Wednesday, October 31, 2012

5 Bulan Bersama Cyber DK COM

Selamat pagi dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Banyak perkara yang telah berlaku yang telah mematangkan diri ini. Begitu banyak pengajaran dan pelajaran yang telah diperolehi. Bagaimana dengan anda semua?

Sedar tak sedar dah lima bulan saya kerja di Cyber DK Com, di pekan Tamparuli, Sabah.

Adakah bulan ini akan menjadi bulan terakhir aku kerja di DK COM atau nak sambung kerja sebulan lagi sebelum berhenti..hmm..banyak juga nak kena fikir ni.. :-)

Apapun, lepas ni nantikan update update baru dari saya sebab lepas ni saya akan kongsikan topik menarik terutama berkaitan dengan Dunia Online aka Internet.

Salam mesra dari saya. ^___^

Tuesday, July 31, 2012

Nak cakap pasal apa ye?

Hmm..tak taulah nak cakap pasal apa buat masa ini..exam pun dah datang ni..hari sabtu dan hari ahad ni exam lagi..fuh...exam dan exam melulu..ha..ha..sekarang aku kerja kat dk com, kedai cyber milik seorang guru..dah 2 bulan rasanya..sekejap masa berlalu kan..kalau nak kenal lebih lanjut, rajin rajinlah cari kat tab di atas ya..rasanya tab penulis tu dah huraikan tentang aku..walau pun mungkin belum menyeluruh lagi..adios..

Semuanya serba baru..

Custom Domain aku dah tamat iaitu Didozel Dot Com, hmm..nak sambung ke tak? fuh..jenuh juga aku nak tukar template segala demi memulihkan iklan nuffnang aku ni..baru nak edit balik apa-apa yang hilang dari sini..hmm..okaylah..sekian dulu..jom buat duit he..he.yang penting halal dan tak menyusahkan orang lain..kan?

Oh ya..selamat berpuasa bagi yang beragama Islam..dah berhabuk rumah online aku ini.

Kenapa Dengan Iklan Nuffnang Aku?

Hmm..apa agaknya yang terjadi ya? Semuanya dah disemak, semua betul tapi masih juga aku keliru, kenapa dengan iklan nuffnang aku ni? Padahal, url semua betul..hmm..

Friday, February 17, 2012

Happy Birthday Nuffnang! (5 Tahun)

Wah, hari ni excited nak bagitahu ni...Nuffnang yang kita semua sayangi akan genap berusia Lima Tahun tak lama lagi!..Yeaaayyy..happy tak? Jom check mini banner Nuffnang kali ni...jeng..jeng..


Lawa tak? he..he..ini copy paste dari email..hmmm..jauh..sayang tak dapat datang..huhu..

Tak mengapa, saya wish dari jauh je okay? Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday, happy birthday, happy birthday to Nuffnang...muaaahhh..I love you Nuffnang..he..he..

Ini ada sajak khas untuk Nuffnang..

Tajuk : Si Nuffnang Biru.

Nuffnang...ohh..Nuffnang..
Engkaulah teman sejati blog kesayangku ini,
ketika domainnya dah nak habis,
engkau lah yang setia menghulur bantuan,
engkau sumbangkan fulus untukku teruskan perjuangan di blogku ini,
Ohh..Nuffnang biru, bila aku melihat dirimu masih menyinar di blogku ini,
hati jadi berbunga-bunga, kerana ku tahu, engkaulah sahabat sejati,
aku juga tak pernah menduakanmu, ku setia dari dulu hingga sekarang..
Ku harapkan semoga engkau terus kekal memberikan kasih sayangmu,
pada kami yang memerlukanmu, biar sedikit lama lama jadi bukit.
Asal boleh juga kami cash tiap-tiap hujung bulan.

p/s- sajak versi spontan.. :-)

Monday, February 13, 2012

Salam Untuk Tahun 2012! & Domain Percuma Lagi?

Selamat malam. Hai semua! Apa khabar anda disana? Pertama-tama, maafkan kami kerana sudah lama membiarkan blog ini sepi tanpa sebarang update, masing-masing sibuk di luar. Sedar tak sedar, sudah pun tahun 2012..sudah 2 tahun usia blog ini..he..he..kalau bayi masih merangkak lagi..masih baru dan masih mentah dalam mengharungi arus blogging tanah air. (orang lain, sebelum 2012 dah ucap tahun baru, ini sudah 13/02/2012 baru nak ucap..haish..nasiblah.)

Kembalinya saya (penulis blog) dalam area penulisan ini adalah untuk menunaikan janji Master D..janji harus ditunaikan ye tuan-puan..he..he.. :-)

Saudara/i pemilik Blog Kalam Hati, Tahniah! Anda menang DOMAIN PERCUMA!. Boleh lihat blog beliau di Kalam Hati Blog.

Entri beliau yang menyebabkan beliau layak menerima Domain Percuma ini.

http://intizhar-kalamhati.blogspot.com/2010/10/lagi-domain-giveawaygiveaway-domain.html

"Sebenarnya Giveaway Domain ini sudah pun lama ditutup secara rasmi dengan pemenang yang telah pun mendapat domain, bagaimanapun atas sebab Master D telah berjanji akan memberikan domain percuma ber duration setahun pada semua yang join, maka kami akan menunaikannya secara satu demi satu."

So, kepada pemilik Blog Kalam Hati, sila email saya di Alessandrorahman@ymail.com dengan title "Claim Domain Free". Kemudian saya akan terangkan pada anda bagaimana hendak claim free domain (tempoh setahun) ini. Itupun kalau anda masih inginkan domain ini. Cabutan telah di buat oleh wakil komuniti Blog Didozel Dot Com dan nama anda yang bertuah naik dalam cabutan ini.

-Tahun 2012 adalah tahun Naga Air menurut Kalendar Cina, tahun penuh daya saing dan usaha"
-Pada blogger yang hendakkan Domain Percuma, teruskan santai bersama kami, kerana kami akan memberikan lagi Domain Percuma selepas kesemua blogger yang layak mendapat domain telah mendapat domain percuma mereka.--Sampai jumpa di lain coretan semua, selamat malam, mimpi indah..^___^