Saturday, September 11, 2010

Tutorial - Bagaimana Menukar Favicon Blog Anda? (Khusus Untuk Blogspot)

Selamat malam semua, malam ini saya ingin memberikan tutorial ringkas tetapi padat bagaimana hendak menukar favicon blog anda (blogspot).

Ramai blogger sudah tahu cara-cara bagaimana hendak menukar icon mereka, namun tutorial ini untuk anda yang belum tahu hendak menukar icon anda.

Banyak cara bagaimana anda dapat menukarkan favicon anda, tetapi cara mudah ini membantu saya membuat favicon yang saya inginkan.

Favicon adalah gabungan dua perkataan iaitu favourite dan icon. Favicon selalu dapat digunakan untuk mencantikkan image blog url view anda, contohnya cuba perhatikan icon di sebelah kiri url di atas, anda dapat lihat icon gambar saya yang kecil bukan?

Perhatikan pula icon url di blog anda, ianya default icon berwarna oren dengan tulisan putih "B" bukan? Saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda dapat menukar default icon tersebut kepada apa jua gambar yang anda inginkan.

Baiklah, dah banyak masa anda terbuang...^___^..mari mulakan.

1- Mula-mula pergi website ini. Klik Sini (Sila klik kanan dan kemudian tekan open new window)

2- Cari satu kotak kecil sebelah kanan yang tertulis Free Favicon Hosting.

3- Upload gambar anda (boleh pilih tahap sharpen image anda).

4- Anda akan nampak ruangan "Favicon.ico Successfully Generated.

5- Anda akan nampak dua option iaitu Direct Download atau Host It At Icon J.Com.

6- Pilih Host It At Icon J.Com, sila klik kanan dan copy url yang diberikan.

Anda telah selesai memiliki favicon yang anda inginkan. Sekarang mari kita lihat bagaimana hendak memasukkan favicon anda ini ke dalam blogger template anda pula.

1- Pastikan anda telah log in akaun blogger anda.

2- Pergi ke Design dan klik Edit Html.

3- Klik "Expand Widget Templates"

4- Untuk memudahkan pencarian, sila tekan "Ctrl" dan "f" secara serentak di keyboard anda.

5- Satu ruangan search kecil akan kelihatan, selepas itu, taip </head>

6- Pastekan url yang anda telah copy tadi sebelum code </head> itu.

7- Save template anda dan anda telah pun siap.

p/s- Sekadar peringatan sahaja, sebelum memasukkan url favicon ke template anda, sila download dahulu template anda, supaya senang nak restore sekiranya terjadi apa-apa masalah atau error semasa proses memasukkan url favicon anda itu. :-)

Tutorial ini dibawakan kepada anda oleh Didozel Dot Com

No comments:

Post a Comment