Monday, January 10, 2011

Selamat Tahun Baru 2011.

Selamat malam semua, rasanya kita masih dalam mood tahun baru 2011, masih kuat berazam lagi, mana yang berazam, usahakan sehingga berjaya ya, yakin boleh!

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat kita semua, warga Malaysia khususnya dan semua penduduk dunia. Tahun ini dalam kalendar cina adalah merupakan tahun arnab.

Hampir sejam juga, saya godek sana sini untuk mencari template baru untuk tahun ni, akhirnya jumpa juga, serba kebiruan, sama dengan warna kegemaran saya, biru.

Tapi, kerja tak selesai disitu, kenalah edit sana dan sini sikit baru perfect, akhirnya selesai juga bab edit mengedit, baru nak buat first entri untuk tahun ni. ^__^

Kuliah dah nak start balik dua minggu lagi, hari ahad ni, dah nak ambil modul. Bermula lagi kehidupan study seorang pelajar, tak mengapa, tinggal dua tahun sahaja lagi, sebelum tamat pengajian. Harap-harap tak ada apa-apa masalah lah kan, berdoa kita pada yang Maha Kuasa.


Dah buat satu image simple untuk tahun baru 2011 ini, semoga kita terus berjuang dalam kehidupan seharian kita, tabah menghadapi apa jua masalah yang mendatang dan sebagainya. Percayalah, hidup kita ini penuh dengan misteri, kita tidak tahu apa yang bakal berlaku esok, selagi kita masih berkesempatan, marilah kita jalani hidup ini dengan penuh jujur dan amanah, kita diberikan hidup, jalanilah ia dengan sebaik mungkin, kerana kita tidak pernah tahu, bila mana 'hidup' kita ini akan ditarik kembali.

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia! Ya, slogan penuh semangat untuk tahun ini, 2011. Walaupun bermacam macam perkara berlaku pada kita!

Kita berdiam diri dan renungkan sejenak diri kita ini, adakah selama ini kita saling bertengkar, saling bergaduh dan bertelagah sesama sendiri sehingga ada pihak ketiga tanpa kita sedari mendapat manfaat dan untung dari hasil persengketaan yang kita sendiri bina.

Renungkanlah peristiwa-peristiwa lampau, yang telah menjadi gulungan dan lipatan sejarah, agar tidak berulang kembali dan merosakkan negara kita yang tercinta ini. Hidup Malaysia!

p/s- Daripada saling bersengketa, ada baiknya kita berdamai sesama sendiri, bukankah begitu sahabat semua?

No comments:

Post a Comment