Monday, November 15, 2010

Keputusan Didozel Domain Giveaway Tergantung?

Selamat malam semua..hari ini merupakan hari yang melelahkan, mendebarkan dan sungguh mengujakan. Hari ini temuduga SPA 8.

Okay, entri ni bukan nak cakap pasal SPA 8..he..he..tetapi mengenai keputusan domain giveaway.

Cabutan telah pun dibuat oleh Master D sendiri dan nama blog yang berjaya di cabut adalah :

http://hayworlds.blogspot.com/2010/10/didozel-domain-giveaway.html

Bagaimanapun, semasa Master D cuba untuk masuk ke link tersebut, didapati bahawa link tersebut sudah tidak available lagi, page not found. Ianya sudah pun mungkin dipadam atau ditukar atau lain-lain sebab.
                                                                  Page Not Found

Mulanya Master D nak buat cabutan lain namun atas timbang rasa dan keprihatinan..cewah.., maka entri ini dibuat terlebih dahulu untuk memberi peluang pada Cik Miza Yusof untuk tampil menjelaskan sebab musababnya samaada beliau telah menarik diri dari Giveaway ini atau macamana.

Master D sendiri telah mencari entri tersebut satu persatu namun sehingga ke entri yang paling lama sekalipun, masih tidak menemui entri mengenai didozel domain giveaway ini.

Sekiranya Cik Miza menarik diri, maka cabutan akan dilakukan lagi sekali. ^__^

So, kita harap Cik Miza dapat menjelaskan keadaan ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment