Monday, August 30, 2010

Design E-Cover Tanpa Photoshop!


Tempahan E-Cover, lima yang terawal dibuka sekarang! Siapa cepat dia dapat, dulu saya dah buka tempahan lima terawal untuk buat banner/logo/trademark secara percuma, kini ecover pula. Contoh diatas adalah salah satu design sahaja, dapatkan sekarang sementara masih free sebab tak lama lagi anda kena dapatkannya secara berbayar pula.

-----Ucapan Penuh Rasa Bangga, Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53!-----

p/s- Contest Kemerdekaan Malaysia masih dibuka, tarikh tutup adalah pada 16 September 2010.

Thursday, August 26, 2010

Kempen "Jangan Buang Bayi"


Media Massa, kaca televisyen, radio, akhbar sejak akhir-akhir ini banyak sekali menceritakan mengenai Jenayah Pembuangan Bayi.

Dimana salah dan silapnya? Kes ini menjadi semakin rumit hari demi hari. Lebih menyedihkan hati, ianya berlaku di kalangan generasi remaja, generasi muda yang sepatutnya menjadi pelapis pemimpin negara kita di masa hadapan.

Sehinggakan Kerajaan Negeri Melaka mencadangkan agar pelajar perempuan yang mengandung dibinakan satu sekolah khas bagi mengelakkan pelajar-pelajar perempuan yang mengandung ini berhenti sekolah dan seterusnya ketinggalakan dari arus era pendidikan tanah air.

Kabinet juga sudah meluluskan bahawa kini kes pembuangan bayi disabitkan atas kesalahan jenayah dan jenayah buang bayi boleh dikenakan hukuman gantung jika sabit kesalahan.

Atas sebab keprihatinan, maka Didozel Dot Com mengeluarkan satu Kempen Jangan Buang Bayi. Banner yang dihasilkan adalah hak milik Didozel Dot Com oleh Alessandro Rahman, bagaimanapun sekiranya anda ingin support kempen ini, anda boleh copy and paste banner kempen dengan syarat tidak mengubah satu apapun pada banner kempen, hanya itu.

Selagi syarat itu dipatuhi, banner kempen bebas menjadi hak anda untuk dipostkan dan diletakkan pada mana-mana entri, di letakkan di laman sosial dan sebagainya.

Bersama kita sebagai rakyat Malaysia, menyokong kempen jangan buang bayi ini. Terima kasih atas sokongan anda.

Tuesday, August 24, 2010

Quick Update

Blog Didozel Dot Com sedang dalam rombakan semula.

Tempahan Banner/Logo/Trademark akan mula dibuka pada awal bulan september.

p/s - masih dalam mood exam, esok yang paling last untuk sem ni.

Sunday, August 15, 2010

Koleksi Design Logo [Dari Didozel Dot Com]

Hak Milik Gambar Upin dan Ipin adalah Google, manakala proses pembuatan dan pembikinan logo sepenuhnya milik blog didozel dot com.


Bagi Name Tag, Logo dan Sebarang Trademark dibawah, sepenuhnya milik Didozel Dot Com



Trademark Didozel Dot Com

Mulai 14 Ogos 2010, secara officialnya logo rasmi blog akan digunakan untuk setiap gambar dan apa juga bentuk hasil karya asli dari Didozel Dot Com.


Logo rasmi ini adalah sepenuhnya milik Didozel Dot Com oleh Alessandro Rahman.

p/s- Logo ini tidak dihasilkan menggunakan photoshop dan lain-lain software, hanya direka khas menggunakan microsoft office + paint sahaja tetapi hasilnya tetap lawa bukan? ^___^..inilah nilai sebuah kekreatifan, tanpa software canggih pun, kita mampu menghasilkan sesuatu yang unik.

p/s/s- Ada yang nak tempah logo seperti ini dari saya? Warna tulisan tu boleh pilih, manakala warna shining tu pula boleh pilih, apapun warna yang anda inginkan. Cuma bagi saya gambar anda untuk dijadikan flatform melukis logo itu sahaja. Tempahan dibuka sekarang! Ianya adalah Percuma! Hanya untuk 5 tempahan awal sahaja, sebab saya masih busy nak exam, kalau nak banyak-banyak lepas exam saya boleh hasilkan untuk anda. ^___^

-Anda boleh guna logo dan letakkan di setiap gambar anda sebagai trademark...pasti lawa..he..he..

Friday, August 13, 2010

Hukuman Mati Kes Buang Bayi!

********Auto Feed System********


Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.

Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.
Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita
berada pada zaman jahiliah.

Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.

Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.

Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya.

Source File Owner : Berita Harian Online
Date : 13 August 2010 10.40 am.

Friday, August 6, 2010

Sebuah Perjuanganku [Bahagian Dua]

Untuk membaca bahagian satu, sila klik sini

....kedengaran bunyi ketukan di pintu, aku terdiam serta merta, begitu juga dengan Tan Sri Datu Maan dan semua yang ada disitu. Aku menundukkan kepala dan duduk perlahan, kepalaku memandang si pengetuk tadi. Aku menghembuskan nafas berat sekali.

"Apa yang kamu bising-bising ni hah?" suaranya yang agak keras kedengaran, terpandang seraut wajah yang cukup aku hormati berdiri tepat di depan pintu, orang itu adalah Pangeran Datu Johan, ayahanda kepada Tan Sri Datu Maan, orang yang banyak berjasa denganku selama ini, budi baiknya tidak akan pernah aku lupa seumur hidupku.

Pangeran Datu Johan sudah berusia dalam lingkungan 80 tahun, tetapi masih gagah lagi, menurut dari cerita-cerita yang ku dengar, satu masa dahulu Pangeran Datu Johan merupakan seorang pendekar terbilang dengan kepandaian silat dan ilmu batin yang tersohor sekali.

"Pangeran..."

"Ayahanda, Johar ni, dia cuba menghalang pembinaan resort kita." Pantas Tan Sri Datu Maan bersuara memintas bicaraku.

Aku sedikit tersentak bila mendengar perkataan 'kita', apa maksudnya? Darah seakan-akan menyirap di seluruh wajahku saat ini. Adakah Pangeran sendiri terlibat dalam pembinaan resort yang akan menjahanamkan Kampung Sukodon Apat? Mungkinkah?

Suasana menjadi hening sebentar, kami hanya saling berpandangan satu sama lain sebelum Pangeran Datu Johan memecahkan kesunyian dengan suaranya yang garau.

"Johar, kamu baliklah dulu, nanti kami akan bincang perkara ini terlebih dahulu dan selepas itu kamu akan di panggil kemari." Pangeran Datu Johan memberikan kata putus padaku.

Kerana budi dan jasanya, maka dengan berat hati aku melangkah keluar dari pejabat dengan langkah yang lemah. Apakah dayaku, tapi benarkah Pangeran Datu Johan bersuhabat dalam hal ini? Tergamakkah dia?

Satu tepukan di bahu kananku menarik dan menghapus seluruh ingatanku, perlahan aku mula kembali ke alam realiti, tiada lagi 'ketegangan' suasana pertengkaran tadi. Aku menarik nafas lega. Peristiwa beberapa hari lalu itu amat membebankan jiwaku.

Aku menoleh, rupanya Lamdan yang menepuk bahuku tadi. Dia tersenyum, walaupun tawar, aku tahu dia juga ikut risau memikirkan nasib yang bakal terjadi. Belum ada tanda-tanda bahawa projek resort akan diberhentikan dan aku pula masih belum di panggil oleh Pangeran Datu Johan, entah apa yang berlaku, aku sendiri tidak pasti.

"Johar....terima kasih kerana berusaha untuk kami...tak perlulah kamu salahkan diri kamu sendiri, mungkin memang inilah yang akan terjadi pada kami."

Tambah sayu hati ini mendengar kata-kata Lamdan, Lamdan seorang yang baik, dia kawan yang memahami dan penuh pengertian, apa nasib yang bakal menimpa Lamdan dan keluarganya? Anaknya ada 4 orang semuanya, bagaimana keadaan mereka nanti?

Ingin rasanya aku mengoyakkan sahaja notis yang di pacak tegak di hujung jeti, notis jahanam yang bakal menghancurkan masa depan kampung nelayan ini.

Haruskah aku menyerah kalah begitu mudah? Tidak! Sudah tentu tidak! Perjuangan belum selesai, ia baru bermula.

"Lamdan, saya akan pastikan Kampung Sukodon Apat ini tetap disini." aku bersuara agak tegas, meluahkan hasrat teguh di hati.

"Entahlah Johar, mereka terlalu berkuasa, kita hanya ibarat timun, sedangkan mereka adalah durian, tak kira siapa menggolek siapa, tetap durian yang akan menang." lemah suara Lamdan kedengaran, selalunya dia yang paling bersemangat menanggapi setiap kata-kataku bagai peniup api yang sedang membakar, tapi kini....adakah memang sudah tiada harapan untuk kami?

Namun sekali azam telah tertanam, sekali itu juga tidak akan pernah gentar untukku menghadapi lawan biarpun mereka adalah orang yang pernah berjasa padaku, demi ratusan anak bangsa yang menagih simpati minta dikasihani.

Sumpahku ketika aku menjawat jawatan peguam masih kekal terpahat di hati, aku bersumpah untuk membela keadilan dan melawan ketidakadilan, kini perjalanan ini menuntut janji dan sumpah dariku, sumpah dari bicara bibir ini, adakah aku siap untuk menuntaskannya atau melarikan diri di tengah pergelutan?

to be continued / bersambung dah...

Monday, August 2, 2010

Final Exam For OUM Student

Nampaknya sedar tak sedar, semester mei dah nak berakhir bagi OUM, peperiksaan akhir semester akan bermula pada 9 OGOS 2010 sehingga 30 OGOS 2010.
[OUM ada tiga semester, januari, mei dan september]


Peperiksaan saya pula bermula seawal 10 OGOS 2010, bermakna kurang 9 hari dari sekarang. Saya mungkin tidak dapat berblogwalking buat sementara waktu kerana akan menumpukan perhatian penuh bagi menghadapi Final Exam Sem Mei ini. Saya akan habis exam pada 25 OGOS 2010.

Terima kasih atas kunjungan anda semua disini, bila saya online balik saya akan mengunjungi anda semua. Namun bila ada masa luang saya akan menyempatkan diri juga untuk mengunjungi anda semua.


Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan saya :


1- 10 OGOS 2010 [selasa] - 2.00pm sehingga 3.30pm
    (English For Science and Technical Purposes)


2- 23 OGOS 2010 [isnin] - 2.00pm sehingga 3.30pm
    (Professional Ethics)


3- 25 Ogos 2010 [rabu] - 2.00pm sehingga 3.30pm
    (Entrepreneurship)

Seperti yang anda lihat, ada jarak masa beberapa hari antara 10 sehingga 23 ogos, jika saya mempunyai masa terluang, saya akan berblogwalking dan melawat anda.

Target untuk semester ini adalah pointer 4.00! Doakan saya ya.

Manakala semester september pula bakal menyaksikan 3 subject yang mantap iaitu :

1- Organic Chemistry
2- Trigonometry And Calculus
3- Curriculum Planning In Science Education


Subject ketiga ini penting sebagai menyediakan diri ini supaya nanti dah jadi guru esok tahu macamana nak buat itu dan ini.






Banner Untuk Facebook


Sempena dah buat satu Contest Kemerdekaan Malaysia Tahun 2010 di blog ini, saya dah minta jasa baik seorang kawan iaitu Master D untuk design satu banner untuk di muatkan di facebook saya. Banner khas bagi memaparkan contest ni di facebook pula. Wah..tak sangka, Master D (beliau juga yang support hadiah contest ni berjumlah RM 100 ++ termasuk hadiah misteri) dah buat satu banner yang cukup lawa. Jom kita tengok banner ni..lawa tak?

Tak tahu ada contest? Klik Sini


Lawa kan? Thanks Master D. Saya menghargai jasa baik anda buat banner ni. ^___^

P/S- Entri Ini Dibuat Secara AutoPosting

Sunday, August 1, 2010

Anugerah Blogger Tegar


Anugerah Blogger Tegar ini milik semua blogger yang rasa diri sebagai blogger tegar. Tiada syarat wajib untuk anugerah blogger tegar ni. Anda ambil anugerah ni dan letak dalam koleksi-koleksi himpunan anugerah anda. Mudah dan ringkas kan? Tak perlu tag siapa-siapa. Terima kasih pada Jonathan kerana berikan anugerah ini pada saya. ^___^, dan sekarang nak berikan pada anda semua pula. Datang ambil ya kawan-kawan.


Siapa-siapa yang dapat mesej di shout box mengenai award ni sila datang ambil ya.
Siapa yang tak dapat mesej pun layak ambil juga.
Milik semua blogger.