Wednesday, April 20, 2011

Peperiksaan - Dilemma Seorang Pelajar.

Selamat malam semua, baru je selesai selaraskan balik semua template yang ada dalam blog ni, nak kasi cantik sikit..he..he..baru tak bosan ye tak? Sama juga macam rumah, tukar langsir baru, tukar cat, tukar kusyen dan lain-lain.

Gabungan konsep biru dan putih rasanya tak menjolok mata kan, dan senang untuk membaca artikel yang saya postkan..^___^

Saya pasti, ramai blogger muda masih bergelar pelajar, kena bahagikan masa antara blog dan juga pelajaran, jangan lupa pelajaran tau adik-adik.

Diri ini pun sama juga, masih belajar, so ingat-ingatlah yang kita masih perlu menempuhi satu perkataan yang diberi nama "Peperiksaan"

Terma Peperiksaan adalah sesuatu yang wajib, menandakan penilaian kembali sejauh mana pemahaman dan penguasan kita ke atas sesuatu subjek yang kita ambil. Bayangkan, tanpa peperiksaan kita tak pernah tahu pun level kita di mana, entah belajar, entahkan tidak, betulkan?

Setiap orang mahu lulus dengan cemerlang dan mahu melakukan yang terbaik dalam setiap peperiksaan, itulah hakikatnya..siapa yang nak gagal kan?



Lalu, peperiksaan menjadi dilema, maka sering kali lah bila dekat exam, mulalah timbul gejala stress, demam dan lain-lain, semuanya kerana peperiksaan.

Mengapa ini terjadi?

Jawapannya hanya satu iaitu tiada persediaan! Tiada pengurusan jadual waktu yang baik!

Bagaimana menyelesaikan dilema ini?

Belajarlah rajin-rajin dari awal-awal lagi, sediakan nota demi nota, buat latihan demi latihan, buat latih tubi demi latih tubi..pasti tiada masalah kan?

No comments:

Post a Comment