Friday, November 12, 2010

Pengalaman “Menggegarkan” di Stompin Sabah 2010.

Stompin Sabah 2010 benar-benar telah ‘menggegarkan’ Jesselton Point Kota Kinabalu Sabah, pada 6 November 2010, sabtu yang lalu. Saya telah bergerak dari Tamparuli seawal jam 4.50 petang dan tiba di Jesselton Point (Jesselton Port), menghampiri jam 6 petang.

Ketibaan saya disana menyaksikan Jesselton Point dibanjiri dengan orang ramai. Hujan mencurah-curah turun seawal jam 4 petang dan menjadi semakin lebat. Ramai orang sedang berteduh menanti kemasukan ke Stompin Sabah 2010 dibuka.

Terdapat gerai celcom dibuka dan selepas berjaya mendapatkan tempat berteduh, saya menghubungi Encik Hafidz untuk mendapatkan tiket-tiket free tajaan Nuffnang. Mulanya ingat ada sebelas tiket, rupanya sepuluh saja.

Sungguh menggembirakan sekali bila mendapat tahu tiket-tiket tersebut adalah untuk VIP. So, seperti yang diberitahu ada tempat berteduh, hujan pula memang semakin lebat saja.

Sementara menunggu pintu masuk dibuka, saya berdiri, memerhati gelagat mereka yang lalu lalang, mereka seakan tidak sabar menunggu untuk masuk. Bermacam ragam, gaya dan gelagat.

Pengumuman dibuat dan kemasukan adalah pada jam 7.00 petang. Masing-masing yang ada disana terus sahaja berkumpul di depan pintu masuk, tak sabar nak saksikan Stompin Sabah 2010 memulakan tirainya, mereka tetap bersemangat biarpun hujan.

Saya menunggu ketibaan rakan-rakan yang turut bersama untuk menyaksikan Stompin Sabah 2010. Selepas mereka tiba, kami bergegas masuk, tak sabar nak tengok live konsert Stompin Sabah 2010.

Hujan pula semakin kuat dan kami dah basah kuyup. Tapi syukurlah VIP ni ada tempat duduk dan berteduh, namun tetap basah sebab terlalu banyak orang di tempat VIP, masing-masing bersesak-sesak berteduh dari hujan namun mata tetap di pentas utama.

Stompin Sabah 2010 mula digegarkan oleh battle of the band dan kemudian diikuti band-band lain.

Antara yang sempat saya ambil video dan gambar (hujan kuat sangat time ni, dahlah begitu, saya di belakang sekali, tak dapat nak cari spot yang sesuai untuk ambil video dan gambar)

Aksi bahaya memakan api juga memukau para penonton yang hadir ketika itu.

Persembahan bertenaga Wicked Batucada begitu memukau saya dan rasanya begitu juga dengan pengunjung yang lain.

Persembahan dari Kulahig juga tidak ketinggalan mendapat sorakan dan teriakan penonton.

Tidak ketinggalan juga, artis dari sabah yang pernah menyertai Akademi Fantasi iaitu Toi ataupun popular dengan nama Toi Angklung, beliau memainkan lagu Nobody Performance, lagu asal oleh Wonder Girls.

Antara gambar-gambar yang sempat di rakamkan semasa menyaksikan Stompin Sabah 2010. (Proses zoom telah membuatkan kualiti gambar tidak berapa baik)








Sungguh teruja sekali menyaksikan permainan angklung yang begitu hebat. Semua yang hadir menumpukan perhatian penuh, tertarik dengan mainan alat musik tradisional, angklung yang dimainkan oleh Toi.



Ratu Rock Malaysia, siapa lagi kalau bukan Ella, turut memeriahkan Stompin Sabah 2010. Sejak dari mula lagi, nama Ella disebut-sebut, beriya-iya benar melihat Ella di atas pentas.

Malam semakin larut tetapi persembahan menjadi semakin hangat. Semakin ramai yang memilih untuk berada di depan pentas dan bersorak dengan lebih kuat lagi.

Bunyi-bunyian semakin meriah, sorakan dan teriakan bersilih ganti dengan musik yang menggegarkan, saya yang berada hampir ketika itu dengan pentas pun merasakan jantung seakan-akan bertambah rancak degupannya.

Persembahan energetik dan bertenaga malam itu benar-benar menghilangkan mengantuk, saya langsung tidak mengantuk sepanjang berada di Stompin Sabah 2010, bagaimanapun, semasa perjalanan pulang, rasa itu mula datang perlahan-lahan, ye lah..dah pagi..he.he..

Pengalaman berada di Stompin Sabah 2010 merupakan pengalaman manis dalam kenangan 2010 ini. Pada yang berada di sana sahaja yang dapat merasai sendiri bagaimana hebatnya Stompin Sabah 2010 dan kepada yang terlepas Stompin Sabah 2010, harap-harap lain tahun, Stompin Sabah akan menggegarkan Kota Kinabalu Sabah sekali lagi.

Semoga di lain tahun, sekiranya ada lagi Stompin Sabah, saya akan dapat lagi datang. Harap Nuffnang akan menjemput saya lagi untuk event-event yang bakal di jalankan di Sabah.

Sempat juga bergambar bersama-sama dengan para blogger Sabah yang hadir ketika itu, walaupun tak ramai sangat, namun berpuas hati kerana akhirnya saling mengenali bila selama ini hanya bertemu di ruangan maya sahaja. (kamera dah kehabisan bateri, jadi guna kamera Si Jericho saja ni..he..he..)



Terima kasih kerana memberikan peluang pada saya untuk menulis mengenai Stompin Sabah 2010 ini dan terima kasih juga kerana memberi peluang untuk saya menulis advertorial post ini. I Love You, Nuffnang. ^__^

Peringatan :
Artikel ini adalah sponsored post oleh Nuffnang. Anda tidak dibenarkan menyalin isi kandungan artikel ini untuk kegunaan blog anda dan untuk mana-mana bahan media. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment