永远不要忘记,即使艰难..我骂你,我,在你生气..那并不意味着我恨你..我爱你..那的原因。我很抱歉..亲爱的..很抱歉..我不意味着它的意思是..我不伤你的心..请原谅我..


从尖叫..我的最后一滴可怕你的丈夫-里奇..

Sunday, June 20, 2010

Official Father's Day and Ending Of Happy Holiday?

Hi guys..how are you? Hope you did fine today, in what ever you're been doing okay?

Just want to make a great yell again "HAPPY FATHER'S DAY!!!!"..he..he..this is the official one yeah..check my other entry of Father's Day,here.

Yeah..now..its 100 celebration of Father's Day!!!

I LOVE YOU DAD..^____^

We had celebrate it early than the actual date..ha..ha.., but its still worth right?

Yeah..thats the spirit guys..so..to anyone who still have their dad, that not yet celebrate Father's Day, go and celebrate with your dad..okay?

If you cant make a party or suprise for him, just say this simple words "Father, I'm sorry. I Love You Dad. Happy Father's Day."

I'm sure..that is enough for him..hmm..but if you can..try to cook for him, or buy new clothes yeah..

he..he..Father's Day On Sunday...

____________________________________________________________________________________

Okay guys, now lets talk about holiday..urgh?..ha..ha..its finish okay..all over..3 weeks time had end tonight..so say pause to whatever you doing right now, start to think about tomorrow morning..

You will go to class..and yeah..study smart and study focus..

Now, its the turn to get some A's for your subject..dont miss it guys..

All the best for UPSR, PMR, SPM and STPM student this year..good luck guys..do the best..make your parents, school, country proud of you..and of course, pray a lot and study a lot too..achieve your dream..we had nothing in our hand, except our knowledge in our mind, soul and body..learn new thing, convert it to your daily routine and its become your habits..search for the good knowledge indeed yeah..

I also faced these exam before..i know how its feel..:-)

GOOD LUCK!!!

Now..i'm already at Uni..trying my best to achieve my dream..to become a good teacher..yeah..^____^..smile a lot. :-)..he..he..

Journey To Remember?

********Generate With Auto Posting********

Hi there!

Sorry, i have been so busy right now, just log in, blog walking and say hi to some friends..(i cant cover all my friend list..sorry..because i dont have enough time for now..)

Even this is posting through Auto Posting..thanks to Uncle Auto anyway..ha..ha..i manage to set up a few auto posting article..just stay tune guys..^__^

Yesterday, Saturday..19 Jun 2010, i had my class replacement at OUM..so like usual, i drive and manage to reach there before the class start..the road was J.A.M again and yeah..i drive so slowly yesterday..just between 60Km/Hour and 75Km/Hour i guess..ha..ha..i just remember the road ads campaign "Sayangilah Diri Anda, Ingatlah Orang Yang Tersayang"..and yeah..i agree with that..

What is the point to drive so fast if its cost your life right?

Silly me, actually, i also drive fast..about 100Km/Hour..and sometimes its reach 110Km/Hour..oh my god..its so fast right? ha..ha..by the way.. i only drive kancil you know..i bet if someone sit beside me will contionusly praying while i'm driving..ha..ha..

But, now i only want to drive at least 80Km/Hour or below that level..something happen and its scary me a lot..yeah.. i do scary..ha..ha..but i guess i dont have to tell you what happen right? Just remember your beloved one, your family, you still have another mission on this planet..

If i want to die, i want to die at age 100..hope so..

Bye..