Tuesday, November 16, 2010

Keputusan Rasmi Didozel Domain Giveaway

Selamat pagi semua, semalam dah dapat informasi mengenai kesilapan Cik Miza sehingga menyebabkan entry tersebut telah di delete.

Master D merupakan sponsor utama kami di Didozel Dot Com, manakala saya, Alessandro Rahman adalah penulis blog. Kami bukan orang yang sama. Master D bolehlah dikatakan sumber utama kewangan segala contest/giveaway dan lain-lain untuk blog ini. Malah beliau adalah sifu saya untuk mempelajari mengenai dunia blogging.

Setelah Master D pertimbangkan dengan saksama, maka kami para ahli dalam Didozel Dot Com sebulat suara secara rasminya mengekalkan cabutan sebelumnya.

So, Cik Miza, tahniah! Anda telah memenangi satu domain percuma dari Didozel Dot Com. Tempoh domain ini adalah selama setahun. Kami akan selesaikan urusan domain dahulu dan bila selesai cik akan dapat gunakan domain tersebut untuk blog cik. Harap bersabar ^___^

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimanapun, saya ada berita baik untuk semua yang join Didozel Domain Giveaway ini. Anda semua akan tetap mendapat domain!

Ya benar! Ini adalah janji dari Master D sendiri. Jangan padam entri anda dahulu kerana Master D berbesar hati akan memberikan 14 blogger yang turut serta dalam Didozel Domain Giveaway ini, domain percuma!

Sama seperti sebelum ini, setiap bulan, cabutan akan di lakukan antara 1 hingga 3 cabutan. So, jangan risau, anda pasti akan dapat domain, namun kena sabar sedikit. ^___^

Tarikh cabutan akan diberitahu pada bila-bila masa sahaja. Bagaimana? Suka tak?

"Tidak ada yang akan kecewa semasa saya yang buat giveaway"
                                                            kata-kata pujangga Master D

Master D memang sempoi lah...he..he..

p/s- Saya pula sibuk dengan persiapan hendak ke Kuching, Sarawak pada 19 November ini... :-)

No comments:

Post a Comment