Thursday, June 17, 2010

Hebatnya Amalan Menderma

********Generate With Auto Posting********

Hai, selamat malam semua. ^__^.

Diri ini masih tidak online..masih sibuk di luar sana..so macam biasalah, ini Pak Cik Automatik Posting punya kerja ni..baik2 posting post ni ye pak cik.. :-)

Okaylah..untuk tatapan malam..amalan menderma untuk para sahabat. :-)

Salam Ceria Para Sahabat semua. Apa khabar anda hari ini? Mulakan hari anda dengan senyuman dan penuh rasa syukur di dada. ^__^

Amalan menderma satu amalan yang mulia? Benarkah?

Ya. Menderma bukan sahaja amalan mulia namun amalan menderma/bersedekah ini akan menarik seribu satu kebaikan dalam diri dan hidup kita.

Kenapa amalan menderma ni mulia?

1- Kita kongsikan kenikmatan dan kebahagiaan yang kita miliki samaada dari segi kewangan atau material atau dalam bentuk apa-apa sekalipun.
2- Menderma dengan ikhlas dan penuh rasa niat untuk membantu akan dibalas dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Malah, kemungkinan kita akan didoakan pula oleh orang yang menerima derma kita itu.
3- Menginsafi diri yang penuh dengan kemewahan sedangkan di luar sana masih banyak yang hidup serba kekurangan, mengajar kita erti menghargai apa yang kita miliki dan tidak sewenang-wenangnya mensia-siakan harta kita ke arah maksiat atau perbuatan yang tidak baik.
4- Orang-orang yang suka menderma bukan orang yang miskin, walau selalu menderma, hartanya seakan-akan bertambah banyak dan bukannya makin kurang, ini kerana rezeki datang kembali kepadanya secara melimpah ruah.
5- Seribu satu lagi keindahan dan kebaikan serta kebahagiaan yang kita bakal miliki dengan amalan menderma dengan penuh keikhlasan.

Salah satu dari konsep LOA iaitu Law Of Attraction dan Magnet Wang dan Kemewahan adalah dengan menderma, iaitu wang yang kita dermakan kepada orang lain akan kembali kepada kita dengan berlipat ganda.

Bagaimana konsep LOA dalam derma ini berfungsi?

1- Bila kita merasakan dan berfikir kita tidak ada wang, kita akan terasa diri ini miskin dan secara tak langsung, pintu kerezekian akan mula menyempit, kita salahkan orang lain atas situasi kita yang serba kekurangan.
2- Tapi, dengan amalan menderma, kita memberitahu secara pasti pada minda bawah sedar kita yang kita adalah seorang yang kaya dan banyak wang, sebab itu kita menderma.
3- Minda bawah sedar kita menerima yang kita adalah seorang kaya, justeru kuasa minda bawah sedar kita akan mencari jalan agar ‘kenyataan’ atau affirmasi pasti yang kita wujudkan itu akan direalisasikan.
4- Kemudian wang dan pintu kerezekian kita akan bertambah banyak dan banyak.
5- Cuba anda lakukan praktik mudah ini.
6- Anda bangun pagi dan katakan pada minda anda sendiri, pada diri anda, yang anda seorang pemalas dan rasa mengantuk menyelubungi anda, anda tidak dapat bangun, anda rasa lemah dan tak bertenaga. Cuba rasa, apa yang anda akan lalui?
7- Hidup anda seharian tidak akan bertenaga, lesu, tak bermaya dan hambar, malah semua kerja-kerja yang anda lakukan juga tak betul.
8- Kemudian cuba praktikkan setiap hari, di awal pagi kita bangun, pandang cermin dan katakan yang hidup anda penuh dengan cabaran yang menyeronokkan dan di luar bilik anda, menanti pengembaraan yang penuh dengan keseronokan dan anda harus menyelesaikan misi anda untuk hari baru ini. Katakan yang anda penuh dengan tenaga energetic, kemudian lakukan senaman ringan sedikit dan teruskan katakan dengan yakin pada diri anda, santapan-santapan positif untuk minda kita seperti aku seorang juara, aku banyak duit, aku jutawan, aku mempunyai kebijaksanaan. Apa yang berlaku? Hidup anda seharian, walau macamana penat sekalipun, justeru seakan-akan anda mempunyai tenaga tambahan.
9- Begitulah kehebatan minda manusia.
10- Manusia tidak dapat menciptakan kehebatan sekiranya berpegang pada hukum dan logik semata-mata.
11- Bukti? Cuba tengok..beribu tahun yang lampau, wujudkah kapal terbang besi yang gagah perkasa? Wujudkah bangunan pencakar langit yang tinggi di awan biru? Tidak bukan? Manusia dahulu sudah menerima keadaan mereka yang manusia tak akan boleh terbang..tapi imaginasi sesetengah orang yang hidup dalam zaman mereka merubah kenyataan itu..malah manusia sudah boleh sampai ke bulan! Yang mana, hal ini adalah sesuatu yang sangat mustahil pada suatu masa dulu.
12- Imaginasi adalah titik tolak kepada wujudnya kenyataan yang luar biasa.
13- Albert Einstein satu masa dahulu pernah dianggap gila! Tetapi kini dunia mengatakannya sebagai Orang Paling Pintar Sepanjang Zaman!
14- Berfikirlah dan anda akan mendapatkannya.

Kisah Renungan Bersama : Derma RM 1

Fadhil keluar rumah dari awal pagi untuk mencari pekerjaan bagi menampung keluarganya. Masih terngiang-ngiang di telinganya, suara anak kecilnya yang menangis kelaparan. Hati Fadhil begitu sayu meninggalkan isteri dan anaknya dalam keadaan sudah tiga hari tak makan, hanya meminum air paip sahaja.

Fadhil tak ada kerja tetap, dia seorang buruh kasar, namun syarikatnya yang terlibat dalam kes penipuan telah bangkrap, menyebabkan dia kini tak ada kerja. Wang pampasan pun tidak diterimanya. Yang ada hanya RM 1 ditangan untuk sebarang keperluan semasa dia mencari pekerjaan ini, itupun duit yang ditemuinya diatas jalan tadi.

Puas sepanjang hari, Fadhil berjalan kesana kemari mencari pekerjaan namun tetap tak diterima. Dia terduduk dan menangis mengenangkan nasibnya itu, hanya air paip di jalan mengalas lapar perutnya itu, dia terkenang akan isteri dan anaknya yang juga kelaparan di rumah.

Air matanya mengalir deras, tak ada satupun anak manusia yang peduli akan nasib seorang lelaki yang sedang meratapi keadaan diri di pinggir jalan.

Tiba-tiba, bahunya dicuit seseorang. Dia mendongak. Seorang kanak-kanak dalam lingkungan 5
tahun sedang memandangnya dengan muka penuh kesedihan, Fadhil teringat anaknya yang seumur dengan kanak-kanak kecil ini.

“Kenapa nak?”

“Pak cik, saya lapar.”

Tersentak Fadhil mendengarnya, bagaimana dia hendak membantu kanak-kanak ini, sedangkan dia sendiri tidak mempunyai apa-apa?

Dia teringat akan wang RM 1 yang dimilikinya itu. Fadhil serba salah, hendak diberinya, dia takut kerana itulah satu-satunya duit yang dia ada sekarang.

Tapi melihat kanak-kanak yang masih kecil dan penuh debu debu jalan serta pakaian yang compang camping tidak terurus, dia merasa kasihan. Lalu dengan penuh keikhlasan, Fadhil memberikan wang tersebut sambil berdoa dalam hati agar kanak-kanak tadi dilindungi dan dijaga dari segala malapetaka.

Gadis tadi tersenyum manis walaupun hanya menerima RM 1 dari Fadhil, dia menyapu mukanya dan berkata lembut,

“Terima kasih pak cik, pak cik baik. Jangan risau. Pak cik akan dapat balik duit ni nanti lepas pak cik sampai rumah.”

Selesai berkata begitu, gadia itu menghilang di dalam orang ramai yang sedang lalu lalang.

Fadhil bingung memikirkan kata-kata gadis tadi. Apakah maknanya? Fadhil meneruskan juga perjalanannya untuk mencari pekerjaan.

Hari semakin senja dan sebentar lagi akan malam, namun usahanya hari ini masih menemui jalan buntu seperti hari-hari sudah.

Dengan langkah lemah, Fadhil memutuskan untuk kembali ke rumahnya. Dia mengenangkan yang nasibnya sungguh malang, jiran-jiran semua tak mahu memberikan apa-apa padanya, walau sebutir beras sekalipun.

Terfikir juga di hati kecil Fadhil untuk merompak, tetapi segera dia teringat akan dosa yang sangat besar itu, segera dia menyesal dan berdoa kerana sempat berfikiran seperti itu.

Sudah masuk pukul 8 malam, ketika Fadhil sampai di depan rumah usang yang didiami bersama isteri dan anaknya itu. Suasana agak berlainan kerana ada tiga buah kereta mewah betul betul diletakkan di depan rumahnya. Fadhil menjadi cemas, risau kalau ada apa-apa yang buruk berlaku.

Dia meluru masuk ke dalam, dia melihat ada beberapa orang lelaki dan perempuan sedang berbual bersama isteri dan anaknya. Banyak makanan, barang keperluan dapur, pakaian yang ada disamping isterinya.

Fadhil memberi salam dan masuk dalam keadaan terhairan-hairanan.

Isterinya menjelaskan yang mereka ini adalah keluarga seorang perempuan yang dirogol beberapa tahun lalu, Fadhil lah yang mengecam wajah-wajah suspek terlibat sehingga kes tersebut dapat diselesaikan. Bagaimanapun mereka gagal menjejaki Fadhil ketika itu untuk mengucapkan terima kasih mereka kerana menolong mereka, Fadhil pun tidak mengharapkan apa-apa ketika itu kerana dia merasakan yang dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sahaja.

Mereka menawarkan kepada Fadhil RM 1 000, 000.00 untuk memulakan hidup baru dan membuka bisnes sendiri. Fadhil menolak dengan baik kerana tidak mahu termakan budi, namun mereka tetap mahukan Fadhil menerimanya. Fadhil bersetuju asalkan setelah berjaya nanti, dia akan membayar RM sejuta itu pada mereka, dan sekarang mereka hanya meminjamkan sahaja wang itu pada Fadhil. Mereka bersetuju dengan usul Fadhil.

Akhirnya selepas 5 tahun bekerja keras, Fadhil kini menjadi salah seorang usahawan tempatan yang berjaya dan hidup mewah. Bagaimanapun dia tetap tidak lupa akan orang yang susah dan sering membantu mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Kini, Datuk Fadhil dan keluarganya hidup dalam penuh kebahagiaan, kedamaian dan rezeki yang melimpah ruah. Baginya, gadi kecil yang datang padanya itu bukan gadis kecil sembarangan. Kerana derma seringgit, dia mendapat balasan sejuta ringgit…bayangkan sejuta kali ganda balasan untuk seringgit derma yang ikhlas.

Begitulah coretan dari kisah benar yang terjadi dalam hidup Datuk Fadhil Allyas dan kini anda pula yang membaca kisah ini. Renungkan dalam-dalam, apa pengajaran yang anda dapat?


Salam Bahagia Semua! Teruskan bersama kami untuk informasi lebih banyak mengenai Kuasa Minda, Kuasa Bawah Sedar, LOA dan banyak lagi.

Kekreatifan itu wujud dari pemikiran yang inovatif. Setuju?

Alessandro Yang Gila Menulis 2

********Generate With Auto Posting********

Heroin - Wewei Weliniah
Hero - Eztino Marguel.

Sinopsis.

Kisah penderitaan duka seorang gadis cacat dengan seorang doktor muda. Wewei, seorang gadis lincah namun satu kemalangan ngeri ketika dia berumur 8 tahun menyebabkan dia terpaksa berkerusi roda sepanjang hidupnya. Wewei mendapat tekanan berat dan sejak dari itu dia terus membisu sehinggalah kedatangan seorang doktor muda di kawasan kejiranannya.

Eztino seorang lelaki yang penuh misteri, dia berjaya membuat Wewei mengeluarkan suaranya. Eztino berjaya memulihkan kedua-dua kaki Wewei dan semakin hari Eztino menjadi rapat dengannya. Namun, malang bagi Wewei kerana kemudiannya dia disahkan rosak kedua-dua buah pinggang serta di tahap yang kronik dan memerlukan penderma.

Pada masa yang sama, ibu Eztino juga memerlukan buah pinggang. Di dalam dilemma yang berpanjangan itu, Eztino memutuskan untuk menderma bagi ibunya dan Wewei. Sebagai tukarannya, satu buah pinggang ibunya dan Wewei diletakkan dalam tubuhnya. Dia terpaksa menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa. Hanya 8 bulan dia dapat bertahan sekiranya tiada penderma memandangkan kedua-dua buah pinggang dari ibunya dan Wewei rosak. Ibunya dan Wewei langsung tidak tahu menahu yang Eztino menderma buah pinggang untuk mereka. Satu hari Eztino mendapat tahu yang Wewei akan berkahwin dengan lelaki lain.

Hal ini berlaku kerana Wewei kecewa dan jauh hati apabila Eztino menolak cintanya. Eztino sedar yang hidupnya makin singkat sedangkan dia juga amat mencintai Wewei. Dia lebih rela berkorban daripada melihat air mata dari gadis yang sangat dicintainya itu. Hanya tinggal dua minggu saja Wewei akan berkahwin dan bila-bila dalam tempoh itu Eztino boleh pergi. Namun dia tetap bertahan dan sehari selepas Wewei melangsungkan perkahwinannya, Eztino menjadi lumpuh dan tidak dapat bergerak langsung.

Dia dikejarkan ke hospital dan terdedahlah segala-galanya. Dalam masa tidak sampai 3 jam, Eztino pergi dalam pangkuan Wewei. Ikutilah kisah yang sangat menyayat hati ini. Pengorbanan Eztino yang amat besar sekali. Ibunya tidak suka akan Wewei dan Eztino tidak pula melawan kata-kata ibunya. Namun dia berjaya mengimbangkan antara cinta dan kasihnya pada Wewei dan juga ibunya.

Kisah ini memaparkan tema ketaatan anak pada ibunya dan kesetiaan serta cinta seorang lelaki kepada seorang gadis cacat, dia berusaha untuk memulihkan keadaan Wewei sehingga dapat berjalan semula serta berusaha agar gadis itu dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna malah sanggup mengorbankan buah pinggangnya untuk gadis itu. Betapa besar pengorbanannya. Pasti menitiskan air mata setiap yang membaca kisah ini.

Plot sederhana tetapi menusuk kalbu memang dominan dalam Cerpen “Oupusanku Sogigisom”.Sebuah lagi karya dari Alessandro Rahman aka Arri Muda.

___________________________________________________

Karya ini agak berlainan dari karya-karya Alessandro yang lain kerana cerita ini digarap dari sebuah pengalaman peribadi seorang perempuan dan diceritakan kembali kepada penulis.

Malah, di dalam hasil karya ini, digarap dengan beberapa bahasa tempatan dan kaum etnik yang ada di sabah termasuk Bahasa KadazanDusun, Bajau, Murut.

Penghasilan karya ini juga memerlukan penelitian yang mendalam terhadap plot dan jalan cerita.

Seawal bab pertama lagi, plot sedih sudah digarap mengikut kesesuaian tema.

Cerita ini juga membawa pembaca menghayati watak sepenuhnya, kerana itu diwujudkan versi kisah dari 3 watak utama cerita ini iaitu Eztino, Wewei dan ibu Eztino sendiri, versi dari sudut pandangan ini membawa pembaca menyelami perasaan serta merasai sendiri dari kaca mata 3 watak berbeza ini.

Kepada yang nak baca sedutan atau flashback/preview mengenai Cerpen Oupusanku Sogigisom ini, sila
klik sini

p/s-Alessandro memang gila menulis. :-)

Satu Kisah Lagi?

********Generate With Auto Posting********

Kisah ni pun dari Pak Cik Yahoo, so pada yang rasa ini artikel korang, jangan risau, bagi warning sound je kat aku, nanti aku backlink ke blog korang ataupun nak aku padam sekali pun tak ada masalah. ^__^..peace..no war..

Perasaan hasad dengki merupakan salah satu sikap yang biasa kita dapati dalam diri seseorang. Sikap dengki yang keterlaluan terhadap seseorang adakalanya menyebabkan seseorang bertindak di luar batas etika perikemanusiaan sehingga sanggup mengenakan orang yang didengki dengan pelbagai cara buruk seperti santau dan lain-lain. Ini mengingatkan aku kepada satu cerita yang telah diceritakan oleh officemate aku baru-baru ini.

Nur, seorang eksekutif muda di salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telahpun berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri kira-kira setahun lebih yang lalu. Pada mulanya semuanya berjalan dengan lancar, kehidupan mereka suami isteri memang bahagia. Kebahagiaan ini ditambah pula dengan kehidupannya yang selesa, maklumlah kerja eksekutif, gaji pun boleh tahan besar, walaupun suaminya hanya seorang kerani sahaja.

Namun langit tidak selalunya cerah, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Kehidupan bahagia yang mereka kecapi mulai terganggu ketika usia perkahwinan mereka genap setahun berikutan malang yang menimpa Nur. Entah apa sebabnya kerjanya sebagai eksekutif selalu terganggu kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Jarang sekali Nur sakit, malah batuk pun sangat jarang dihidapinya mungkin kerana dirinya yang rajin bersenam menjadikan antibodinya kuat melawan penyakit.

Namun penyakit yang mengganggunya kini memang betul-betul menyukarkan kehidupannya. Adakalanya disebabkan penyakit tersebut, kerjanya yang banyak tertunda menyebabkan dia membawa masalah di tempat kerja ke rumah. Ini secara tidak langsung menyebabkan rumahtangganya bergolak. Nur sering mengadu sakit kepala terasa seperti berpusing-pusing dan berdenyut-denyut sakitnya. Malah ada masanya ketika sedang sibuk mengadap komputer kepalanya terasa berat dan pandangannya berpinar-pinar.

Bukan itu sahaja Nur juga sering muntah-muntah dan tekaknya sering merasa loya, malahan selera makannya juga sangat pelik.
Kadangkala Nur tiada langsung selera makan, tetapi ada masanya Nur makan terlalu banyak seolah-olah ada sesuatu dalam dirinya yang turut makan bersama! Keganjilan selera makan Nur sangat ketara apabila dia yang selama ini tidak menyukai seafood tiba-tiba berubah sikap menjadi seseorang yang sangat sukakan seafood.

Hari demi hari penyakit Nur bertambah teruk bila sikapnya yang periang dan baikhati berubah kepada seseorang yang sering marah-marah. Selain itu, Nur juga sukar tidur seperti ada sesuatu yang sering membuatkan dirinya gelisah terutama pada waktu malam. Rakan-rakan sepejabatnya mulai syak yang Nur terkena buatan orang lantas mengesyorkan suami Nur supaya membawa Nur berjumpa bomoh.

Namun suaminya berkeras mengatakan yang Nur tiada apa-apa, mungkin demam biasa sahaja. Sikap suami Nur yang berdegil tidak mahu membawa Nur pergi berubat amat mengejutkan rakan-rakan sepejabatnya. Di atas rasa simpati, rakan-rakan sepejabat Nur sepakat untuk membawa Nur berjumpa bomoh tanpa pengetahuan suami Nur. Dan jangkaan mereka tepat apabila bomoh yang mereka temui mengesahkan yang Nur terkena buatan orang! Namun hajat mereka agar bomoh tersebut dapat membantu Nur tidak kesampaian apabila bomoh tersebut mengatakan ianya sudah terlambat, Nur tidak dapat diubati lagi.

Walaupun bomoh tersebut tidak dapat mengubati Nur tetapi dia dapat memberitahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkan Nur jadi begitu. Apa yang memeranjatkan rakan sepejabat Nur adalah apabila bomoh tersebut mengatakan suami Nur sendiri yang menyebabkannya jadi begitu. Kini persoalan mereka mengapa suami Nur berkeras tidak mahu membawa Nur berubat terjawab sudah. Persoalan yang tinggal kini adalah mengapa suami Nur sanggup melakukan perkara tersebut ke atas isterinya sendiri?

Memandangkan bomoh yang mereka temui gagal membantu, rakan sepejabat Nur mengambil keputusan untuk cuba membawa Nur ke hospital pula. Di hospital, mereka menerima satu lagi kejutan apabila doktor yang merawat Nur turut mengesahkan Nur terkena buatan suaminya sendiri. Mana mungkin rawatan moden juga memberikan jawapan tersebut. Tapi yelah… memanglah Nur terkena buatan orang, dia disahkan mengandung 2 bulan!… betullah terkena buatan suami sendiri heh… heh..he..he

Salam Pagi Di Khamis Yang Indah Ini. ^___^

********Generate With Auto Posting********

Selamat Pagi Malaysia! :-) Macamana hari anda? Bagaimana keputusan semalam? Ulas2 sikit ye..okay..seperti biasa, diri ini belum online lagi..tapi ada update juga..inilah kelebihan auto posting!

So, nak kongsi cerita pagi2 ni, dapat dari Pak Cik Google ni hah, lama dah..tapi baru ingat nak posting sekarang..kalau kawan2 dah baca, baca lah balik..he..he..

" Abg...lg dtg umah segera, URGENT!!!!! ". Hakim baca sms sepantas
kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.

Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran
dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang'
yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula
lancar
tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina
"Pen
merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks
sebagai
hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak
Ropiah
ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak
Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa
menadah
telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak
naya.


Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya
kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba
hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,
fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina
tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala
itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam.
Dia
risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah
Ina
dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru
ni,
ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika
rumah
Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu
diapa-apakan,
ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak
diapa-apakan.
Dia berdoa sungguh-sungguh.


Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa
itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka
masih
bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan.
Jika
tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa PERODUA cuti plant
shutdown
2 minggu) keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya
yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal
isterinya
itu.


Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti
di
depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah
rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol
pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik
Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk
lagi
pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi,
dia
pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina,
dia
tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup
muka sambil menangis. "Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina.
Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." " Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!"

Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,

Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

MMmm "Bang, Ina lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi."
Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar blk ek? Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar.

p/s-Kalau anda mempunyai hak kepada karya ni, sila beritahu saya untuk kredit atau kalau tak suka dan benci lihat hak anda di blog ini, sila beritahu ya, saya dengan besar hati akan delete terus...tak nak curi harta benda orang..he..he.. :-), salam pagi semua..

Jom kita jogging..bukan blog walking tau..jogging betul2 ni..ambik udara segar, lepas tu baru blogwalking pula..he.he..ambik masa 10 minit, dah cukup..sihat tubuh badan, cergad minda dan emosi, terkawal fizikal..kan? kan? yeah..he..he..

Pada yang dekat dengan tempat kerja, boleh tu habiskan 10 minit diawal pagi untuk sihatkan badan dan kemudian rehat, sarapan dan mandi and then pergi kerja.. :-)