Saturday, July 31, 2010

Sebuah Perjuanganku [Bahagian Satu]

Karya dibawah merupakan karya asli saya, khusus hanya dari Tamparuli Blogger On-line

Aku masih di jeti, menatap mentari senja yang semakin tenggelam nun jauh disana, hembusan bayu terasa begitu segar sekali, kedengaran riuh rendah anak-anak nelayan bermain-main di tepi pantai, mereka tidak tahu, mereka tidak sedar yang semua keindahan yang mereka kecapi ini bakal hilang dalam masa seminggu lagi.

Aku sudah mencuba beberapa kali, jenuh ke hulu ke hilir memperjuangkan hak para nelayan disini, namun masih gagal. Apa akan jadi dengan perkampungan ini? Akan hancurkah satu lagi warisan khanazanah alam? Perkampungan Sukodon Apat memang sangat cantik, cukup lawa, dengan pasir pantai yang putih, diselaputi batu batu jernih seakan kristal kecil menjadikan pantai disini sungguh luar biasa. Malah airnya juga jernih, kaya dengan pelbagai tumbuhan semulajadi seperti batu karang dan kawasan rumpai laut. Perkampungan nelayan ini terletak di kawasan teluk pantai, melengkapkan lagi keindahan hakiki kampung ini, dari jauh kelihatan seperti sebuah syurga dunia, yang tak tercemar oleh sampah sarap dan asap pembangunan masa kini.

Malah dalam lingkungan satu kilometer pula adalah kawasan penyu-penyu hijau berhijrah, kadang-kadang terdapat pelbagai spesies hidupan laut seperti obor-obor biru yang akan datang di kawasan perkampungan ini sewaktu malam. Cahaya dari jamung-jamung yang dipasang berpadu dengan cahaya dari obor-obor biru merupakan salah satu pemandangan yang pasti akan memukau setiap mata yang memandang.

Langit malam dapat disaksikan dengan jelas, tertera jutaan hamparan bintang-bintang yang berkerdipan di atas sana....sungguh cantik sekali ciptaan Tuhan.

Namun....

Semua ini akan hancur dalam sekelip mata? Hanya dengan alasan hendak membuat kawasan peranginan dan  resort disini? Untuk apa? Semata-mata mahu mencari keuntungan? Mengambil keindahan tanah sendiri dan dipertontonkan pada orang asing dalam konteks pelancong? Kemudian siapa yang sengsara? Bukankah anak tempatan sendiri?

Mereka tidak tahu tentang hak-hak mereka, apalah sangat yang diketahui oleh seorang nelayan tentang hak-hak keistimewaan berbanding seorang peguam? Aku ingat dengan jelas bagaimana Tan Sri Datu Maan berhabis-habisan mengupah 3 orang peguam terkenal semata-mata mahu menang kes ini, dia sempat berjanji akan memberikan tanah lain pada para nelayan disini...tapi cukupkah sekadar tanah? Mereka adalah nelayan! Mereka hidup dengan mencari rezeki di laut. Dijanjikan tanah di atas bukit? Diatas batubata dan tanah merah? Apa yang tumbuh dan hidup disana?

Tanpa sedar, aku mengelamun terlalu jauh, terlalu keras sehingga aku menumbuk-numbuk kepingan kayu yang tersusun di sebelahku agak kuat. Sepatutnya anak bumi ini yang harus berjuang mempertahankan hak dan keistimewaan, tapi ini tidak..malah anak bumi sendiri yang berusaha menghancurkan kaum sendiri. Inikah wajah seorang pembelot? Bergelumang dengan kata-kata puitis? Hanya untuk mengejar kekayaan dunia? Membiarkan tangis derita orang lain? Menutup telinga dengan bunyi bunyian penghancur simen? Menutup mata dan membiarkan kaum sendiri ditindas? Tapi bila di depan media, semua nak tunjuk baik, cakap besar itu dan ini. Mengapa engkau ibarat talam dua muka Tan Sri?

Cukup geram dengan kata-kata pedas dari mulut orang tua tak sedar diri itu! Fikiranku melayang lagi...

"Johar! Kau jangan nak lawan aku! Ini projek melibatkan nilai jutaan ringgit kau tahu?"

"Jadi, berapa banyak yang Tan Sri dapat hah? Untuk gadaikan tanah ini?"

"Dengar sini, nilai projek ini RM 100 Juta! RM 100 Juta! Lagipun pihak syarikat akan membayar semua ganti rugi, kami berikan tanah, berikan rumah dan pampasan. Apa lagi?"

"Oh! Bayar semuanya ya? Dalam kontrak Tan Sri jelas menyatakan pihak syarikat hanya akan membayar selama setahun pampasan. Bagaimana dengan hidup mereka selepas itu?"

"Setahun masa yang cukup lama Johar, cukup lama untuk mereka berdikari!"

"Berdikari? Hah? Dengan tanah merah? Cuba Tan Sri fikir baik-baik, nilai tanah dan pantai itu bukan sedikit! Dari penilaian saya, harganya dalam masa lima tahun akan melambung pada seribu juta dollar! Masa itu, siapa yang kaya? Tan Sri yang kaya sementara semua yang lain akan jatuh miskin! Tambah miskin!"

Pertengkaran sengit berlaku antara kami, beberapa pegawai yang ada disitu hanya terkebil kebil dan mendiamkan diri tanpa berani mencelah sepatah pun. Puas hati aku dapat meluahkan segala rasa, biar mereka gentar, biar mereka gerun denganku, jangan ambil ringan, Johar bukan sembarangan orang yang boleh di pijak sesuka hati.

"Baik, awak undur diri dari kes ini dan sebagai balasan saya bagi awak RM 50 Juta. Bagaimana?"
Tan Sri Datu Maan mula berlembut denganku dan cuba 'menyuap' dengan nilai RM 50 Juta..benar, nilai itu sungguh tinggi tapi masih belum mampu untuk membeli pendirianku.

Sungguh! Aku merasa terkilan dan marah kerana seperti dihina dan dimalukan...

"Tan Sri jangan fikir...." belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, tiba-tiba...

Bersambung pula..he..he..nantikan episode seterusnya hanya di Didozel Dot Com!

klik sini untuk membaca bahagian dua

5 comments:

  1. ui hebat tau ni geng...bole tahan kau mengarang kan... hebat!

    ReplyDelete
  2. @donnyienHe..he..biasa saja bah ni tompinai..:-)..thanks..

    ReplyDelete
  3. With havin so much written content do you ever run into any problems of plagorism or copyright violation?
    My blog has a lot of completely unique content I've either written myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the web without my authorization. Do you know any techniques to help stop content from being ripped off? I'd certainly
    appreciate it.

    Check out my web page ... the best beat making software

    ReplyDelete
  4. What i don't understood is in reality how you are now not actually much more neatly-preferred than you may be right now. You are so intelligent. You realize therefore considerably with regards to this matter, produced me in my view believe it from so many varied angles. Its like men and women don't seem to
    be involved until it is something to do with Woman gaga! Your personal
    stuffs great. All the time care for it up!

    Here is my site :: eve plex online

    ReplyDelete
  5. The very first signature maillot air jordan pas cherv 90 sneaker that Nike dropped with Penny Hardaway's name on it was the maillot air jordan pas cherv Penny
    1.

    Look at my web site: Air Jordan Shop Pas Cher

    ReplyDelete