Jangan sesekali meragukan diri anda, potensi dan sebagainya, kadang-kadang bila kita melihat pencapaian orang lain yang mungkin jauh lebih muda dari kita namun pencapaiannya dalam hidup jauh lebih berjaya dari kita, tentu akan timbul sedikit rasa rendah diri, rasa cemburu dan iri hati, (bukan iri hati dengan niat menjatuhkan tau,) hanya sekadar merasakan diri kita tidak ada apa-apa. Kita merasakan diri kita kosong.
Jangan! Berhenti bersikap dan berfikiran seperti itu, setiap manusia mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing, setiap kita mempunyai potensi hebat dan setiap kita mempunyai cerita dan kisah kita masing-masing, sebab itulah yang dinamakan HIDUP!
Cabaran dan rintangan sering datang, tetapi kita harus tabah menghadapinya, belajar dari kesilapan lalu dan mantapkan diri dengan ilmu dan pengalaman baru, jadilah Penjejak Ilmu di dalam kehidupan ini (semestinya ilmu yang berkat dan membawa kebaikan, jauhkan ilmu yang tidak baik)
Kita istimewa kerana kita adalah kita!
Kitalah yang harus menghargai diri kita sendiri. Percayalah Tuhan sayang kita! (^__^).peace..
Rencah Kehidupanku, menyingkap potensi minda bawah sedar, tenaga dalam dan kuasa minda.
Thursday, April 8, 2010
Monday, April 5, 2010
Teknik Meraga Sukma/Terawangan/Pelepasan Roh/Out Of Body Experience
Teknik yang sulit ditemui ini merupakan satu lagi penambah atau asam garam method dalam mempelajari tentang ilmu spiritual dan juga tenaga dalaman.
Melepas Sukma, terawangan, pelepasan roh atau out of body experience(pengalaman roh di luar tubuh) ini merupakan teknik untuk mengawal kesedaran roh secara penuh semasa kita sedang tidur.
Kita secara alami memang mengalami pelepasan sukma, terutama ketika kita sedang tidur, tetapi bila ia berlaku, pada kita adalah wilayah mimpi iaitu kita sedang bermimpi sahaja tanpa dapat mengawal roh kita.
Selalunya untuk mendalami teknik ini, diperlukan seseorang itu menguasai teknik mengawal mimpi dulu, bila dia sudah mampu mengawal mimpinya, barulah dia dapat mengawal sukmanya.
Semasa pelepasan sukma berlaku, kita dapat merasakan secara pasti roh kita berpisah dari badan dan berjalan atau bergerak ke mana sahaja yang kita hajati. Misalnya kita di Malaysia dan berkehendaki untuk ke Thailand, sekelip mata kita boleh tiba disana dan sekelip mata pula boleh kembali lagi ke badan kita. Teknik ini memerlukan tahapan kuasa minda yang agak tinggi.
Seseorang yang menggunakan medium lain seperti makhluk halus untuk menguasai teknik ini dalam masa singkat tidak mempunyai kekuatan yang sama dengan yang melatih dengan tekun menggunakan mindanya, kerana kekuatan itu datang dari dalam diri, dikawal dan dilatih secara rutin tanpa bantuan luar dan selalunya yang melatih dengan sendiri dapat bertahan di luar tubuh lebih lama dari yang menggunakan makhluk halus dan dapat pula menembusi alam lain.
*Harap maaf, apa yang saya sampaikan hanyalah info sahaja, saya tidak mengajar teknik ini, sekiranya anda rasa ianya tidak benar, terpulang pada fikiran dan budi masing-masing. Tidak ada paksaan, namun ingin saya tegaskan ini adalah benar.

Labels
Ilmu Spiritual,
Kuasa Minda,
Tenaga Dalam
Bermain dengan Minda-Game Hebat?
Bermain dengan Minda-Game Hebat?
Pernah anda dengar permainan minda? Sesuatu yang baru untuk anda? Bermain dengan minda adalah salah satu cara menerokai kehebatan minda kita secara menyeluruh.
Salah satu permainan menarik adalah Permainan Khayalan..he..he..pernah dengan permainan mimpi? Atau Lucid Dream iaitu teknik kawal mimpi? Lucid Dream satu teknik kawal mimpi yang luar biasa sebab kita boleh jadi apa kita mahu dan kita boleh ‘cipta’ satu dunia baru di alam mimpi seperti yang kita kehendaki, kita yang ‘menguasai dunia mimpi kita sendiri’.
Pun begitu, permainan khayalan yang saya katakan ini jauh lebih mudah dikuasai berbanding Lucid Dream. Anda hanya perlukan angan-angan dan visualisasi. Permainan khayalan ini menggabungkan teknik visualisasi, keyakinan, affirmasi dan kesedaran diri. Paling menakjubkan tentang permainan khayalan ini adalah ia mampu mengubah situasi yang kita alami sebagai contoh kita seorang yang takut untuk bercakap di depan kawan-kawan kita kerana risau kita akan ditertawakan dan malu di hadapan khalayak ramai.
Anda boleh mengubah apa jua keadaan setelah mengetahui teknik-tekniknya ini :
(Lucid Dream merupakan teknik khas dan rasanya lebih baik anda belajar dari yang pakar dan diberikan ijazah, wewenang untuk menyampaikan ilmu ini)
*Saya tidak mahu dikatakan sebagai pemotong jalan sebab memberikan kursus sebegini merupakan sumber pendapatan sesetengah orang, saya menghormati hak mereka. Terima kasih.
Dan permainan khayalan ini juga terpaksa saya tidak sampaikan pada umum kerana privasinya yang dilindungi. Kadang-kadang kita harus menyembunyikan sesuatu demi kebaikan semua pihak. Harap maaf.
Post sebelumnya iaitu bahagian teknik-teknik telah dihapuskan demi menjaga privasinya. Sekian.

Tarik duit dengan duit?
Pernah dengar Ilmu Tarik Duit atau Ibu Duit? Tentu anda pernah jika anda peminat ilmu metafizik atau seorang yang gemar untuk mencari info-info bagaimana nak kaya dengan cepat dan segera. Tahukah anda? Terdapat segelintir orang yang mendakwa mereka mempunyai ilmu tarik duit ni sebenarnya penipu?
Mengapa saya katakan demikian? Sebab mereka letakkan harga yang terlalu mahal sehingga mencecah ratusan ringgit untuk satu keilmuan tarik duit dengan alasan setelah anda memiliki ilmu tersebut, duit yang anda laburkan akan anda perolehi semula dengan senang. Boleh percaya ke?
Mereka tunjukkan yang mereka kaya dan hebat, dengan kereta mewah supaya orang percaya..he..he..tapi memanglah kaya dan hebat tapi bukan dengan Ilmu duit tapi dengan ilmu penipu..mana tidaknya, duit para mangsa yang digelapkan, memang penuh poket, kalau mangsa sampai 1000? Lagi lah boleh jadi jutawan terus.
Nasihat saya, jangan mudah percaya dengan ilmu tarik duit ini, sebaiknya siasat dulu, jangan senang-senang nak labur sehingga ribuan ringgit.
Nanti dulu, walaupun saya kata ada yang tipu, tapi yang best didengar adalah memang ada juga ilmu tarik duit yang hebat, murah dan berkesan tapi ianya mahal dari segi nilai, mahal sebab anda harus korbankan masa anda. Sanggupkah anda? Kesabaran dan pasrah adalah kuncinya.
Inginkan ilmu ini? Boleh, tiada salahnya. Saya tunjukkan cara dan tekniknya pada semua.
Ilmu yang saya maksudkan bukan dengan jampi serapah atau lain-lain tetapi menggunakan kekuatan minda bawah sedar, niat, affirmasi dan teknik-teknik kawalan minda lainnya.
Bahan-Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
1- Diri anda yang yakin dan penuh semangat.
2- Wang Kertas RM 100. (Nak duit syiling boleh, tapi konsepnya umpan besar, hasil besar..he..he..kalau nak letak RM 1 pun boleh..)
3- Minda yang positif dan tenang.
Teknik dan cara-caranya.
1- Berdoa kepada Tuhan dan berterima kasih atas duit yang banyak.
2- Pegang duit tu dan tenung dalam-dalam..niatkan dalam hati dan lontarkan kata-kata… “Duit ini menarik sebanyak sepuluh kali ganda jumlahnya setiap kali aku menarik nafas dan menghembus nafas.” Katakan dengan yakin, santai dan pasrah.
3- Bayangkan setiap kali anda menarik nafas dan membuang nafas, duit itu menarik sebanyak sepuluh kali ganda nilainya dan bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas duit yang dianugerahkan kepada anda itu.
4- Teknik syukur, pasrah, santai dan tenang harus digabungkan sebaik mungkin.
5- Jangan gunakan perkataan ‘akan menarik’ tetapi bayangkan dengan pasti saat itu, duit anda itu memang benar-benar menarik duit sepuluh kali ganda nilainya.
6- Anda pasti terkejut dengan hasilnya.
7- Cuba lakukan ini sebanyak 3 hingga 4 kali sehari selama sebulan(terdapat juga yang mungkin memakan masa dan ada juga yang lebih cepat). Rezeki akan datang dengan melimpah ruah melalui jalan yang tidak kita ketahui.
Anda perlu tahu bahawa konsep ini adalah konsep berteraskan kuasa minda.
Teknik ini adalah yang termudah sekali, harap-harap dapat membantu anda. So, aplikasikan ilmu ini dengan sebaik-baiknya ye, jangan ambil mudah, biarpun nampak simple dan ringkas, tapi teknik ini adalah benar dan telah terbukti. Ilmu ini percuma buat anda. Salam Ceria.
*Ini kalau nak tarik duit dengan duit, pada post yang lain saya akan kongsikan teknik bagaimana nak tarik duit dengan minda pula (teknik ini guna minda juga tapi tanpa ada medium duit-semua teknik saya melibatkan kuasa minda)
*Medium wang ini digunakan sebagai membantu mereka yang belum mahir bervisualisasi untuk berlatih, nak tarik duit kena ada duit real depan mata..he..he..
(Teknik ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata)

Usaha
Subscribe to:
Posts (Atom)