Monday, July 12, 2010

Pencarian & Jejak Bermula

Hari ini, satu panggilan kecemasan telah diterima dari ketua atasanku, meminta agar aku kembali ke markas. Sememangnya, selepas perjalananku di Los Angeles dahulu, aku bercadang untuk berhenti sahaja, tetapi mereka tidak meluluskan perletakan jawatanku.

Kini, aku memegang kembali si 'pistol legenda', pistol yang sama...membuatkan aku ingat kembali dengan jelas peristiwa itu, memutarkan kembali piring masa, saat aku melepaskan tembakan yang tepat di kepalanya, sebutir peluru yang meragut satu nyawa.

"Alessandro, ingat! Ini misi negara." Superior berpangkat Leftenan mengingatkanku tegas.

"Baik, tuan."

Misi bermula dari jam 2.30 petang, aku diberikan sepucuk rifle dengan satu roll peluru, agak berat tetapi aku terpaksa juga, pistol masih setia di bahagian pinggangku.

7 anggota lain berada di depanku, manakala 5 yang lain berada di belakang, hari ini aku berkesempatan bersama dengan polis elite dan juga Tentera Darat Di-Raja Malaysia. Skuad anti bom berjaga-jaga beberapa ela di belakang.

Menurut unit perisikan, terdapat seramai 12 orang musuh yang dicari, ini bermakna ada satu platun. Mereka mempunyai kaitan dengan satu kumpulan pengganas di Filipina.

Kami meredah hutan dan berjalan sudah sejauh hampir 15 kilometer, perjalanan agak lambat kerana keadaan muka bumi yang tidak strategik, sudah hampir jam 5 petang.

Komando Rashid yang berada di depan, mengisyaratkan kami untuk berpatah balik ke satu dataran untuk membuat panggilan ke markas.

Malang tidak berbau, kami diserang hendap! Mujur ada sungai berhampiran, banyak batu yang ada, itulah sahaja tempat kami berselindung. Hendak membalas balik, kami tak tahu nak tuju kemana, kerana rumput tebal di sebelah sana.

Aku bersandar pada salah sebuah batu, tidak jauh dari prebet Hashim..astaga! Kecederaannya agak parah! darah mengalir tak henti2, prebet Maxwell cuba membantu, dia perlu bantuan dengan segera.

Aku sempat melihat Komando dan anggota lain, masing2 sibuk back up rakan di depan dan cuba membalas tembakan ke tebing sana.

Aku meraba-raba poket kananku, ada dua butir bom tangan, memandangkan keadaan terdesak, aku terpaksa guna. Sementara itu, anggota unit skuad anti bom sedang membuat panggilan kecemasan.

Tanpa berlengah, aku menarik picu dengan penuh rasa geram dan marah, kemudian aku membaling kedua-dua bom tangan tadi di udara, betul betul ke arah tebing tinggi itu, kemudian, aku lepaskan pula tembakan ke arah bom-bom itu, letusan kuat terjadi, beberapa orang musuh kelihatan sedang cuba menyelamatkan diri, aku tidak melepaskan kesempatan ini, melepaskan tembakan bertalu-talu, ada tiga hingga empat orang kelihatan jatuh.

Aku sudah menjadi sangat marah saat itu, tanpa menghiraukan bahaya, di dalam saat genting, aku berlari ke tebing tinggi dan bersedia untuk melepaskan tembakan lagi. Komando Rashid berteriak keras menyuruhku berhenti, tapi aku sudah tak dengar lagi saat itu.

Ketika tiba disana, ada 7 orang musuh sudah menyembah bumi, mungkin ada juga yang sudah mati kerana berbalas tembakan tadi. Ada kesan dan jejak menunjukkan, ada beberapa orang yang berjaya melarikan diri.

Bantuan tiba 10 minit kemudian dengan helikopter milik TUDM, mujur prebet Hashim berjaya diselamatkan.

5 orang anggota skuad khas datang untuk menambah bilangan anggota. Aku tambah bersemangat hendak teruskan pencarian!

Namun, aku terpaksa balik atas arahan Komando Rashid. Baginya, tindakanku tadi merbahaya, cukuplah bagiku sudah mengikuti misi ini separuh jalan. Aku cuba menghubungi Leftenan yang menguruskan misi ini namun menerima jawapan menghampakan.

"Komando adalah ketua awak semasa dalam misi, sekiranya awak dihantar balik, itu kuasa dia."

Betapa hampanya aku. Memamg aku salah, tapi...

Aku hanya dapat memandang dengan tak puas hati dari atas..bila helikopter mula naik ke udara, meninggalkan medan yang menuntut misi yang belum selesai.

Aku kembali ke markas, aku tak bercakap dan hanya diam membisu. Aku berkemas dan sampai di rumah lebih kurang 7 malam.

Hmm..still wondering..apakah nasib mereka? Dah memang perjalanan hidup ini, aku membunuh lagi hari ini, demi tugas dan demi tanahair.

Harap2 mereka selamat. Tuhan, tolonglah lindungi prebet Hashim, dia ada anak dan isteri, jangan biarkan dia mati!

Ada air mata mengalir di pipiku, mengakhiri bait-bait kataku ini.....
Selamat malam semua.

(Biarkan hari ini berlalu, bersama pergi dengan tiupan angin membawa haruman bunga dedap malam)

Tuesday, July 6, 2010

...termenung sejenak di serambi malam...

********Generate With Autoposting********

Selamat malam semua, saya masih tidak berkesempatan membalas kunjungan para sahabat hari ini kerana masih di dalam minggu peperiksaan, masih lagi tertumpu pada helaian-helaian nota, kertas dan sebagainya, artikel ini dibuat secara auto posting. Saya sudah meminta bantuan dari Master D untuk membalas kunjungan kawan-kawan semua, tak pasti pula sekiranya beliau ada masa atau tak, maklum saja, beliau sibuk dengan tugasannya yang tersendiri.

Saya ada menghasilkan sebuah karya yang di beri tajuk '...termenung sejenak di serambi malam...'

Jiwang? he..he..jom kita lihat bahagian pengenalan, lepas tu anda boleh tinggalkan komen dan cadangan di bawah ya.

____________________________________________________________________________________
Fazwuan membelek satu persatu, helaian demi helaian di diari tua itu. Dia membaca tinta demi tinta yang digoreskan membentuk rangkaian ayat yang menafsirkan seribu erti yang masih menjadi misteri. Anak matanya mengejar patah demi patah sehingga tumpuannya terhenti pada muka surat yang ditandakan bulatan merah, ayat-ayat yang tertulis juga sudah hampir pudar, namun masih dapat dibaca.

    "Berat hati ini melangkah kaki, menyusun tapak-tapak berdebu di sepanjang jalan sunyi ini, mataku masih degil untuk berhenti menangis, dari tadi air mata masih terus jatuh bergenang di pipiku. Dadaku terasa sebak, tubuhku bergetar kencang dan kuat, aku lemah dan tak bermaya."

Apakah yang berlaku? Fazwuan meneruskan pembacaannya.

    "Aku tiba di depan rumah, belum sampai ke tangga, aku jatuh lagi, entah untuk kali yang ke berapa. Adakah ini yang harus aku tempuhi? Ku gagahi untuk berdiri dan masuk ke rumah, sepanjang malam aku menangis tanpa henti, sehingga tak sedar, aku tertidur di dalam kebingungan"

    "Awal pagi aku bangun seperti biasa, aku memasak masakan kegemaran suamiku pagi ini, nasi goreng ayam dengan kopi panas. Aku seakan lupa kejadian semalam, kenapa aku menangis ya?"

"Abang, bangun, sarapan dah siap ni, aku tersenyum kecil bila mengingatkan suamiku sememangnya suka jika aku kejutkannya, hari pun masih awal lagi, belum pun enam pagi. Aku masuk ke bilik kami, ianya kosong dan sepi, selimut pun belum dikemaskan. Mana suamiku? Aku bergegas mencarinya di serata rumah.....tapi kosong dan sunyi, aku jatuh lagi bila memori semalam kembali menyerang benakku"

   Fazwuan menyeka titisan air mata yang mula terbit, dia mula mengerti dan membaca kembali bagaimana kisah ini bermula, dia menyesal kerana bertindak terburu-buru, apakah kebenaran lain yang tersimpan di dalam diari usang ini? Diari yang akan membongkar sebuah kisah yang berpuluh tahun tersimpan erat atau adakah tanda tanya yang sering bermain di fikiran akan kekal menjadi sebuah misteri yang tak terungkapkan?

Fazwuan membaca lagi...

"Kepala ini terasa berat sekali, aku dapat ingat kembali bagaimana suamiku...tttiiiiidddaaaaaaakkkkk......aaarrrggghhhhhhhh...bayang-bayang ganas memukul suamiku tanpa belas kasihan, parang tajam ditusuk berkali kali ke perut suamiku, darah memercik deras, menyembur di serata tempat, aku pejamkan mata untuk menghalau igauan ngeri itu tapi semakin kuat di telingaku, ia berbisik, merintih dan menjerit kesakitan, keperitan. Aku pasti, di hujung sana, suamiku semakin jauh dan jauh, nafasnya semakin berat dan lemah."

"Mengapa? Salah siapa semua ini? Angkara siapa? Kenapa?"

"Kau bukan anakku, kau haram! Aku benci kau!"

"Ayahmu adalah najis, yang mengotorkanku, yang merampas kebahagiaan."

Hati Fazwuan tersentak, lantas di tutupnya diari usang itu, diari lama itu tidak lengkap, banyak bahagian yang koyak dan sudah hilang tulisannya. Siapa lagi yang diharapkan untuk memberikan cerita penuh, kisah lengkap diari usang ini? Pada siapa keluhan akan dilepaskan?

Apakah ini suatu petanda buruk?

Ring tone dari telefon bimbitnya seakan-akan menyentap Fazwuan kembali ke alam nyata, dibeleknya sekejap telefon itu, tertera nama Anis di skrin.

Apa lagi yang gadis ni nak dari aku? Tak cukup kah semua kekalutan yang telah terjadi? Ditambah dengan misteri ini, segalanya bagai tak berguna dan bercelaru.

Fazwuan membiarkan saja bunyi itu berhenti, namun beberapa saat kemudian, kembali lagi berdering. Tanpa niat untuk menyambut, sekali lagi dibiarkannya saja, kali ketiga, dengan keterpaksaan, dia menyambut juga.

"Hello." agak malas hendak mendengar suara gadis tu lagi.
"Faz, saya dah jumpa Rumandai"
"Hah?".....tiba-tiba...

aikk...seronok baca? he..he..perasan bagus saja saya ni kan..hihi..cerita ni bersambung pula..so kalau anda nak teruskan sambungannya, komen-komen di bawah ya. Mesti banyak persoalan kan, bagaimana dan kenapa, apa..
(jangan layan ayat diatas, penulis berkemungkinan mengalami kejutan S.S.)

Sunday, July 4, 2010

Peperiksaan Mid Term OUM Bermula!




Saya tidak ada disini selama 4 hari kerana akan sibuk dengan peperiksaan midterm.


So pada para sahabat, sudi-sudi terjah disini ye.


Nanti, bila saya dah habis exam, saya akan lawat balik para sahabat semua. Terima Kasih.



Doakan Saya Ya.



6/7/2010 = OUMH2103/English For Science&Technical Purposes [11.00am-11.45am]

7/7/2010 = OUMM2103/Entrepreneurship [6.00pm-6.45pm]

8/7/2010 = OUMM3203/Professional Ethics [6.00pm-6.45pm]


Thursday, July 1, 2010

Pengumuman Rasmi Self Personality Contest

Selamat pagi, salam pagi khamis dan selamat hari pertama bulan Julai buat semua. Hari ini saya nak umumkan pemenang bagi “Self Personality Contest’ yang secara rasminya telah ditutup kelmarin tepat jam 12.00 tengahari.


Contest yang telah berlangsung amatlah mudah dan senang untuk disertai. So, kepada yang ikut serta contest ni, saya ucapkan terima kasih kerana anda mengambil bahagian, bagaimana pun sudah adat pertandingan, pasti ada yang menang dan kalah.

Sebelum tu, kita review sikit hadiahnya :

Hadiah Utama : Software eWriter Pro dengan Master Resale Rights

Hadiah Bonus(ebook) : 5 Langkah Mudah Perniagaan Internet, 5 Pembohongan Internet, Asas Perniagaan Internet, Rahsia Traffik, Buat Duit & Cari Duit Di Internet.


Hadiah Best Punya : Top Up RM 10 (Digi atau Celcom)

-Hadiah Ebook Misteri-(yang bertuah mendapatkan ebook misteri ni adalah Mr.Mind)

Jom, kita check siapa pemenangnya ya.


Tempat Pertama :

Mr. Azam.

Jawapan : Saya seorang yang sempoi gila bola, bila musim bola je, demam bola datang, tengok bola, terus sembuh!

Sebab join contest : Saja nak sempoikan diri!

Blog : Private

(Atas sebab-sebab tertentu, Mr.Azam tidak ingin blognya di paparkan disini. Harap Maklum)

-Beliau membawa pulang hadiah utama, bonus-bonus dengan RM 10 Top Up Digi)


Tempat Kedua :

Miss. Jeanie.

Jawapan : Saya seorang yang suka benda pink, asal nampak benda pink, mesti siap guling-guling nak

benda tu.

Sebab join contest : Sebab nak belajar buat ebook dengan ewriterpro tu.

Blog : Private

(Juga atas sebab-sebab tertentu, Miss.Jeanie pun tidak ingin blognya di paparkan disini. Harap Maklum. Aku pun naik hairan, kenapa ye? Jangan marah Miss Jeanie..)

-Beliau membawa pulang hadiah utama dan bonus-bonus sekali. (tanpa top-up)


Tempat Ketiga :

Mr. Mind.

Jawapan : Saya seorang yang gila blogging.

Sebab join contest : MM join kontest ni sebab hadiahnya menarik dan kontestnya simple je, ahakzz!!!

Blog : http://morningtonight.blogspot.com

(Syukur, ada juga yang sudi nak blog beliau di pamerkan disini, maklumlah blog yang tak seberapa ini..he..he..)

-Beliau membawa pulang kesemua bonus dan satu hadiah ebook misteri. (tidak termasuk hadiah utama dan tanpa top-up)


Para pemenang di minta bersabar, saya sedang compile kan hadiah anda. Kepada Mr. Azam, top up anda telah dikirim.


Terima kasih sekali lagi pada para peserta dan kepada yang tak menang, anda boleh cuba lain kali. Tunggu edisi kedua contest baru di blog ini untuk bulan Julai ini.


p/s-Keputusan ini diumumkan secara rasmi setelah team kami menimbang semua jawapan anda dengan saksama. Pemilihan dilaksanakan secara telus. Tiada unsur rasuah di dalamnya. Harap Maklum.


p/s/s-Mid Termination bagi OUM akan bermula pada 6/7/2010 sehingga 8/7/2010, so kemungkinan besar selama tiga hari, saya tak dapat mengurus blog ini, harap anda bersabar dan sentiasa setia untuk mengikuti setiap update disini ya. Thanks!