Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia 2010 dan Penutupan Contest Kemerdekaan Malaysia


Salam untuk semua warga Malaysia, khususnya warga Sabah, hari ini kita dengan penuh bangga meraikan Hari Kemerdekaan Negeri Sabah di Bawah Bayu iaitu pada 16 September 1963, Sabah telah merdeka apabila bergabung dengan Tanah Melayu apabil bersama membentuk Gagasan Malaysia ketika itu di bawah Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama yang juga menyandang gelaran Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Sebelum ini Sabah meraikan 16 September melalui Hari Merdeka Sabah dan juga sempena sambutan Hari Kelahiran Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah, namun pada 16 September 2010, secara rasmi 16 September telah diumumkan sebagai Hari Malaysia dan 1 Malaysia cuti pada hari ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah harus berbangga kerana pada 16 September 1963, Malaysia telah dibentuk. Pada hari ini juga, Pihak Kerajaan Malaysia telah memberikan penghormatan kepada Negeri Sabah apabila Negeri Sabah menjadi Tuan Rumah pertama bagi Sambutan Hari Malaysia yang julung-julung kali diadakan ini.

Salam Kemerdekaan Negeri Sabah dan Salam Hari Malaysia 2010 buat semua.

Pada hari ini juga, Contest Hari Kemerdekaan Malaysia 2010 secara rasminya telah ditutup, pihak Didozel Dot Com sedang melakukan penilaian rasmi dari blog ke blog yang telah mengikuti contest ini. Terima kasih kerana sudi mengikuti contest ini yang dianjurkan oleh Didozel Dot Com. Tidak lupa juga sponsor utama contest ini iaitu Master D dan Encik Dan.

Ganjaran rasmi yang telah dinyatakan adalah RM 100 iaitu RM 50 + hamper bagi kategori lelaki dan RM 50 + hamper bagi kategori perempuan, bagaimanapun Didozel Dot Com berbesar hati memberikan “special gift” bernilai RM 30 + voucher bernilai RM 10 kepada seorang peserta contest bertuah.

Setelah pengumuman rasmi dibuat, tiga pemenang iaitu pemenang kategori lelaki, kategori perempuan dan lucky contestant akan dihubungi. Hadiah dalam nilai wang tunai akan dikirimkan menggunakan kaedah bank-in, wang pos, deposit cash atau menggunakan interbank. Manakala hamper-hamper, special gift dan voucher-voucher akan dikirimkan melalui courier.

-Domain Name Giveaway akan berlangsung tidak lama lagi, siapa yang ingin sertai giveaway ini, sila sentiasa melawat blog ini, Didozel Dot Com akan memberikan bukan satu tapi DUA DOMAIN secara Free dan ianya dapat anda gunakan untuk blog anda selama setahun!-

Dibawakan khas oleh Didozet Dot Com oleh Alessandro Bin Rahman.

No comments:

Post a Comment