Saturday, March 5, 2011

Update Untuk Bulan Mac 2011.

Rasanya dah lama tak menulis di blog ini..memang dah lama pun..

Tapi bila semua dah settle, saya akan usahakan untuk update blog ini hari-hari, blog ini telah berjasa pada saya, menyumbangkan fulus mania's..he..he..s dihujung tu tanda $$$ atau RM/RM/RM..

Syukur, bila kita semakin tenang, santai dan sentiasa pasrah, kekayaan akan datang mencurah-curah..idea pun kira kekayaan juga tau..kerana kekayaan bukan sekadar duit sahaja..kekayaan adalah berkait rapat dengan seluruh yang kita miliki, malah melibatkan seluruh sistem yang beredar di sekitar kita.

 Hah..inilah dia banner promosi rasmi untuk komik Tamparuli Blogger On-line paling baru..iaitu
"Kitab Murni 9 Langit"..wah..tajuk macam gempak je..buku ni belum terbit..akan alias bakal diterbitkan pada 15 Mac 2011..minggu depan punya depan lah tu..he..he..tapi harap maaf, buat masa ini..edaran komik yang bercetak laser print ni (Sponsored by Master D..mahal laser print ni..kertas pun yang high quality) hanya beredar berhampiran Tamparuli sahaja dan belum dikomersialkan di peringkat 1 Malaysia..baru nak test bakat..^___^..

Banyak duit pun, tak guna kalau hutang sana-sini, kad kredit sampai 10 keping, tapi...tak mampu nak bayar..gaji RM 10, 000 tapi bajet bulanan nak cover RM 20, 000...ha..kan naya tu..tak semestinya gaji besar tu hidup senang dan kaya seperti yang kita bayangkan..gaji besar..tapi besar juga yang nak dicover..

Hmm..cuba kalau gaji cuma RM 1 000 je..tapi hidup bebas hutang...tolak bil elektrik,bil air, makan minum, keperluan lain..mungkin masih berbaki seratus dua..hah...baki inilah yang akan dimasukkan dalam bank..

sikit..sikit..lama..lama jadi bukit..ratus-ratus, lama lama jadi ribu ribuan...kemudian jadi juta jutaan..kan dah kaya? kan? kan? he..he..

renung-renungkan dan selamat beramal..eh..boleh ke guna quote ni..macam pernah dengar lah..maaf Prof..guna quote ni..siapa tak pernah tahu..maknanya tak pernah tengok HOT FM...

Okay..take care guys..jaga diri tau..ingat Tuhan..^___^

P/S- Tadi, dah ada seorang blogger tanya, cantik banner..boleh buatkan untuk saya tak? opps..banner ni hasil kerjasama dengan beberapa pihak..tapi kalau nak buatkan boleh juga..just email okay..free je...^__^

1 comment: