Saturday, July 23, 2011

Sayangi kesihatan dan diri sendiri.

Selamat malam semua.


Apa khabar? Saya baru saja balik dari sebuah ceramah kesihatan dan banyak ilmu serta pengajaran yang saya perolehi dari sana.


Kesihatan adalah segala-galanya! Mengatasi wang ringgit! Sebab wang ringgit takkan dapat mengadakan kesihatan tetapi dengan kesihatan yang baik sudah tentu kita dapat menghasilkan wang ringgit bukan?


So, satu pesan saya, jagalah diri anda masing-masing dan ingatlah akan kesihatan diri, lebihkan makan sayur sayuran dan buah buahan serta cuba untuk kurangkan makan daging dan makanan manis, kalau boleh kurangkan perlahan -lahan dan sekiranya mampu boleh terus ditinggalkan saja memakan daging dan manakanan manis @ junk food.


Tidurlah dengan tenang dan damai malam ini, jangan lupa untuk berdoa padaNya agar sentiasa menjaga kita, ibu-bapa kita, adik beradik kita, kawan-kawan di mana pun berada saat ini, serta siapa saja yang memerlukan bantuan kudusMu Bapa...semoga dalam keikhlasan doa kita meminta sesuatu yang kudus dan suci akan membuahkan hasil. Amen.