Salam kepada pembaca semua, sebaiknya anda mengetahui siapa penulis di blog ini sebelum anda membaca post-post yang ada disini.
Nama saya, Alessandro Rahman, seorang lelaki berusia 22 tahun dari Tamparuli, Sabah. Dipanggil dengan pelbagai nama samaran, iaitu Ali, Ale, Lee, Li, Ales, Les, Sandro oleh rakan-rakan saya, manakala nama manja yang dipanggil oleh keluarga saya adalah Richie. Sedang dalam perjalanan saya dalam usaha merangkul segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Anak sulung dari enam adik beradik.
Blogging bukan sekadar hobi atau mengisi masa lapang tetapi sebagai salah satu platform bagi saya untuk mengasah bakat dalam bidang yang amat saya minati iaitu penulisan, saya juga merupakan seorang penulis sambilan yang telah menghasilkan berpuluh cerpen, sajak, puisi, pantun nasihat dan lain-lain. Kini, saya dalam usaha keras untuk menulis beberapa buah novel dan bakal diterbitkan tidak lama lagi. Ingin lihat sebab saya berblogging? Klik Sini
Mendapat pendidikan awal di SK Lingga Baru Tamparuli, Sabah, sebuah sekolah luar bandar yang kecil, kini sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah cemerlang atau cluster school di daerah Tamparuli khususnya. Pada tahun 2007, sekolah ini mendapat tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia membuat lawatan rasmi ke beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Bandar Bersejarah, Melaka. Saya bersekolah di sekolah ini dari 1994 sehingga 2000. Saya mula belajar di darjah satu seawal usia 6 tahun dan kemudian pada usia 7 tahun, sekali lagi saya belajar di darjah satu. Ibu saya, Cikgu Francisca merupakan guru kelas tahun 1 ketika itu, malah sehingga sekarang beliau masih memegang jawatan guru tahun 1, bayangkan sejenak berapa lama ibu saya memegang jawatan tersebut sehingga kini, hampir 16 tahun. Ayah saya pula Cikgu Rahman memegang jawatan Penolong Kanan 1 dan kemudian Penolong Kanan HEM sekolah, mengajar Bahasa Inggeris.
Pada tahun 2001, saya mula memasuki alam sekolah menengah, belajar di sebuah sekolah menengah iaitu SMK Tamparuli, Sabah. Sekolah ini juga sekarang antara salah satu sekolah cemerlang di Sabah. Tujuh tahun saya bersekolah di sekolah ini bermula dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan enam atas, situasi dan suasana sekolah sudah cukup saya kenali. Bermula 2001 sehingga 2003, saya pernah tinggal di Asrama Sekolah SMK Tamparuli memandangkan ketika itu kami sekeluarga masih tinggal di Rumah Guru di SK Lingga Baru Tamparuli.
Pada bulan Ogos 2003, saya telah keluar dari Asrama, memandangkan kami sekeluarga mula tinggal di Taman Perumahan Gunung Emas, Tamparuli Sabah. Dari Taman perumahan inilah, ibu dan ayah saya yang hingga kini masih mengajar di SK Lingga berulang alik saban pagi naik ke SK Lingga Baru (kawasan bukit) untuk mengajar.
Tingkatan 1 - 1 Nusantara [2001]
Tingkatan 2 - 2 Angsana [2002]
Tingkatan 3 - 3 Angsana [2003]
Tingkatan 4 - 4 Nusantara [2004]
Tingkatan 5 - 5.7 (bermulanya penukaran nama kelas) [2005]
Tingkatan 6 Rendah - 6.1.2 [2006]
Tingkatan 6 Atas - 6.2.2 [2007]

Terlalu banyak kenangan saya disana, terlalu banyak nama guru yang akan sentiasa saya kenang dan ingati sepanjang umur hayat saya ini, antaranya Cikgu Julian Umpol, Cikgu Roy Eduardo, Cikgu Sofia, Cikgu Jumainah, Cikgu Sarkauvi, Cikgu Dennis, Cikgu Leejaiti, Cikgu Raineh, Cikgu Liew, Cikgu Duaim, Cikgu Pius, Cikgu Dolistina, Cikgu Dulita, Cikgu John Sitorus, Cikgu Hashim, Cikgu Sahidah, Cikgu Siti Faridah, Cikgu Esther, Cikgu Razak, Cikgu Azlan, Cikgu Cindy, Cikgu Ismariwan, Cikgu Juanis Badin, Cikgu Beldin, Cikgu Khadtijah, Cikgu Shamsul....dan nama ini berterusan...maafkan saya guru-guruku semua, yang saya tak dapat masukkan disini. ^__^, jasa-jasa cikgu-cikgu semua tak akan saya lupakan sehingga saya mati.
Dan kawan-kawan seperjuangan saya di SMK, Johnson Foo, Andry Chin, Suhairi Kanam, Nikolaus Alun, Azlan, Alif, Cliff, Fareez, Raymond, Nick, Presley, Cheng, Faezan, Amirul dan lain-lain, semoga kita semua berjaya dalam kehidupan dan arus perjalanan kita masing-masing.
Seterusnya pada awal tahun 2009, saya mula masuk ke OUM, dekat Jalan Lintas Sabah dan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains yang akan mengambil masa pengajian selama 4 tahun setengah.
Saya mempunyai basic pengetahuan tentang Information Technology, belajar IT dari 2004 sehingga 2007 selama 4 tahun.
Turut mempunyai kemahiran membuat ecover untuk ebuku, design logo, trademark, template ebuku, banner dan lain-lain design.
Bakal mengeluarkan sebuah ebuku tentang panduan designer dan akan mula dijual pada umum sedikit masa lagi.
Mempelajari dua seni mempertahankan diri utama iaitu silat dan karate, malah turut mempelajari beberapa seni mempertahankan diri secara sampingan seperti tai chi, kung fu, silambam, tae kwan do dan lain-lain, turut mempelajari Tendai, Reiki, Ilmu Tenaga Dalam, Ilmu Minda dan Visualisasi, Kuasa Hukum Tarikan serta pelbagai himpunan ilmu-ilmu menarik lainnya.
About Karate
Dojo tempat saya berlatih karate adalah di Dojo Tamparuli, Shotokan Karate yang turut dikongsi bersama sebagai dewan latihan bagi Tae Kwan Do. Sensei kami adalah Sensei Richard Ajax, seorang sensei yang dedikasi dan handal serta arif dalam senibela diri, salah seorang Sensei bertauliah di Sabah. Sekadar info, karate ada banyak aliran dan aliran kami adalah shotokan, prinsip karate adalah bagaimana memanipulasikan kekuatan dan gerakan tangan, kaki, badan untuk mengalahkan lawan kita.
Terdapat 5 Kata Asas Karate yang dipanggil Heian dan dipanggil Heian Kata iaitu Heian Shodan, Heian Nidan, Heian Sandan, Heian Yondan dan Heian Godan.
Famous Technique Kata pula adalah seperti Bassai Dai. Setiap kata dibentuk dan direka sedemikian rupa untuk membina satu form defense dari serangan beramai ramai antara 3 hingga 5 orang, sebab itulah dalam karate yang dipentingkan adalah basic dahulu kerana dengan mempelajari basic, advance tidak akan ada masalah untuk dipelajari.
Latihan Karate Shotokan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu Kihon, Kata dan Kumite. Kihon adalah basic, Kata adalah rangkaian form defense manakala kumite pula adalah seni sparring atau tempur, dibahagian inilah kihon dan kata diaplikasikan.
Kihon/Basic stepping bagi Shotokan ada 3 iaitu Zenkutsu Dachi atau Forward Stand, Kokutsu Dachi atau Back Stand dan Kiba Dachi (sound i disilentkan bila disebut)
Serangan Groin Lock pula adalah Gedan Barai, bertujuan untuk mengelak tendangan dan kemudian dibalas dengan tumbukan oi-zuki. Memahami basic karate amat penting sekali supaya semua stand, posisi dan lain lain dilakukan dengan betul, setelah itu untuk memantapkannya memerlukan latihan demi latihan kekerapan bagi meningkatkan kelajuan.
Jika dilihat, hampir kesemua teknik-teknik karate didahulukan dengan defense skill dahulu sebelum attack skill, ini sangat penting untuk difahami oleh para pengamal karate, adalah merbahaya sekiranya menyerang dahulu kerana penyerang kebiasaannya terdedah kepada pelbagai serangan balik, adalah lebih baik menunggu dan defense.
Seboleh-bolehnya ahli karate harus mengawal kesabaran mereka terutamanya sekiranya dicabar, ini kerana latihan karate yang keras dan jitu menyebabkan tangan-tangan mereka menjadi keras, ditambah dengan mempelajari seni philosopy yang mengajar bagaimana seni mempertahankan diri berlaku di dunia nyata. Ianya dipanggil bunkai iaitu dimana fungsi kata dilatih, begitu juga dengan basic, disinilah ahli karate diajar bagaimana hendak self defense bila diserang dengan pisau, belati, parang, pistol dan sebagainya mengikut situasi dan keadaan, dalam bahagian ini biasanya diajar bagaimana memanipulasikan kekuatan lawan untuk menjatuhkannya tanpa memerlukan tenaga yang banyak, cukup dengan pengetahuan titik kelemahan sahaja.
Bunkai menjadi salah satu favourite saya kerana diajar bagaimana hendak self defense bagi 1 lawan 1, 1 lawan 2, 1 lawan 3 dan seterusnya mengikut level. Malah Bassai Dai dicipta khas untuk pertempuran melawan musuh yang ada parang atau samurai di pinggang.

--------------------------------------------------------------------------------
Saya sekarang adalah sebagai seorang penulis, usahawan, pemilik bisnes, bakal usahawan internet, pelajar dan seorang blogger yang menerima pendapatan sampingan dari blog.
Bagi saya, tidak ada yang mustahil asalkan kita tetapkan matlamat dan fokus pada impian kita itu.
Ingin mempelajari Reiki? Klik Sini (Master Syed Mansor)
Ingin mempelajari Tendai? Klik Sini (Master Hadzrin) atau Klik Sini (Doktor Keegan)
Rasanya hanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan serba sedikit mengenai diri ini, sekiranya ada yang anda ingin tahu lebih lanjut mengenai saya, bolehlah ajukan terus
Email : Alessandrorahman@ymail.com
atau boleh add saya di facebook saya di
Facebook : Alessandrorichie
------------------------------------------------------------------------------
Kisah dan Cerita Hidupku Melalui I-Album Didozel Dot Com