Monday, April 5, 2010

Tarik duit dengan duit?

Pernah dengar Ilmu Tarik Duit atau Ibu Duit? Tentu anda pernah jika anda peminat ilmu metafizik atau seorang yang gemar untuk mencari info-info bagaimana nak kaya dengan cepat dan segera. Tahukah anda? Terdapat segelintir orang yang mendakwa mereka mempunyai ilmu tarik duit ni sebenarnya penipu?

Mengapa saya katakan demikian? Sebab mereka letakkan harga yang terlalu mahal sehingga mencecah ratusan ringgit untuk satu keilmuan tarik duit dengan alasan setelah anda memiliki ilmu tersebut, duit yang anda laburkan akan anda perolehi semula dengan senang. Boleh percaya ke?

Mereka tunjukkan yang mereka kaya dan hebat, dengan kereta mewah supaya orang percaya..he..he..tapi memanglah kaya dan hebat tapi bukan dengan Ilmu duit tapi dengan ilmu penipu..mana tidaknya, duit para mangsa yang digelapkan, memang penuh poket, kalau mangsa sampai 1000? Lagi lah boleh jadi jutawan terus.

Nasihat saya, jangan mudah percaya dengan ilmu tarik duit ini, sebaiknya siasat dulu, jangan senang-senang nak labur sehingga ribuan ringgit.

Nanti dulu, walaupun saya kata ada yang tipu, tapi yang best didengar adalah memang ada juga ilmu tarik duit yang hebat, murah dan berkesan tapi ianya mahal dari segi nilai, mahal sebab anda harus korbankan masa anda. Sanggupkah anda? Kesabaran dan pasrah adalah kuncinya.

Inginkan ilmu ini? Boleh, tiada salahnya. Saya tunjukkan cara dan tekniknya pada semua.

Ilmu yang saya maksudkan bukan dengan jampi serapah atau lain-lain tetapi menggunakan kekuatan minda bawah sedar, niat, affirmasi dan teknik-teknik kawalan minda lainnya.

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :

1- Diri anda yang yakin dan penuh semangat.
2- Wang Kertas RM 100. (Nak duit syiling boleh, tapi konsepnya umpan besar, hasil besar..he..he..kalau nak letak RM 1 pun boleh..)
3- Minda yang positif dan tenang.

Teknik dan cara-caranya.

1- Berdoa kepada Tuhan dan berterima kasih atas duit yang banyak.
2- Pegang duit tu dan tenung dalam-dalam..niatkan dalam hati dan lontarkan kata-kata… “Duit ini menarik sebanyak sepuluh kali ganda jumlahnya setiap kali aku menarik nafas dan menghembus nafas.” Katakan dengan yakin, santai dan pasrah.
3- Bayangkan setiap kali anda menarik nafas dan membuang nafas, duit itu menarik sebanyak sepuluh kali ganda nilainya dan bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas duit yang dianugerahkan kepada anda itu.
4- Teknik syukur, pasrah, santai dan tenang harus digabungkan sebaik mungkin.
5- Jangan gunakan perkataan ‘akan menarik’ tetapi bayangkan dengan pasti saat itu, duit anda itu memang benar-benar menarik duit sepuluh kali ganda nilainya.
6- Anda pasti terkejut dengan hasilnya.
7- Cuba lakukan ini sebanyak 3 hingga 4 kali sehari selama sebulan(terdapat juga yang mungkin memakan masa dan ada juga yang lebih cepat). Rezeki akan datang dengan melimpah ruah melalui jalan yang tidak kita ketahui.

Anda perlu tahu bahawa konsep ini adalah konsep berteraskan kuasa minda.

Teknik ini adalah yang termudah sekali, harap-harap dapat membantu anda. So, aplikasikan ilmu ini dengan sebaik-baiknya ye, jangan ambil mudah, biarpun nampak simple dan ringkas, tapi teknik ini adalah benar dan telah terbukti. Ilmu ini percuma buat anda. Salam Ceria.

*Ini kalau nak tarik duit dengan duit, pada post yang lain saya akan kongsikan teknik bagaimana nak tarik duit dengan minda pula (teknik ini guna minda juga tapi tanpa ada medium duit-semua teknik saya melibatkan kuasa minda)
*Medium wang ini digunakan sebagai membantu mereka yang belum mahir bervisualisasi untuk berlatih, nak tarik duit kena ada duit real depan mata..he..he..


(Teknik ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata)

25 comments:

  1. wow... hebat.. betul tu.. ilmu ni mmg berkesan. yg paling penting niat kita betul bersamaan dengan keyakinan yang kuat kepada Allah s.w.t biler dh berjaya jngan lupa bersyukur..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih admin atas pengkongsian ilmu. Senang dan free....

    ReplyDelete
  3. terima kasih saya akan cuba..moga dgn tips ini saya harap enk dapat berkongsi lagi dengan umum...saya nak tahu detals boleh watshhp saya 012-9450602

    ReplyDelete
  4. mcm best je... rasa nak try lah...terima kasih kerana pengkongsian ini

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas ilmu yang diberikan insyallah saya akan cuba!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Semoga diri saya, diri admin dan semua kengkawan dlm blog ini mendapat manfaat melalui ilmu ini. Amin... I am Millionaier..

    ReplyDelete
  7. Nak cuba juga...insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mana?? dah try ke?? menjadi tak?? kalau menjadi sy nk try juga

      Delete
  8. Tak senang menjadi senang
    Tak susah menjadi susah

    ReplyDelete
  9. Tak senang menjadi senang
    Tak susah menjadi susah

    ReplyDelete
  10. Qabiltu, Tuan Master. Mohon keikhlasannya untuk amalkan Alhamdulillah alamin....

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian semoga dibalas ganjaran kebaikan Tuan...

    ReplyDelete
  12. ETHTRADE
    💰💰💰WORLD's BEST CRYPTO CURRENCY TRADING COMPANY. ETHTRADE BITCOIN/ETHEREUM IS A REAL PLATFORM INVESTMENT AND NOT HYIP PROGRAMED. ETHTRADE ACTIVITY IS SELL AND BUY DIGITAL COINS AT WORLD WEB TRADE AND OFFICIAL REGISTRATION OFFICE AT HONG KONG.
    THE BEST .. LONG TERM BUSINESS ... STABLE N TRUSTED
    THE REAL COMPANY WITH THE REAL ACTIVITY..

    https://ethtrade.org/@821745

    https://ethtrade.io/@821745
    ✔ not hyip
    ✔ since April 16, 2016
    ✔ More than 150k member

    ☆25% monthly profit♡up to 30% by compounding.
    ☆ Average Daily profit 1% ( Monday - Friday )
    ☆Affiliate Bonus from a deposit of investor which was invited by you:
    First line 10%-3%-1%-1%-1%
    ☆Affiliate Bonus from the profit of investor which invited by you:
    First line 7%-3%-3%-1%-1%

    ✔ Automatic re invest (compounding)
    ✔ Lifetime contract
    ✔ invest in cryptocurrency trading with professional Team
    ✔ Start your portfolio with only 10$
    ✔ Use Bitcoin/Ethereum/Advcash
    ✔ Withdraw your profit or your investment anytime you want
    ✔ Marketing plan is very good for long term
    ✔ Build your team to get more benefits
    JOIN NOW!!! DONT LEFT BEHIND!!! REAL PASSIVE INCOME!!!LET YOUR MONEY WORKS FOR YOU!!!
    Join now .. free register : https://ethtrade.org/@821745

    ReplyDelete
  13. Terima Kasih dan izinkan supaya untuk amalkan..

    ReplyDelete
  14. I am definitely enjoying your website. You definitely have some great insight and great stories.
    blockchain startups sacramento

    ReplyDelete