Friday, January 28, 2011

Bagaimana Menguatkan Tumbukan Tangan?

"Bagaimana jika kita hendak menguatkan kekuatan tumbukan kita?"
Soalan ini lazim ditanya oleh para pelatih seni bela diri yang tentunya ingin tumbukan mereka menjadi lebih kuat dan padu, lebih dari biasa.

Dalam seni Jepun, ada diberikan latihan khusus iaitu Makiwara, makiwara adalah seni mengeraskan penumbuk serta menguatkan stamina dan tenaga dalam menggerakkan kekuatan tumbukan.

Bagaimanapun, untuk menjalani latihan makiwara, ada risiko yang perlu ditanggung oleh pelatih, iaitu kesakitan!

Latihan makiwara merupakan latihan menumbuk atas permukaan rata seperti batu, simen atau papan, manakala di peringkat advance pula, makiwara dijalankan menggunakan methos pasir kerikil yang agak tajam.

Peringkat awal menjalani latihan makiwara akan menyebabkan penumbuk anda mengelupas dan bonjolan tulang anda sedikit luka, bagaimanapun minggu demi minggu, anda akan mendapati tangan dan penumbuk anda menjadi semakin kuat.

Keghairahan untuk berjaya dalam latihan ini adalah impian setiap orang, kerana setelah menjalani latihan ini, mungkin selepas setahun hingga lima tahun lamanya, anda akan memiliki the death chudan iaitu cudan maut, kerana penumbuk anda akan menjadi berat serta berbisa jika dipukulkan pada badan lawan anda, malah dengan hanya tangan anda, anda mampu mematahkan besi waja.

Walau pun begitu, latihan jitu, berterusan, bersemangat dan berdisiplin adalah kunci kejayaan melatih makiwara. Sekirnya anda membuatnya dengan betul secara rutin, dalam masa lima tahun, tumbukan anda pasti menjadi antara salah satu sebab mengapa anda digeruni di gelanggang seni bela diri.

Monday, January 10, 2011

Selamat Tahun Baru 2011.

Selamat malam semua, rasanya kita masih dalam mood tahun baru 2011, masih kuat berazam lagi, mana yang berazam, usahakan sehingga berjaya ya, yakin boleh!

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat kita semua, warga Malaysia khususnya dan semua penduduk dunia. Tahun ini dalam kalendar cina adalah merupakan tahun arnab.

Hampir sejam juga, saya godek sana sini untuk mencari template baru untuk tahun ni, akhirnya jumpa juga, serba kebiruan, sama dengan warna kegemaran saya, biru.

Tapi, kerja tak selesai disitu, kenalah edit sana dan sini sikit baru perfect, akhirnya selesai juga bab edit mengedit, baru nak buat first entri untuk tahun ni. ^__^

Kuliah dah nak start balik dua minggu lagi, hari ahad ni, dah nak ambil modul. Bermula lagi kehidupan study seorang pelajar, tak mengapa, tinggal dua tahun sahaja lagi, sebelum tamat pengajian. Harap-harap tak ada apa-apa masalah lah kan, berdoa kita pada yang Maha Kuasa.


Dah buat satu image simple untuk tahun baru 2011 ini, semoga kita terus berjuang dalam kehidupan seharian kita, tabah menghadapi apa jua masalah yang mendatang dan sebagainya. Percayalah, hidup kita ini penuh dengan misteri, kita tidak tahu apa yang bakal berlaku esok, selagi kita masih berkesempatan, marilah kita jalani hidup ini dengan penuh jujur dan amanah, kita diberikan hidup, jalanilah ia dengan sebaik mungkin, kerana kita tidak pernah tahu, bila mana 'hidup' kita ini akan ditarik kembali.

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia! Ya, slogan penuh semangat untuk tahun ini, 2011. Walaupun bermacam macam perkara berlaku pada kita!

Kita berdiam diri dan renungkan sejenak diri kita ini, adakah selama ini kita saling bertengkar, saling bergaduh dan bertelagah sesama sendiri sehingga ada pihak ketiga tanpa kita sedari mendapat manfaat dan untung dari hasil persengketaan yang kita sendiri bina.

Renungkanlah peristiwa-peristiwa lampau, yang telah menjadi gulungan dan lipatan sejarah, agar tidak berulang kembali dan merosakkan negara kita yang tercinta ini. Hidup Malaysia!

p/s- Daripada saling bersengketa, ada baiknya kita berdamai sesama sendiri, bukankah begitu sahabat semua?